Skip to main content

The Exam Day : Mari Melompat

Assalamualaikum...

Memula malas nak cerita pasal exam tapi tak best skip-skip cerita.

11/8/2015
Hari pertama exam. Mati-mati ingat exam mula 8.30am padahal 9.30am. kemain awal keluar rumah. Singgah makan roti canai bagai pun sebelum 8.30am dok depan dewan dah. Abah cakap awal lagi, pergi la melepak ditepian Pantai Cahaya Bulan nan permai sambil melayan Thaqif main lompat-lompat.


9am terus kembali semula ke Kem Kijang untuk exam.
Abah pergi melawat saudara kat area PCB tu jugak.

Habis exam 12.30pm singgah pejabat kejap kutip buku untuk exam hari seterusnya, pastu beli nasi kukus untuk makan di tepian pantai Irama, Bachok sebab seterusnya nak pergi melawat baby Farhan lagi.
Thaqif dok tepi pantai syok la main pasir bagai sesambil disuap nasi dan ayam goreng.

Dah pergi melawat baby Farhan, dah 4pm- sekali lagi singgah Pantai Irama. Kali ini kasi chance kat Thaqif mandi-manda plak.
Again, tak prepare apa. Mandilah dak Thaqif tak berbaju. Ibu berbaju kurung pun lencun meneman Thaqif kat dalam air tu.

Tak dak gambar Thaqif main air dah la. Seksi sangat mandinya.

6pm + baru sampai rumah.
Sama-sama pengsan dengan Thaqif.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

Jadual Pemakanan Bayi 6 Bulan.

Assalamualaikum... Aww...excited norr anak makan kali ni. Ibu siap-siap buat entri satu per satu untuk anak tersayang. Gediks sangat. Untuk pemilihan makanan pertama Nur Aisyah Tasnim ni pun dilema jugak. Walaupun ada pengalaman dah bagi Thaqif makan. Berdebar tu tetap ada untuk memulakan sesuatu yang baru pada anak yang baru - Aisyah.  Dilema nak mula dengan puree atau bubur seperti Thaqif.  Terpengaruh dengan notes kebanyakan mommies sekarang dan risau jugak apa-apa kan. (tapi mostly kerana terpengaruh dengan warna warni menu puree mommies tu buat untuk anak mereka) Tapi akhirnya kite memilih untuk memulakan dengan bubur nasi kosong jugak pada Aisyah. Apa yang kite faham ialah ini adalah langkah memperkenalkan makanan pejal kepada bayi. Bentuk makanan pejal yang akan diperkenalkan juga adalah masih versi cair yang boleh mengalir mengikut sudu lagi dan kuantiti yang diberikan untuk awal proses ini adalah 1-2 sudu makan sahaja. Even nurse yang kite selalu j