Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Diari Dapur

Semangat Nak Perasap Dapur

Assalamualaikum... 3hari.  3hari je lagi. - - Suami pulang. Dah siap berangan nak masak apa dari minggu lepas. ^__^ Senarai menu dan bahan yang tak de kat rumah supaya tak lupa beli. =) Sebenarnya ada 44menu nak masak/nak jamu husband dok ada dalam kepala ni tapi kang nak makan masa mana. Ramadan: eating time is very limited. Ini pun senarai kemain, sat gi husband balik KOT membeli di bazaar je pun tak tau dengan kepenatan seorang ibu menyusu ni.  Last year, berpuasa sebagai ibu dah tapi masa tu badan strong lagi, susu tengah meriah tak ingat, anak pun tak pandai bergolek pun lagi. Tahun ni, anak baru dapat kaki. huh! basah ketiak kejar anak situ sini. Itupun lucky, waktu berbuka dah selamat tidur, kira lega la ibu sikit. Tahun depan ntah macam mana pulak la gayanya. Anyway, thank you to all friends yang rajin singgah sini dan support my breastfeeding journey. I love you all. ** Ramadan day 5, alhamdulillah bertahan hingga berbuka. Tank...

DapurCikJelita : Cheesecake Mudah dan Sedap

Assalamualaikum... Mood tengah rajin baking. Ahad mengukus chocolate moist, Khamis membakar cheesecake pulak. Gini la gaya kalau perasaan nak makan tu membuak-buak. Cheesecake ni pertama kali buat, pertama kali masak kek yang dibakar (selama ni buat kek yang mudah dan tak payah bakar je). Happy sangat bila cheesecake ni menjadi, sedap plak. Tak puas. Tak cukup nak makan lagi, lagi dan lagi.  Akashah dan Arif (anak-anak sedara) yang dok lepak kat rumah pada hari jumaat tu, ikutkan perut deme 2 keping sorang masih tak cukup ye. Bahan-bahan crust : 1. 2 paket Biskut cream-o  2. 3 sudu besar Butter Cara-cara : 1. Hancurkan biskut cream-o guna pengisar kering. -Kite blend je semua dengan cream dia pun sebab malas nak renyah buang cream satu-satu. 2. Cairkan butter dengan api perlahan. 3. Tuang butter yang dicairkan diatas biskut yang telah dihancurkan. 4. Lapik loyang dengan kertas minyak. Kite takde kertas minyak so 5. Tekap crust pada loyang, ma...

Diari Dapur : Chocolate Moist Cake

Assalamualaikum... Minggu rajin. Toksah komen apa. Baking, masak sajalah yer. Sila jangan muak membaca entri diari dapur ambo... Chocolate Moist Cake. Bahan :  1. 1 cawan gula perang 2. 1/2 cawan susu pekat manis 3. 1 cawan serbuk koko 4. 1 cawan susu full cream 5. 1 cawan minyak (kite terlupa boh) 6. 1 1/4cawan tepung gandum 7. 1 sudu kecil baking powder 8. 1 sudu kecil soda birkabonat 9. 1 sudu kecil esen vanilla 10. 3 biji telur Cara-caranya :  1. Tepung gandum, serbuk penaik dan soda birkabonat-diaayak bersama.  2. Dalam mangkuk lain, bahan no 1-5 disatukan dan gaul sebati menggunakan mixer. Nak pakai senduk je pun boleh, tapi i'olls suka guna mixer senang biar tak berpeluh ketiak. ^__^ 2. Masukkan pula bahan no 9 dan 10. Mix sebati. 3. Masukkan tepung yang diayak awal tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Biar sebati semua bahan. 4. Masukkan dalam loyang/mangkuk untuk dikukus. Kukus selama 90minit.  Chocol...

