Assalamualaikum... 24 Disember 2015. Beria atok balik dari solat asar suruh siap-siap nak bawak Thaqif pergi main suppa doppa. Ibu blurr... hah? Harap sangat la budak kecik tu nak pergi main sengsorang. Kalau ada sepupu-sepupu dia takpelah. Seperti jangkaan ibu. Thaqif dok membelit kat ibu jelah. Kalau tak membelit sibuk nak ajak pergi ke tempat kolam yang budak-budak main kapal tu. Bayar kot RM5 untuk budak kecik tu. Maka terpaksalah ibu yang membuyung ni naik jugak teman dia main sikit-sikit. Ajak lompat-lompat, menggelongsor. <tak payah imagine sangat mak buyung main suppa doppa okey. Buruk.> Walaupun Thaqif main nak tak nak. Atok tetap semangat cakap esok kita datang main lagi. T__T Kejam sangat u'alls. Maka, ibu Thaqif menyucuk jarum la. Kalau nak mari esok kena bawak kak Fifa, kak Azwa, dan Kak Isya la baru best. Baru Thaqif ada kawan. Budak-budak tu boleh tengokkan Thaqif. Atok pun setuju. Fuhh...lega... Hari pertama main...
Bride.Wife.Mother.Family.Lifestyle.