Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Resepi

Diari Dapur : Homemade Tom Yam Pes Simple dan Sihat

Assalamualaikum... Hai!  Hari ini geds nak share resepi tom yam pulaks. Resepi tom yam pun nak share ke? Pakai pes paket sudah... Kegemaran kite, tomyam ni sebab mudah. Everything in 1. Sayur + lauk dalam satu mangkuk. Tak perlu pikir susah-susah nak masak banyak dish. Sebelum kawin, housemate siap cakap nak kasi hadiah pes tomyam jer sebab suka sangat makan tomyam -chet! tak kasi pun.. (Bujang, takde alat memasak lengkap kite masak pakai pes jerlah).Mo lagi emm...goreng telur dadar pulaks. Memang bertambah nasi laki bini. Sebenarnya buat pes sendiri senang jer pun. Mama kite dulu menumbuk je buat pes. Lanii da moden, kite guna blend saje. Kite upgrade sikit versi mama jugak. Bahan- bahan : 2biji Tomato (dikisar) 5 biji bawang merah (dikisar) 3 ulas bawang putih (dikisar) 1/4 bawang besar (dikisar) 2 batang serai (dikisar) 5 biji cili padi (dikisar) -kalau tak suka pedas sila kurangkan 2 sudu cili boh (nak kasi warna cantik-like merah gi...

Diari Dapur : Phad Phit Belut

Assalamualaikum... Hari ni share resepi lagi yuk! Since musim hujan aritu... Kelantan, area Rantau Panjang yang banyak lubuk tu menjadi syurga untuk kiteorang dapatkan 'ikan darat' macam haruan, keli, puyu, belut etc. Fresh dan sedap! Salah satu kegemaran kite adalah belut. Sedap kot! Menu yang paling suka ialah masak phad phit. Menu dari thai.  Dulu-dulu, terasa nak makan mengadu kat mama la suruh masak. (Missing you mom- Al-fatihah) Sekarang pandai-pandai cari resepi masak sendirilah pulak. Bahan-bahan : 1/2 kg belut 4ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 4 sudu besar cili giling 2cm halia 2cm kunyit hidup 15helai daun limau purut - dihiris kasar 2sudu besar asam jawa adabi - bancuh dengan air garam gula minyak masak 1 biji tomato- belah 4 Cara Penyediaan : Bahan no 2-6 di kisar halus Tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak Tambah air asam jawa, dan masukkan belut. Tambah air dan biarkan mendidih. Masukkan daun limau purut ...

Diari Dapur : Nasi Ayam Penyet

Assalamualaikum... Hai... Sekian lama menyimpan niat nak berkongsi resepi di blog ni tapi asyik pending sahaja. Mihmihmih... Masak ni dalam early Nov kot. Hehe. Baru nak publish ken... Sibuk sangat tak nyempat nak transfer gambor sebelum ni. Resepi cari kat google, lupa exact link sebab ambik dari 2-3 tempat lepas tu, edit-edit sendiri mengikut selera. Nasi tu memang sengaja masak ala nasi ayam, baru special lagi ken...  BAHAN-BAHAN DAN CARA-CARANYA : Bahan Ayam Penyet : 3 keping daging ayam bahagian paha. 3 ulas bawang putih 3 biji bawang merah 1 sudu teh jintan putih 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh ketumbar 1 batang serai 2cm lengkuas 2cm halia 2cm kunyit hidup Garam secukup rasa 1 Kiub pati ayam 1 cawan tepung beras Minyak untuk menggoreng Cara Penyediaan :  Ayam penyet direbus bersama kiub pati ayam. Biarkan ayam hingga masak- separuh masak pun tak pe nanti nak goreng pulak ayamnya. Bahan dari no 2-11 dikisar untuk di...