Diari Dapur : Ice Blended Manggo

Assalamualaikum... Musim buah mangga muda dah sampai penghujung. Mangga dah masak semua. Mood makan mangga pun dah ke laut, dah bosan. Maka, marilah transform jadikan jus, atau iced blended. Sejuk tekak oii di musim panas-panas pekena ice blended. Bahan-bahan : 1. 4biji mangga kecil di potong kecil dan asing biji. 2. 3 sudu susu pekat manis ( untuk kurangkan bau mangga) 3. ais 4. sedikit air Cara-cara :  Masukkan semua bahan. Blend. Dapat 2 gelas penuh.yumyum.puas minum... Kala begini shake n take sangat berguna.

Diari Dapur : Homemade Gravy Meatball ala IKEA

Assalamualaikum... Kawan kite cakap, menarik sangat menu meatball ala ikea post kat FB.  Jujur saja, daku google joo resepi dia.  Jumpa kat blog Adlil Rajiah. Nak tulis resepi macam panjang sangat bahan-bahan dia. Lupa nak bagi bahan-bahan meatball itu selfie untuk tepek sini. Kalut nak kasi surprise kat sben kite aritu ken...  Pun copy picture resepi dari blog Adlil Rajiah jugalah la untuk gravy itu. Guna meatball instant je brand Marina. Pastu fries pun instant, brand (lupa). Semua nak cerita jugak ke? Dah! Sila sama-sama telan air liur tengok gambar okey... Dah gaji ken? Laju-laju singgah pasaraya balik keje kang beli bahan hookey. Bye! 

Diari Dapur : homemade carbonara gravy yummy...

Assalamualaikum... Hari tu pernah dah share resepi sos carbonara simple sedap tu. Hasil dari google-google dan olahan sendiri jugak resepi. This time, again ubah bagi suai rasa sos carbonara itu. Dan hasilnya memang yang ni paling melekat dihati. Sedap bangat. Husband makan tak dan 5minit dah licin pinggan. Pinggan atas tu husband punya. Asalnya, pinggan beliau adalah lagi penuh berbanding pinggan kite. Kite baru tuang air, dia dah mula makan, kite nak snap gambar, dah tinggal banyak tu. Laju benorr... Sedap sangat katanya. Lamoo tak makan air tangan isteri. Bahan-bahan : 1. susu segar 500ml 2. 1 paket vono mixed mushroom (agen pemekat aka penambah rasa sedap) 3. Saudi scallop ayam extra cheese (dipotong dadu) 4. Spagetti 5. Bawang putih 3 ulas -dicincang halus 6. Chesdale (takde pun xpe tapi kami penggemar cheese tegar maka tak boleh tinggal ni) 7. minyak zaitun (kite guna minyak masak biasa je) Cara-cara : 1. Spagetti direbus dalam per...

Diari Dapur : Bihun Sup Soto dengan Bergedil Ayam

Assalamualaikum... Musim selsema. Kite pun turut selsema. Bila selsema, selera makan pun macam reduce. Kejap nak makan itu. Bila makan, payau je cari makanan lain. Selagi tak kena selera tekak begitulah gayanya...Menu berkuah/sup menu terbaik dinikmati saat begini. Sup memang sangat membantu kala selsema dan tekak yang sedang kering ini. Makan menu sup, baguslah dapat menstabilkan bendalir dalam badan.Huhu... and well, rindu bangat sup ayam soto air tangan mama katanya. Last weekend cuba la hasilkan menu bihun soto itu sendiri. Siap buat bergedil lagi... kikiki... Bahan-bahan Sup: 1.Sup Bunjut 2.4 sekawan 3. Bawang putih 5 ulas 4. Bawang merah 3 biji 5. Halia 2 inci 6.Ayam 7. Minyak untuk menumis 8. Garam 9. Air Cara-cara sup : 1. Rebus ayam dalam periuk bersama sup bunjut dan halia. Dalam kuali, tumis bawang dan rempah 4 sekawan hingga naik bau kemudian tuang ke dalam periuk rebusan ayam itu. Biarkan hingga masak. Bahan Sambal kicap : 1. Kacang tanah...

