Skip to main content

Posts

Showing posts with the label makan

Rezeki Ibu Mengandung

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Minggu ni rezeki kite murah betul.  Masuk kerja minggu ni memang siap-siap bekal dari rumah 2 keping roti berintikan Spread Hazelnut Gardenia tu. Pastu sampai ofis pun takdelah sibuk nak keluar  makan ke apa sebab tak tahu nak makan apa. Dah bosan dengan menu nasi berlauk area stadium dan hospital. Hari Ahad tu, dah memang dah ada makan-makan di Hotel Perdana sempena persaraan salah Penolong Pegawai Tadbir.  Kira memang simpan perut makan lunch tu jelah. Tu pun ada PPK yang datang kutip BHT jamu kami apam polka dot-dot air tangan isterinya. Sedap, okey la buat alas perut. Hari Isnin pulak sibuk bekerja di pagi hari tak makan. Tup-tup Cik Lynn balik dari medical board, dia dapat nasi kerabu, dia bagi kite sebab dia dah order kerabu maggi dengan kawan ofis. Rezeki. Alhamdulillah. Cancel keluar makan tengah hari. Selasa, konon plan dengan Kak Salma nak keluar lunch makan nasi air. Nah, PPK yang selalu datang kutip BHT bawa...

Popia Bersalut Madu Nestum Kudapan Waktu Senggang

Assalamualaikum... Masuk kerja minggu lepas CNY ni lenggang je dari kerja.  Takde BHT bertimbun, permohonan bertangguh ke apa. Tak banyak problem sangat nak setel. Takde, takde keje pun arinie pepagi hari mai setel laporan siap, filing terus goyang kaki. 12pm tetiba timbunan kad A&E dan BHT penuh atas meja. Ada kot 20+. Tetiba tak 3pm lagi dah setel semua tu. Adeh. Alhamdulillah, hari ni Allah permudahkan kerja kite. Best jer kerja dah setel. Boleh merayau-rayau online.blogwalking. kekeke...  Rindu kot nak blogwalking macam dahulu kala.  Sejak masuk seksyen baru boleh kira je berapa hari yang goyang kaki, waktu lunch boleh belek FB sebab selalunya kite letak kerja didepan.Hari-hari target nak setel kerja banyak mana etc. Bos mai melawat kawasan pun mampu senyum jelah tengok kite. hahaha. Janji kerja siap, semua okey je. Yang lagi best, dok bersila depan PC, baca blog sambil mengunyah popia bersalut madu nestum yang dibeli dari rakan sekerja....

Mee Udang Pak Man Lemal, Pasir Mas Kelantan

Assalamualaikum. Sambungan kisah lepas shopping di baby&kidz fair itu. Abes di pejabat PTPTN, balik rumah kemas beg nak balik Kemahang le pulok. Dah abes kemas, amek Thaqif dari rumah opahnya terus balik Kemahang. Tapi husband tak makan lagi maka suruh la singgah kat kedai makan sesiap kot kat umah mak takde makanan ke apa takkan nak keluar balik ye dok? Husband pun rambang berhenti. Rupanya berhenti di kedai Mee Udang Pak Man Lemal. Kedainya ditepi jalan je kat Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang. Kedainya sebelah kiri, betul-betul sebelum simpang nak ke Hospital Lati, Pasir Mas. Kedai sempoi je tapi makan sedap! Kite order nasi goreng kampung. Yang sampai nasi bak gunung dengan udang  4ekor beserta telur mata lagi. Gambar ni dah nak habis makan dah pun baru ingat nak snap gambar. Komen : Nasi goreng sedap penuh rasa manis-manis air udang gitu. Dalam nasi goreng ada sotong dan daging yang di potong kecil. Penuh sangat lauk tak tau nak makan mana. Husband ord...