Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Thaqif dapat basikal la pulok.

Assalamualaikum... Hari tu weekend balik rumah mertua tersayang. Ececece... Sampai-sampai je mak tok, tok ayah dan kakak Ainul dah tunggu.  Pastu kakak Ainul dah tak sabar-sabar dukung Thaqif masuk rumah. Ingat kenapa... Rupanya nak tunjuk basikal tok ayah belikan untuk Thaqif. Going 14month already have a bicycle. Over.over sangat. Kaki pun tak sampai lagi, jalan pun goyang-goyang lagi dah dapat basikal. Ok fine, ibu jeles. Tok ayah kata aritu Thaqif beria je suka bila letak atas basikal cucu jiran depan rumah tu. Tok ayah dok teringat-teringat keseronokkan dia masa tu, tu yang belikan basikal. Sweet sangatlah tok ayah ni. Awat tak beli kereta terus, Thaqif suka jugak naik kereta. Hahahhaa... =p Gurau-gurau je. Apa pun thank you a lot tok ayah. Rajin betul layan cucu. Well, I suspek, Thaqif ni akan jadi salah seorang cucu manja tok ayah punya nanti bila dah pandai cakap. Nak apa, mintak je mesti dapat.

CPUV 26 Jun 2014 : Shell Helix 'Love My Engine'

Assalamualaikum... Again... Shell Helix 'Love My Engine' singgah menapak di blog kite. Alhamdulillah.

Pengalaman Pertama Dengan Online Seller Ntah Pape

Assalamualaikum... Entri bukan nak tutup periuk nasi, periuk gulai ke apa. Cuma kongsi pengalaman sebagai buyer. Pre-loved item. 19 Mei 2015 -Booking untuk beli 2helai seluar untuk anakda. -Request untuk bayar ketika gaji pada 21 Mei 2015. -Seller said ok. I am ok too la.. 21 Mei 2015. - PM seller minta total, dan acc number sebab nak bayar. -Seller reply dia kat luar dan sibuk. -So direct cakap, saya balik kerja awal hari ni, dan malas nak internet banking kat rumah sebab line slow, paling awal boleh bank-in next monday since ahad kelantan masih cuti bola. (bagitau supaya tak cakap kite shopping main-main dan takut kena backout kat seller) -Seller reply takpe, take your time. (lega) 25 Mei 2015. -PM seller untuk dapatkan total dan acc number. -Seller tanya balik saya order apa ye, dia dah lupa. (serius dah rasa fed-up dan geram, dia lupa order kite, nak suruh kite tag dia semula- did you know how many notification i have? need i browse one by one in hundreds

Learning to say yes in malaysian way

Assalamualaikum... Saja kasi senyum-senyum di hari Ahad.

Invitation to Courts Event

Assalamualaikum. I should be in KL by now. but not. Bersiaran dari rumah mertua tersayang. Hiks. Pertengahan Mei, dapat e-mel dari nuffnang untuk sertai event. Terharu aa...blogger suam kuku pun nuffnang ajak join event. Of course excited. tapi jauh nun KL. Kalau bujang, tak de anak, mo je terbang pergi. Just for exprience mingle with other blogger, nuffnang etc. Tapi since komitmen sebagai ibu tak pernah tinggal anak. I choose to stay. Mungkin next time.

Semangat Nak Perasap Dapur

Assalamualaikum... 3hari.  3hari je lagi. - - Suami pulang. Dah siap berangan nak masak apa dari minggu lepas. ^__^ Senarai menu dan bahan yang tak de kat rumah supaya tak lupa beli. =) Sebenarnya ada 44menu nak masak/nak jamu husband dok ada dalam kepala ni tapi kang nak makan masa mana. Ramadan: eating time is very limited. Ini pun senarai kemain, sat gi husband balik KOT membeli di bazaar je pun tak tau dengan kepenatan seorang ibu menyusu ni.  Last year, berpuasa sebagai ibu dah tapi masa tu badan strong lagi, susu tengah meriah tak ingat, anak pun tak pandai bergolek pun lagi. Tahun ni, anak baru dapat kaki. huh! basah ketiak kejar anak situ sini. Itupun lucky, waktu berbuka dah selamat tidur, kira lega la ibu sikit. Tahun depan ntah macam mana pulak la gayanya. Anyway, thank you to all friends yang rajin singgah sini dan support my breastfeeding journey. I love you all. ** Ramadan day 5, alhamdulillah bertahan hingga berbuka. Tank susu tak