Bergedil Ayam vs Sandwich Sardin...

Assalamualaikum... Menu breakfast pagi semalam...  Saja bikin throwback sikit... Minggu ini Thaqif makan bermenukan sup ayam. Ayam sampai 5 ketul ibu Thaqif masak tu tak terhabis pun dimakan anak. Daripada simpan lama-lama isi ayam sup itu, kentang pun bergolek-golek je kat dapur itu. Marilah kite gentel bergedil kata kite didalam hati... Motif? Terliur je tengok bergedil dekat kedai nasi kukus itu, geram nak beli tapi bergedil itu tak de rasa ayam pun RM1.40 seketul. Rasa menggigil je tangan kite nak bayor. Pastu makan pun jimat-jimat tak nak cepat habis. Kikiki. Baik buat sendiri laaaa... Bahan-bahan :  Ubi kentang 5 biji potong nipis dan goreng (kite rebus je kasi empuk) 1 biji bawang besar/ bawang holland dadu Segenggam bawang goreng 1 sudu lada sulah/lada hitam Daun bawang (kite ganti masuk 1 biji cili merah cincang) Isi ayam goreng dicarik-carik (kite guna isi ayam lebihan masak sup je) Telur Cara-caranya : 1. Tumis bawang yang didadu. 2. Kent...

Diari Dapur : Puding berkuah kastad

Assalamualaikum... Lama tak de entri masak-masak dan makanan. Meh nak share resepi paling senang dan meletops sedap. Hihi... Untuk puding, kite guna puding yang siap je. Macam kat bawah ni. Beli yang campur flavour so bila masukkan dalam mangkuk besar, nampak comel je berwarna-warni. Kuah kastad : 1 tin susu cair 2 sudu besar kastad 3 sudu besar gula Masak semua bahan atas api perlahan hingga pekat sedikit,vtutup api. sejukkan dalam peti ais. Puding dibuka semua, susun cantik dalam mangkuk/ bekas sesuai, tuang kuah kastad. Makan sejuk-sejuk sedappp.... Kite buat berbuka puasa. Itu yang menghias dengan kurma, ngapp sekali. Sedappp.. huhu. Malam tu makan 2x puding ni. Idea bijak dan cepat, mudah untuk hidang pada tetamu raya ni. Nak buat stok puding banyak-banyak dan buat kastad. selamat mencuba!

Diari Dapur : Banana Filled French Toast

Assalamualaikum... Lama dah rasanya tak kongsi diari dapur kite sebab makin malas nak masak.  Kalau masak pun simply-simply sahaja dengan kekadang telah dimanjai oleh abah dan suami tersayang dengan kata-kata   kalau penat tak payah masak kita beli bungkus je. Semalam dok google aih terpandangkan resepi Banana Filled French Toast ni. Macam terliur nak buat jer lagi-lagi pisang tengah ranum ada kat rumah. Semakin berkobar-kobarlah nak masak breakfast pagi ni...  Alang-alang balik kerja semalam singgah di Econjaya, belilah roti bata tu... Rasanya memang yummy! Resepi kite ada olah sikit dari yang asal. Check it out! Bahan :  1. Roti Bata 2. Nutella / Peanut Butter Lady's Choice (kite guna Lady's Choice yang peanut+coklat) 3. 3 biji telur 4. 1/2 cawan susu kotak (kita guna evaported milk sebab lupa beli susu kotak) 5. 1 sudu kecil esen vanilla 6. 2 biji pisang (di hiris bulat) 7. Butter (kite guna majerin adela) ...

