Skip to main content

Posts

Showing posts with the label cuti2

Kuala Kangsar With Loves : Perusahaan Labu Sayong

Assalamualaikum... 5 Februari 2016. Berangkat ke kuala kangsar bersama suami, anak, abah, mak muda dan kedua mertua, kakak sekeluarga anak-anak saudara.  Pergi atas dasar nak turut memeriahkan majlis berkhatan dua orang anak saudara kite di rumah ayah angkat kepada abang ipar kite kat Kg Beluru, Kuala Kangsar. Kakak sewa homestay atas rumah kedai, 5 bilik, 3 bilik air di kampung Jamuan. Tak silap namanya, D'Jamuan Homestay. Puas hatilah. Anak-anak seronok dok situ. Kami sampai pun dah petang. Lepas makan semua, rehat-rehat jelah kat homestay. Malam tu, geng lelaki pergi tahlil dahulu kat tempat majlis. Geng perempuan dan anak-anak berehat je kat rumah. Thaqif Aiman awal-awal dah ditewaskan. hehehe... 6 Februari 2016. Pagi-pagi bangun, lepak minum-minum kopi bekalan dari rumah pergi tempat majlis sekejap. Ada marhaban, berendoi untuk baby tuan rumah yang turut join ventures buat Aqiqah.  Sekejap je join marhaban bagai tu, terus mintak diri nak melawat...

#travelling johor : makan,makan, makan

Assalamualaikum... Sekian lama husband ajak pergi Johor, jalan-jalan jumpa kawan-kawan dia. Tapi kerisauan nak berjalan jauh berdua dengan anak kecil. Fuh... Tak sanggup la. 15.11.15 akhirnya diberi peluang menjejaki tanah JDT bersama anak, abah, mak muda semua untuk hantar adik tiri kite lapor diri di JKN Johor Bharu. Since husband expert dah dengan JB seronoklah kami di bawa berjalan-jalan disekitar sana. Sampai je JB malam 15 nov tu, husband bawa kami jalan-jalan tengok lampu , air pancut berlampu berirama di taman merdeka. Seronok Thaqif menari-nari mengikut lagu kat situ. Berhenti tengok Singapura dari tambak johor.  Malamnya diakhiri dengan makan mee rebus tulang di zz mee rebus tulang. Memang pekat, penuh rasa yang terbaik dari ladang. Orang tak putus-putus pun singgah kedai ni. Tapi kite tak layan sangat makanan situ sebab tengah demam, sakit tekak. Selera memang ke laut la yer. mee rebus tulang amek satu je untuk abah. Bagi rasa-rasa je cukup. ...

Kerja 2 Hari, Cuti 5 Hari- Kita Nak Ke Mana?

Assalamualaikum... Minggu lepas dok tengok tarikh cuti umum tahun 2016. Teringat pulak november nanti cuti 5 hari. Deepavali (Selasa-10 November), Hari Keputeraan Kelantan (Rabu&Khamis-11&12 November) bersambung dengan cuti hujung minggu (Jumaat&Sabtu-13&14 November). Sebagai perancang kewangan keluarga merangkap perancang cuti dan segala-galanya, of course la kalau time ada cuti panjang begini tak harus dibazirkan dengan duduk dirumah bersahaja. RUGI! I'olls suka cuti bersambung ni bukan cuti umum(merujuk pada hari keputeraan sultan kelantan). Kelantan je cuti sebab nanti taklah kalut dengan orang ramai di tempat bercuti.  Masalahnya, tempat bercuti tu... Nak bercuti ke mana? Grrr... Stress. Bajet kecik-kecik je. Mula-mula kite plan nak ke Johor la. Spend time dengan husband dan anak je. Tambah tolak harga tiket flight ke Johor dua beranak hampir RM500, belum termasuk kos menginap di hotel, jalan-jalan etc. Nak pergi dengan bas jimat sikit tapi fik...