Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

M2B : Check-up 30 weeks.

Assalamualaikum... Semalam kite pergi check-up dekat KD. Pastu kena g KK pulaks check gigi. Lepas tu terus mood malas. MC ajelah kite... Mihmihmih... Alhamdulillah. Check-up semalam everything fine. Baby good. Timbang berat naik 1kg.  HB  11.8. < Jump with joy> Terkejut kenapa last 2 weeks bacaan low, semalam OK. Nurse kata mungkin hari tu orang yang ambik darah tu salah cara ambik darah sebab untuk check HB pun ada cara-cara dia nak bagi keluar serum darah sekali.  Kite dok terangguk-angguk. Yelah dah tumpang amek HB kat KK, bukannya diorang concern pasal HB kite sebelum ni.  Disebabkan itu juga, buku merah bertukar sticker hijau. Uhuks... This time check-up, nurse sharing bout merancang keluarga.  Teruja giler bertanya itu ini, pros and contra the best way etc. Macam-macam kaedah untuk merancang keluarga, seperti ambil pil, cucuk, ADR, dan implan. Nurse cerita, ambil pil tengok jenis, untuk menyusu macam Noriday, taklah ada masalah cuma tak datang perio

M2B : Baby Cot Idaman Tercapai

Assalamualaikum... Di ambang 30 weeks.  Langsung dah pasrah dengan cerita baby cot ni sebenarnya. Dah macam putus asa sebab kami dah puas pusing kedai perabot sekitar Kota Bharu (area yang biasa lalu jer) tapi asal tanya jer, tak ada jual baby cot. Kalau ada pun macam jenis buai gitu. No for buai. Ada jugak dikedai baby, tapi maklumlah harganya. Yums. Kot la kalau cari dikedai perabot biasa harga boleh dapat lower kenss... Husband jer selalu pujuk-pujuk jugak, ada peluang lagi, sempat nak cari lagi. Kalau tak dapat kite kirim kat kakak-kakak yang ada kat KL beli kat IKEA. Gitu... Sanggup kooo... Kite diam aje. Nak tapi tak dapat nak buat cemana. Tak perlu touching-touching haish bebenda kecik en. Alhamdulillah rezeki, kebetulan husband tergerak hati nak beli akok semasa dalam perjalanan balik ke rumah mertua. Sebelah kedai akok tu kedai barangan second hand... Lori hantar barang baru sahaja sampai. Kawan satu kampung husband pulak yang dok atas lori tu menegur. Husband

Diari Dapur : Chocolate Iced Blended

Assalamualaikum... Angin sejuk sudah berlalu kini hawa panas terik pula mengisi hari. Dok ofis kadang tiap 10 minit minum air lepas tu touch-up lip ice kat bibir... Panas hangatt tau sekarang. Bibir pun kering jer.  Husband mai jemput pun da peliks, bedak takde secalit, bibir ja dok pink-pink. Malam-malam pun panas jugak, kipas memang kena pasang jer sentiasa kalau tak lemas. Panas-panas, fuh kalau dapat coolblog memang sedaplah kan tapi kena masuk bandar ke, pergi KB Mall atau Tesco la baru nak dapat coolblog tu. Balik kerja berpeluh-peluh, tak mood la nak menyinggah sana sini lagi dah. Tapi hati memberontak nak coolblog / iced blended jugak cemana? (Walhal kalau beli, minum bahagian atas jer, bawah dah manis mula hulur kat husband sayang dah suruh habiskan) Marilah membuat iced blended sendirik punyaaa... Bahan-bahan : 2 sudu besar milo  1 sudu besar serbuk koko (belasah je jenama apa pun) 3 sudu besar susu pekat manis 1 cawan ais Air 1/4cawan Cara-car