Diari Dapur : Sagu Gula Melaka

Assalamualaikum... Musim panas. Weekend.  Abah tetiba bersuara, kalau ada bubur kacang  sejuk-sejuk sedap ni. Hew! Kite tak reti buat... Tak confident sikit benda bersantan neh. + adalah lebih mudah dan murah beli jer bubur 3 bungkus RM2 semasa balik kerja yooo! Boleh campur-campur lagi. Anak yang baik, haruslah nak menggembirakan hati abah juga. Marilah kite memasak menu lain yang sejuk-sejuk sedap... Geledah dapur jumpa sagu. Bingo! Marilah bersagu-sagu... Cara Penyediaan :  Basuh dan rendam 1cawan sagu selama 1/2 jam (sagu kembang ). Lepas 1/2 jam, bilas. Rebus sagu bersama 2 cawan air hingga mata ikan dalam biji sagu hilang. Tutup api. Masukkan dalam bekas kecil - kite letak dalam satu bekas besar je, nak makan senduk aje. Masukkan dalam peti ais. Gula Melaka. 1 keping gula melaka / manisan + 1 cawan air. Cairkan gula melaka diatas dapur hingga mendidih sekejap. Susu cair. Tebuk dan tuang jer atas sagu semasa nak makan.  ...

Diari Dapur : Chocolate Iced Blended

Assalamualaikum... Angin sejuk sudah berlalu kini hawa panas terik pula mengisi hari. Dok ofis kadang tiap 10 minit minum air lepas tu touch-up lip ice kat bibir... Panas hangatt tau sekarang. Bibir pun kering jer.  Husband mai jemput pun da peliks, bedak takde secalit, bibir ja dok pink-pink. Malam-malam pun panas jugak, kipas memang kena pasang jer sentiasa kalau tak lemas. Panas-panas, fuh kalau dapat coolblog memang sedaplah kan tapi kena masuk bandar ke, pergi KB Mall atau Tesco la baru nak dapat coolblog tu. Balik kerja berpeluh-peluh, tak mood la nak menyinggah sana sini lagi dah. Tapi hati memberontak nak coolblog / iced blended jugak cemana? (Walhal kalau beli, minum bahagian atas jer, bawah dah manis mula hulur kat husband sayang dah suruh habiskan) Marilah membuat iced blended sendirik punyaaa... Bahan-bahan : 2 sudu besar milo  1 sudu besar serbuk koko (belasah je jenama apa pun) 3 sudu besar susu pekat manis 1 cawan ais Air 1/4cawan ...

Diari Dapur : Mee Berkuah

Assalamualaikum... Cerita semalam. Since kakak kesayangan kerosakan peti ais dirumahnya, mangsanya peti rumah kite la penuh dengan stok makanan. Tuannya tak datang memasak pun. Since mee pun ada, kambing ada sekeping. Kite decide nak masak mee berkuah. Dah bosan makan mee goreng la. Bahan-bahan : 5 ulas bawang putih (hiris) 2 biji bawang merah (hiris) 2 biji cili (ketuk) minyak untuk menumis daging/ayam/seafood (potong kecil) - kite guna daging kambing + ayam sawi 3 biji telur (sebab makan bertiga, bagi sebijik seorang)  Air 1 liter 3sudu besar sos tiram Garam secukup rasa 1/2 pati ayam - kite guna 1 mangkuk sup ayam baki dari menu hari sebelumnya Mee ( dicelur dengan air panas dan toskan, masukkan dalam mangkuk) Cara Penyediaan: Tumis bawang merah+ putih dan cili hingga wangi, masukkan daging dan ayam, biarkan seketika hingga agak masak. Masukkan sos tiram, pati ayam, garam, dan air. Biarkan sehingga mendidih. Bila mendidih, masukkan sawi, dan...

