Skip to main content

Diari Dapur : Ayam goreng kicap masam manis (mama style)

Assalamualaikum...

Hari ni share resepi ayam goreng kicap paling mudah, tak payah pakai kulit kayu manis etc tu.
Resepi mama yang paling digemari kite ni. 
Hohoho. Sedap!

Kegemaran suami jugak. Kalau tanya nak masak apa ayam / ikan / telur ?
Jawapan dia - Masak kicap pun sedap / Masak kicap jer la pastu zikir dah lama tak makan masak kicap walhal kadang baru jer 2-3 hari sebelumnya makan masak kicap.
T__T
Gitew perangai laki kite. Pada dia seminggu lauk kicap pun takpe. I okey jer kalau kami berdua, ini nak hidang kat abah lagi lorh... Jatuh standard 'isteri rajin' depan abah. Nanti abah plak tazkirah kat kite kang. 

Opss...dok pelik kenapa ayam goreng kicap masam manis?
Sila tengok resepi yer.

Bahan-bahan :
  1. Ayam - ikut jumlah orang nak makan (kite guna dalam 4-5 ketul je bila berdua dengan suami)
  2. Garam kunyit segera 
  3. Kicap (kite guna cap kipas udang)
  4. 1 sudu besar sos tiram
  5. 1 sudu kecil asam jawa adabi
  6. 3 ulas bawang putih -diketuk / hiris
  7. 1/2 inci halia - hiris halus
  8. 1/4 bawang besar - hiris
  9. 1 biji cili merah / hijau - hiris
  10.  minyak
Cara Penyediaan :
  1. Ayam + garam kunyit. Goreng hingga masak (kalau suka garing silakan -kite tak suka garing, nanti kicap tak serap sangat kat ayam itu). Dah masak angkat, tos kat tepi.
  2. Sediakan kuali untuk tumis bawang putih dan halia. Dah agak naik bau masukkan kicap, sos tiram, asam jawa yang dibancuh dengan sikit air. 
  3. Biar memekat sikit, masukkan la bawang besar dan cili yang dihiris. Bila dah macam pekat tu, masukkan ayam yang siap goreng. Kacau sekejap kemudian bolehlah diangkat dan hidang.
** kite tak guna garam or gula etc dah sebab semua dah secukup rasa dah.


Bila kicap yang manis bergabung dengan asam jawa. Masam manislah rasanya. Sedap. Cubalah k.

Husband bila tengok kuah kicap yang banyak tu (kite terlebih masuk kicap), dia pun siap plan nak suruh ikan goreng kicap plak, dah jawab ikan tak ada dia cakap goreng telur mata la masuk dalam kuah kicap tu, rugi nanti.
T__T
Kite tau B, kicap memang kegemaran awak. Sayur masak lemak pun nak jugak tuang kicap atas nasi tu.

Comments

  1. baru je plan nk bt ayam masak kicap esok. suami yong pun suka bebenor mkn kicap..

    ReplyDelete
  2. @Farhain - hehehe.kebetulan. boleh try ayam goreng kicap versi kite pulaks

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...