Mommy Preparation : Set Berpantang / Bersalin Pilihan

Assalamualaikum... Dilema...dilema... Bab ini bagi saya bermasalah sikit sebab diri ini bab ubat ker jamu memang al-liat nak telan. Hohoho... Maka, kenalah pilih set terbaik supaya takkan jadi pembaziran bila tak sentuh ubat / jamu yang ada dalam set itu disamping kena fire dekat husband. -He very strict about this, since before married always argue about medicine that i don't want to eat. Since preggy 4months lagi la mula men-survey. Terpaksa survey sendiri sebab kalau tanya sisters mesti diorang suruh beli NR sebab diorang semua memang pantang pakai set NR. Target tak nak jamu-jamu, tak nak kapsul-kapsul, nak yang ada bengkung sekali. Google...google...ketemu this blog review... Sila baca, malas nak ulas pasal produk-produk ni. Set Bersalin Yang Menjadi Pilihan Hati :) Lepas baca review, rasa macam terpengaruh nak cuba tanamera jugak dan memang dalam list nak beli  minyak herbanika juga (sebab memang biasa guna itu since dulu kala untuk mengurut bila ka

Diari Dapur : Mee Berkuah

Assalamualaikum... Cerita semalam. Since kakak kesayangan kerosakan peti ais dirumahnya, mangsanya peti rumah kite la penuh dengan stok makanan. Tuannya tak datang memasak pun. Since mee pun ada, kambing ada sekeping. Kite decide nak masak mee berkuah. Dah bosan makan mee goreng la. Bahan-bahan : 5 ulas bawang putih (hiris) 2 biji bawang merah (hiris) 2 biji cili (ketuk) minyak untuk menumis daging/ayam/seafood (potong kecil) - kite guna daging kambing + ayam sawi 3 biji telur (sebab makan bertiga, bagi sebijik seorang)  Air 1 liter 3sudu besar sos tiram Garam secukup rasa 1/2 pati ayam - kite guna 1 mangkuk sup ayam baki dari menu hari sebelumnya Mee ( dicelur dengan air panas dan toskan, masukkan dalam mangkuk) Cara Penyediaan: Tumis bawang merah+ putih dan cili hingga wangi, masukkan daging dan ayam, biarkan seketika hingga agak masak. Masukkan sos tiram, pati ayam, garam, dan air. Biarkan sehingga mendidih. Bila mendidih, masukkan sawi, dan pecahkan

Diari Dapur : Bread Fingers

Assalamualaikum... Hai... Bosan dah makan roti celup telur tu as breakfast. Last week rasanya hari-hari itulah menu breakfast in the car untuk kami suami isteri... Sabtu yang aman untuk kite yang tak bekerja, haruslah bangun siapkan breakfast buat suami tersayang yang nak ke tempat kerja. New idea plak muncul tetiba kens... Buat bread fingers...  Actually bahan dan cara dia sama jer dengan buat roti celup tepung hat biasa tu.  Roti + telur. Hat beza dia punya bentuk je kot macam jejari + kite goreng deep fry bagi rasa crunchy sikit... Pastu tabur gula kastor plak. Pergh sedapppp... Husband yang tak pernah menolak masakan isteri pun sukaaa... Memula dia pelik tengok, tak dapat fikir yang itu roti. Hiks. Bila ngapp, haaa senyum dan cakap nanti boleh buat lagik... Memanglah, manis... Sedap... Kegemaran husband la sangat ken... Kiddos pun sukaaaa sangat dapat makan... Yummy!

M2B : Check-up 28 Weeks 2 Days

Assalamualaikum... Hari ni done check-up lagi...  Dah bermula sesi 2 minggu sekali jumpa nurse... Berat kite, phewww...haruslah meningkat lagi tapi maintain 1.5kg sahaja... 55.5kg.  Baguslah... Keep it up. Tak payah bersusah payah berdiet secara over selepas bersalin.  Well dok naik turun berat ni, till today, lebih kurang 5kg je baru naik berat sepanjang kehamilan ni. Nak kata tak makan, makan jer. Tak apalah, banyak sikit, janji baby sihat-sihat aje. Ye dok? Check air kencing ok. Nurse ajar kira gerakan baby, kena kira hari-hari sampai bersalin.  ~Rajinkah? Wajib demi anak. ~ Check perut, nurse kata kepala baby kat bawah dah... Bagus. bagus. Ukur tinggi perut tambah 1cm dari 2 minggu lalu. Sekarang 23cm. Dah kena cucuk kali pertama.  Nurse kata, anak pertama ibu kena cucuk 2 kali. Sobs.... Kebas ooo tangan neh...  ~ Nak skip masak lagi hari ni boleh? ~ Bacaan hB agak merosot sikit. Turun. Sobs. 10.3 jer. Huh! Kenapa tiba-tiba begini rendah?  Sed