CPUV 24 Jun 2015 : Old Town White Coffee

Assalamualaikum... Alhamdulillah rezeki bulan Jun yang melimpah ruah. Minggu ni hampir setiap hari ada CPUV baru. Terharu... Sayang nuffnang ketat-ketat. More info :  Old Town White Coffee Old Town White Coffee Facebook Walaupun bukan peminat kopi. Best jua lepak di Old Town layan mee kari yang mantops itu. Eh... masih ada ke menu tu? Dah berapa lama tak jejak old town nih.

Rezeki di pagi hari =)

Assalamualaikum... Datang kerja dipagi hari gaji. Belek blog, cek e-mel dahulu. Dan... e-mel yang satu ini membuat senyum meleret. Alhamdulillah. Rezeki waktu pagi. RM30 shopping gift card from 11street. Baru je niat untuk berhenti shopping tau. Terpaksa shopping lagi la nampaknya. Hehehe...

CPUV 23 Jun 2015 : Nando's Sedap Sangat Ke dan Resort World Sentosa

Assalamualaikum... More info :  Nando's dap.dap.dap. sos peri-peri meletops nando's. tapi nanhado kat kelate.sobs.sobs.sobs. More info : Resort World Sentosa wajib nak lawati mana tau nak ke USS. opsss...

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015

Assalamualaikum... Join Giveaway dulu. Moga bertuah. Hadiahnya ialah : 5x baucer RM150 untuk shopping di nile.com.my Klik banner untuk Jualan Raya Meletop 2015 5 item dari nile.com.my yang di ingini untuk bergaya di hari raya nanti ialah :   Product:  Haniya Mix Color Blouse Price Meletop: RM19.90 Date: 06/07/2015 Time: start: 4.00pm  Quantity: 80 pieces   Product:  Haniya Mixed Color Blouse Price Meletop: RM14.90 Date: 02/07/2015 Time: start: 3.00pm  Quantity: 200 pieces   Product:  Indentation Woman Bag Price Meletop: RM7.50 Date: 03/07/2015 Time: start: 3.00pm  Quantity: 150 pieces   Product:  Cardigan/Sweater Price Meletop: RM9.90 Date: 29/06/2015 Time: start 4.00pm  Quantity: 200 pieces Product:  Simple OL Flats  Price Meletop: RM9.90 Date: 01/07/2015 Time: start: 11.00am  Quantity: 150 pairs jom korang join sama.If nak details lebih lanjut, korang boleh terjah blog >>  LYSSA FAIZUREEN  << ye..

WW : Peminat Fanatik

Assalamualaikum... Cerita semalam. Aksi peminat fanatik pada mulanya. Buat-buat biasa jer. Act cool and relax also feeling handsome with the cap.  Next...ajak selebriti ni selfie dulu la. Tayang senyuman yang mahal. Pastu geram la dengan selebriti ni. Terus gomol la selebriti ni dengan kisses non stop. mmuah.mmuah.mmuah. So tak payah susah hati sesal sebab dulu tak sungguh-sungguh belajar bagai untuk jadi seorang selebriti. Jadi ibu je. Insya-Allah. Peminat fanatik hari-hari follow. When you are a mum, you are celebrity forever.

CPUV 22 Jun 2015 : uMobile Blogger Ambassador

Assalamualaikum... CPUV Nuffnang terbaru lagi. ^__^ Entri tertinggal keretapi sokmo bab cpuv. Kadang ingat dah post, rupanya belum. Ahaks. Terperam dalam draft. 22 Jun 2015 : uMobile Blogger Ambassador  More info : www.u.com.my   dan FB uMobile

