Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kpsl n27

The Exam Day : Mari Melompat

Assalamualaikum... Memula malas nak cerita pasal exam tapi tak best skip-skip cerita. 11/8/2015 Hari pertama exam. Mati-mati ingat exam mula 8.30am padahal 9.30am. kemain awal keluar rumah. Singgah makan roti canai bagai pun sebelum 8.30am dok depan dewan dah. Abah cakap awal lagi, pergi la melepak ditepian Pantai Cahaya Bulan nan permai sambil melayan Thaqif main lompat-lompat. 9am terus kembali semula ke Kem Kijang untuk exam. Abah pergi melawat saudara kat area PCB tu jugak. Habis exam 12.30pm singgah pejabat kejap kutip buku untuk exam hari seterusnya, pastu beli nasi kukus untuk makan di tepian pantai Irama, Bachok sebab seterusnya nak pergi melawat baby Farhan lagi. Thaqif dok tepi pantai syok la main pasir bagai sesambil disuap nasi dan ayam goreng. Dah pergi melawat baby Farhan, dah 4pm- sekali lagi singgah Pantai Irama. Kali ini kasi chance kat Thaqif mandi-manda plak. Again, tak prepare apa. Mandilah dak Thaqif tak berbaju. Ibu berbaju kurung pun lencun...

8days to go

Assalamualaikum... Selepas 2tahun + meninggalkan dewan peperiksaan. Kini sekali lagi bakal masuk dewan peperiksaan dengan semua buku rujukan dibawah ni. Hari tu kemain malas nak pergi exam sengsorang. Pastu kawan ofis bagi semangat suruh pergi jugak, bersungguh-sungguh suruh beli buku rujukan ni awal-awal sebab nanti habis. Mula-mula, macam-macam alasan jugak. Lepas tu fikir-fikir, okeylah. Beli je buku. Pergi je exam. Redah je, jawab je jangan stress. Kalau lulus, alhamdulillah. Tak lulus, anggap pengalaman tengok contoh soalan etc dah. Nanti bila repeat taklah gabra. Siap suruh husband balik cuti demi teman wife pergi exam tapi tetiba tak pass la pulok cutinya. Sendu sungguh. Its okay, husband will send loves thru the air. Muahahaha. Kawan-kawan yang ambil exam KPSL N27 jugak, good luck! kawan-kawan yang membaca post ini, wish me luck okay!