Assalamulaikum... Menutup aurat adalah wajib bagi Muslimah dan memakai tudung memberikan ruang bagi mereka untuk menerapkan ajaran agama untuk dipraktikkan.Namun bagi wanita di Malaysia pemakaian tudung atau hijab tidak membataskan mereka untuk bergaya. Ini kerana dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang sesuai ianya dapat menambahkan keserian kepada si pemakai. Ini mungkin kerana golongan wanita yang berhijab semakin gemar bergaya dan mengikut arus fesyen terkini. Mereka semakin menonjol dalam dunia fesyen di Malaysia dan penglibatan mereka member kesan yang agak besar bagi pencinta serta pereka fesyen tanah air.Tambahan pula sentuhan moden yang diberikan kepada koleksi tudung terkini memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna. Tudung adalah seperti satu aksesori kepala untuk wanita Islam bergaya. Terdapat banyak tips pemakaian tudung tanpa mengeluarkan kos yang boleh didapati secara online sahaja. Selain daripada tips pemakaian tudung, kita...
Bride.Wife.Mother.Family.Lifestyle.