Diari Dapur : Bread Fingers

Assalamualaikum... Hai... Bosan dah makan roti celup telur tu as breakfast. Last week rasanya hari-hari itulah menu breakfast in the car untuk kami suami isteri... Sabtu yang aman untuk kite yang tak bekerja, haruslah bangun siapkan breakfast buat suami tersayang yang nak ke tempat kerja. New idea plak muncul tetiba kens... Buat bread fingers...  Actually bahan dan cara dia sama jer dengan buat roti celup tepung hat biasa tu.  Roti + telur. Hat beza dia punya bentuk je kot macam jejari + kite goreng deep fry bagi rasa crunchy sikit... Pastu tabur gula kastor plak. Pergh sedapppp... Husband yang tak pernah menolak masakan isteri pun sukaaa... Memula dia pelik tengok, tak dapat fikir yang itu roti. Hiks. Bila ngapp, haaa senyum dan cakap nanti boleh buat lagik... Memanglah, manis... Sedap... Kegemaran husband la sangat ken... Kiddos pun sukaaaa sangat dapat makan... Yummy!

Diari Dapur : Che Mek Molek

Assalamualaikum... Minggu lalu balik ke rumah mak. Masa nak balik satu plastik dengan pucuk paku, pucuk midi, dan seplastik lagi ubi keledek oren mak kirim buat bekalan masak-masak kat rumah. Haila...sweet sangat mertuaku. Since suami sayang outstation dihari Sabtu dan Ahad maka tak memasak pun. Ubi tu terbiar je atas kabinet dapur. Masuk hari Selasa, abah dah bagi hint, 'Ubi tu nak buat apa?' Dari sehari ke sehari tertangguh sebab breakfast hari-hari just goreng keropok lekor yang suami bawak balik dari Terengganu. Semalam barulah ada mood nak merebus ubi tu untuk buat kuih che mek molek sebab fikir hari ni tak ada makanan nak buat breakfast. Special thanks for dear Hubby, sebab tolong kopek kulit ubi dan tunggu kite hingga siap buat che mek tu. Bahan- bahan : Ubi keledek Tepung Gula Cara Penyediaan : Rebus ubi hingga empuk. Masukkan garam sikit bagi ada rasa masin-masin sikit. Kopek kulit ubi kemudian tumbuk lumat. Masukkan tepung . Gaul...

Diari Dapur : Puding Roti dengan sos kastad

Assalamualaikum... Tension bebenor bila tikus masuk umah tau! (Ini semua abah la, kite kata pasanglah jaring tak nak bagi tikus masuk rumah, nanti abah membebel sesorang bagaikan menasihati tikus tu suruh jangan masuk rumah siap berjanji nak bagi makan setiap hari kat luar rumah. Bila kite ulang bab pasang jaring etc tak selesa tikus bermaharajalela, nanti dia pujuk kite cakap, 'tikus tak masuk dah sebab dah bagi makan') Since incik tikus berleluasa kat dapur umah itu, roti dan segala bagai makanan masuk tuppaware. Bila dok dalam tuppaware mana nak nampak, pastu tak termakanlah sangat. Maka walaupun hari dah almost nak ke hujung minggu roti tak habis lagi. Jadi marilah kita transform itu roti kepada puding roti. Actually inspired dari Rina Hamid punya resepi Puding Roti Butterscoach itu. Tapi since kat rumah itu bukan roti butterscoach, sendiri oter resepi saja. Bahan-bahan Puding Roti : 6 keping roti gardenia biasa (Rina guna 8keping roti - tapi s...

Breakfast for 2 : Homemade garlic bread + Campbell's Mushroom Soup

Assalamualaikum... Hujung minggu berdua bersama husband kala malas nak menapak ke pasar tani mencari makanan,  tengok mushroom soup ada, roti bata yang suami beli belum disentuh. Bingo! Buat garlic bread makan dengan sup cendawan panas-panas itu yummy! Mari kongsi cara kite buat. Bahan-bahan : 4 ulas bawang putih (cincang halus) 1 sudu serbuk teh lada hitam (kite guna serbuk lada hitam ajishio jer) 3 sudu besar butter / majerin (kite guna Adela) Roti bata Cara  Penyediaan : Campur bawang putih + serbuk lada hitam + majerin dalam mangkuk, kacau sebati. Sapu pada kedua belah roti dan bakar kejap dalam non-stick pan. Done! Next nak belajar homemade mushroom soup plak. Resepi dah ada, nak membuat tu  kemalasan lagi.Acaner?