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke

rukhsah puasa

Assalamualaikum... Balik kerja semalam, Thaqif dah eekkekk untuk susu. Sedih giler bila tank susu kite kosong. Meragam jelah si bujang tu dalam kereta sebab tak puas menyusu. Bagi susu botol dibaling saja.  Dok la pukul-pukul dada ini marahnya takde susu agaknya. T__T Sungguh tak tahan tengok anak camtu. Kesian. It break my heart. 6pm. Sikit lagi nak berbuka. Tapi tak peduli apa dah masa tu, berbuka jelah.  Makan kurma, coklat sikit.Minum air. Niat cuma satu untuk menyusukan Thaqif kenyang-kenyang. Dalam hati dok merintih. Allah maafkan aku. Demi anakku sungguh tak tegar hati tengok anak menyusu tak cukup. Bantulah aku Ya Allah. Zikir tak putus didalam dada. Pagi ni pun terfikir-fikir boleh ke begitu? Takkan sebulan puasa ni kena korban hari-hari? Berdosakah aku? Allah Maha Besar.  Terus jumpa post yang kongsi tentang rukshah puasa di FB.  Lapang dada sikit. **klik gambar untuk tumbesaran. Hari ini bangun sahur seperti biasa dite

My puasa-day

Assalamualaikum. Sunday again. Malasnya nak kerja. Mengantuk. Thaqif bangun bersahur lagi tak tidur till masuk kereta. Asal hari kerja je, dia sibuk bangun sahur sama, weekend nanhado bangun sampai ibu terbabas sahur hari jumaat tu. 1st day puasa. Konon sendu aa berbuka sengsorang.anak pun dah tidur since 6pm. Tup-tup, 7pm+, grill pintu dibukak. Gerembolan askar sudah tiba. Anak i'olls pun terbangun la dengar suara abang-abang. telinga nipis benorr. Berbukalah beramai-ramai dengan sisters and their families. Thaqif mengantuk je tapi alhamdulillah tak meragam langsung. Dok jalan-jalan keliling semua orang je. Orang suap nasi dia nganga. Fun and tired day.  Jumaat yang tak sahur. Thaqif tidur tak bunyik langsung. Alarm lupa kunci. Sedar-sedar orang azan dah. LOL. Of course la masuk je tengah hari pitams. Ikutkan mampu je nak bertahan, tapi weekend, biasalah hari 'no bottle' untuk Thaqif. He refused bottle, refused food, only ib

COLLECT POINT WITH BCARD

Assalamualaikum... Sebelum ni pernah share tentang ShopBack, ingat tak kite cakap best berbaloi sebab automatik dapat point BCARD jugak. Serius kite enjoy shopping dan kutip point thru BCARD ni sebab BCARD combine most online shop dan stesen minyak yang kite isi. Online shop biasa kite terjah shopping itu biasalah, zalora, lazada, groupon, mumsluv. Stesen minyak pulak yang senang jumpa di Kelantan - CALTEX. CALTEX sebenarnya abah punya favourite stesen minyak, tapi since abah drive kereta kite, maka kite terjebak sama la isi disini. Lucky ada BCARD, maka boleh kutip point sama. ^__^ BCARD MERCHANTS: Banyakkan merchant BCARD ni? Best la swipe-swipe selalu. Ihiks. Silalah laju-laju mohon BCARD ni. Isi je form online, later kad BCARD akan dihantar ke rumah.  BCARD REDEMPTION : Redemption dia pun best-best. Standard la punya redemption tapi masih menarik pada kite. Well, dari spend tak dapat apa-apa, apa salahnya kumpul point dapat jima

CPUV 17 Jun 2015 : RHB Lifestyle App/Perfecto Popcorn/Tesco

Assalamualaikum Entri tertinggal keretapi. Alhamdulillah. Setelah seminggu tak de CPUV baru.  Terasa rindu la kat nuffnang.  Baru cakap rindu terus berdas-das CPUV baru masuk. Kali ni ada tiga CPUV dari RHB. RHB Lifestyle App. Untuk menikmati app ni boleh download dari google play dan app store thru phone masing-masing.  More info/ user guide here -->>    RHB 1 CPUV Tesco Tesco- Lebih Jimat. Jom pergi shopping bahan untuk sahur dan berbuka. Eh? Hahaha... Info produk lebih jimat di Tesco-->> Lebih Jimat 2 CPUV dari  Perfecto Popcorn- Launching Perfecto Popcorn ni win! Sedap sangat hookey. Aritu dapat rasa tester kat supermarket, tengah rushing shopping dan melayan kebuasan Thaqif dok panjat troli shopping tu sempat la jugak amek popcorn tester tu pastu lupa amek popcorn ni sekali. Ahh sesal la...Nanti nak pergi beli la. Info lanjut :  Perfecto Popcorn Thank you for visit my friends. Thank you nuffnang.