Daddy To Be pun merasa jugak

Assalamualaikum... Hi! Since minggu ke-12, kite dah slowly berhenti cerita pasal alahan bagai tu ken... Yup! Alhamdulillah alahan tu dah slowly menghilang dari kite. Hari-hari kite makin kuat, cargas jer berjalan-jalan etc, bila hujung minggu tak de lagi bermalas kat katil jer. Kadang tak sempat tidur pun sibuk dengan kerja mengurus rumah tangga. Syukur pada-Mu ya Allah. 5 month above, actually kerap nak weewee (buang air kecik) dah mula asyik terasa. Penat tau berulang alik pergi toilet, dah la kat ofis toilet jauh sikit. Bangun malam tak payah citer, dah rutin.  Tapi ada cerita jugak part ni... In some days, kite tak rasa sangat nak ke toilet even minum air masak berbotol-botol. Bila time kite tak mengalami masalah nak ke toilet dengan kerap ni, nanti balik kerja husband yang akan mengadu mengalami masalah  tersebut. Hari yang kite alami masalah tersebut, walhal minum air tak habis suku botol 750ml tu pun, 2-3 kali pergi toilet, hari tersebut husband tak de kompli

Solat Hajat + Jamah Perut (7mth baby) dan Majis Tahlil (1y mama)

Assalamualaikum... Khamis lalu kite cuti...  Hari tu gempak nak tolong mak bungkus ketupat palas, last tak jadik. Mak nak buat kat rumah dia jer sesiap... Kite kat rumah mengemas-ngemas apa yang patut sahajalah untuk majlis hari jumaat selain persiapkan rapi bilik tetamu untuk mertua. Malam tu abah ajak orang surau solat hajat sempena kandungan kite dah menjangkau 7bulan. Doakan semoga semuanya selamatlah. Mertua kite pun datang jugak malam tu sebab memang jemput mereka datang tidur kat rumah kite sebab esoknya kite buat tahlil, makan-makan jemput sedara sempena setahun arwah mama. Sebelum makan besar esoknya, treat dulu family sekalian makan sate. Hampa sikit bila mertua tak jadi tidur kat rumah pulak, meyusahkan mereka datang jejauh pastu patah balik. Nanti esoknya datang lagi. Hu... Tak apalah, mungkin mereka tak biasa kot. Next time pasti akan membuat mereka tidur kat rumah... Hiksss... Jumaat pagi, masih kesibukkan seperti biasa, al-maklum tuan rumah ev

4 Februari 2014

Assalamualaikum... 4 Februari 2013- 4 Februari 2014. Genap setahun tanpa mama. Al-Fatihah buat mama tercinta. Masih dibayangi hari pemergian mama. Namun hidup harus diteruskan. Harus kuat. Jika aku yang 23 tahun lebih bersama mama begini ratapnya, abah yang menghampiri 45 tahun berkongsi hidup bersama mama lagi terkesan dihati. Mama masih menghadiri mimpi-mimpi abah kala abah menjaga bunga-bunga orkid kesayangan mama dan menyentuh hal berkaitan mama. Aku cemburu. Kadang aku pun ingin bertemu mama lagi walau sekadar dalam mimpi. Rindu. Aku kagum dengan kerinduan yang masih bersisa dihati abah. Kala kami adik beradik beramai-ramai dirumah makan-makan, abah wajibkan kami untuk menyedekahkan Al-Fatihah dan baca tahlil ringkas untuk mama. Selang 1-3bulan, kami akan berkumpul beramai-ramai, solat jemaah, kemudian membaca yassin serta tahlil untuk mama. Insya-Allah... Jumaat ni buat tahlil untuk mama + solat hajat untuk kehamilan kite yang nak masuk 7b