Skip to main content

Posts

Showing posts with the label lunch box

Menu di Hari Merdeka...

Assalamualaikum... 31 Ogos 2015. Pagi tu pergi ke rumah mak cik buat kenduri cukur jambul cucunya. Seronoklah mengadap nasi minyak di pagi hari. 10am balik. Balik rumah sambung tidur anak beranak. Atok Thaqif dah merry go round jalan-jalan, malas nak bawa kami sebab Thaqif masih selsema takut makin melarat plak. Baguslah, i'olls memang malas nak ikut. Bangun tidur dah kol 1pm. Malas-malas dengan anak, ingat nak keluar cari lauk je. Pastu malas sebab panas sangat la kat luar tu. Anak dah terkulat-kulat mintak nasi sebab pagi tu dia tak layan sangat nasi minyak itu. Maka, masak nasi dalam lunchbox comel tu sambil godek-godek bakul stok makanan. Jumpa setin sardin. Kite plak jenis tak reti nak makan sardin tak dimasak tumis, di sambalkan semula. Tapi malas! Tapi kesian anak lapar. Akhirnya ting. Teringat kak Julia Johari masak sardin dalam lunch box. Tapi masih tak gamak nak makan sardin gitu jo maka ketuk bawang putih, bawang merah dan cili + jus limau nip...

The Cute Mini Multifunctional Electric Lunch Box

Assalamualaikum... Tajuk sudah omputih dan panjang 4 depa... Lantok situ!  Yang penting isi cerita best... Hari tu kan, kite cakap kite membeli-belah lagi kat Lazada ken... Salah satu hasil pembeliannya ialah Mini Multifunctional Electric Lunch Box. Saja letak gamboo atas ni sebab nak tunjuk lunchbox kite bukan color purple seperti most gambar yang promote lunchbox ni. Mine is the pink color... Eww... Tak suka pink tapi takpelah feeling jambu jelah k. Features, specifications, and package includes as below : Konon membeli lunchbox electric ni untuk memudahkan memasak bubur #muhamadthaqifaiman. Namun, Thaqif dalam fasa tak nak bubur, nak pasta sahaja tapi ibu dah tergedik-gedik nak test power guna lunchbox comel ini. Maka, marilah mencari tahu cara guna produk ini. Memanaskan lauk/ nasi. Done. Kite test panaskan kuah pasta kala bawa bekal ke pejabat. Owh... Seronok. Bangun lambat, tak sempat nak panaskan kuah pasta semua. Bungkus je masuk l...