Diari Dapur : Ayam goreng kicap masam manis (mama style)

Assalamualaikum... Hari ni share resepi ayam goreng kicap paling mudah, tak payah pakai kulit kayu manis etc tu. Resepi mama yang paling digemari kite ni.  Hohoho. Sedap! Kegemaran suami jugak. Kalau tanya nak masak apa ayam / ikan / telur ? Jawapan dia -  Masak kicap pun sedap / Masak kicap jer la pastu zikir dah lama tak makan masak kicap walhal kadang baru jer 2-3 hari sebelumnya makan masak kicap. T__T Gitew perangai laki kite. Pada dia seminggu lauk kicap pun takpe. I okey jer kalau kami berdua, ini nak hidang kat abah lagi lorh... Jatuh standard 'isteri rajin' depan abah. Nanti abah plak tazkirah kat kite kang.  Opss...dok pelik kenapa ayam goreng kicap masam manis? Sila tengok resepi yer. Bahan-bahan : Ayam - ikut jumlah orang nak makan (kite guna dalam 4-5 ketul je bila berdua dengan suami) Garam kunyit segera  Kicap (kite guna cap kipas udang) 1 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil asam jawa adabi 3 ulas bawang putih -diketu...

Diari Dapur : Waffles with Love

Assalamualaikum... Wafer ke waffle ea?  Belasah jea ea... Belek-belek phone tengok gambar waffle hat kite buat test drive akak kite punye waffle maker few weeks ago. Sejak kite perkenalkan cik Na (kakak) tu dengan lazada.com.my tu asal balik KB jer dia citer pasal waffle maker tu suruh kite order -kan pasal dia kat Meranto tu tak ada line tepon nak ber-maybank2u. Line tenet ada, line tepon tak dak. Apa pun tak boleh. So, bila sampai wafer maker itu hari, cik na tak mai amek terus, abah pulak cakap  " bila nak try guna benda hat beli tu, boleh makan." So funny abah siap soh kite g tanya orang jual waffle tu resepinya... (-_-") Tak de maknanya nak mengadap akak waffle tu tanya cemana nak buat. Google sahaja la. Sumber dari myresepi. Bahan-bahan : 2 biji telur  3/4 cawan susu segar 2 sudu makan minyak   1 cawan tepung 1 1/2 sudu teh baking powder 1 1/2 sudu makan gula 1/2 sudu teh garam Cara Penyediaan : Campur semua bahan pukul ...

Diari Dapur : Homemade Tom Yam Pes Simple dan Sihat

Assalamualaikum... Hai!  Hari ini geds nak share resepi tom yam pulaks. Resepi tom yam pun nak share ke? Pakai pes paket sudah... Kegemaran kite, tomyam ni sebab mudah. Everything in 1. Sayur + lauk dalam satu mangkuk. Tak perlu pikir susah-susah nak masak banyak dish. Sebelum kawin, housemate siap cakap nak kasi hadiah pes tomyam jer sebab suka sangat makan tomyam -chet! tak kasi pun.. (Bujang, takde alat memasak lengkap kite masak pakai pes jerlah).Mo lagi emm...goreng telur dadar pulaks. Memang bertambah nasi laki bini. Sebenarnya buat pes sendiri senang jer pun. Mama kite dulu menumbuk je buat pes. Lanii da moden, kite guna blend saje. Kite upgrade sikit versi mama jugak. Bahan- bahan : 2biji Tomato (dikisar) 5 biji bawang merah (dikisar) 3 ulas bawang putih (dikisar) 1/4 bawang besar (dikisar) 2 batang serai (dikisar) 5 biji cili padi (dikisar) -kalau tak suka pedas sila kurangkan 2 sudu cili boh (nak kasi warna cantik-like merah gi...