Kecewa di 1 ramadan.

Assalamualaikum. Nak cerita jugak kekecewaan hati ini. Kecewa tahap selera makan pun tak de terus ok. Hari tu kan refund balik baju yang dibeli.  Okay la. Hari ni store credit dah terisi semula. So happy nak shopping. Zalora buat flash sale untuk semua item boleh dapat 20% off in 60minutes, boleh guna kupon lain lagi untuk lebih murah. I add more 18% coupon. Of course I wish to grab the opportunity with minimum budget. Klik.klik. Yeay!  Check out : RM0.65 Bila sampai ke online banking tak dapat transfer bayaran sebab amount kurang dari RM1. Sakitnya tuh disini. Cuba nak kembali pada page zalora dan tambah pembelian tapi store credit dah ditolak sebab sistem zalora set as orderer with pending payment. Terpaksalah telefon customer service. Talk to the CS, he said  : will resolved in 1 hour. T__T Me :Ala...terlepaslah extra 20% tu He said : Oh. Give me 10-15minutes, will settle for you. ^__^ Me : Thank you Ting.ting.ting. 10 minutes. An

selamat berpuasa 2015

Assalamualaikum... 1 Ramadan sudah tiba.  Alhamdulillah. Sejak awal minggu ni seronok tengok ibu/isteri lain semangat buat jadual menu persediaan untuk masak sepanjang puasa nanti. Teringin nak menyibukkan diri begitu jugak tapi suami nan jauh, dengan anak kecik lagi macam tak berbaloi nak memasak kejar masa berbuka setiap hari. Kot nanti ibu kalut nak masak/berbuka anak merengek nak tidur je. Insya-Allah. Ramadan ini, doakan nanti ada rezeki dok dekat dengan suami dan dapat meraikan ramadan dan syawal sama-sama, dapat rasa kembali semangat masak menu berbuka untuk suami dan anak-anak. It's okay. Positif. Allah bagi saya rehat dahulu sekarang.  Tapi, insya-Allah dapur itu akan berasap juga semasa suami balik hujung bulan ni dan mungkin pada hujung minggu dan musim baking kuih raya. Well 1st day puasa... Thaqif kejut ibu sahur. Thaqif bangun sahur dahulu-menyusu,pastu teman ibu sahur dan tak mo tidur-tidur dah. Ibu kalut nak siap pergi kerja barulah dia s

Kecacingan ke?

Assalamualaikum... Perihal anakda #muhamadthaqifaiman. Minggu ni, selera makan kurang je.  Biasa bubur mesti habis, siap top-up dengan nasi, buah, roti lagi. Ahad aritu demam, so bajet mungkinlah sebab demam nak naik gigi kot selera terbang sikit. Minum susu je mau.  Then poopoo Thaqif minggu ni pun  fuh! bau dia boleh tahan busuknya. Padahal makan kurang. Minum susu pun susu ibu, paling-paling topup FM sebotol/sehari. Mula-mula macam normal kot nak berubah bulan ke apa. Till pagi tadi Thaqif berak memang bau yang semerbak sangat sampai limpah tapi tengok poopoo tu taklah macam lumpur dah, tak cair pun apesal melimpah? Pastu masa nak wrap diaper untuk dibuang tu nampak macam berurat-urat warna putih. Malas nak tilik lama-lama bau dia tak tahan laa... Dalam hati, dok fikir-fikir, makan apa Thaqif semalam? Selidik dengan abah, abah kerut-kerut dahi, makan bubur je pun semalam. Adei... Cacing ke hah?  Tapi baru je 2 minggu lepas pergi makan ubat cacing k

microwave-ku

Assalamualaikum... Bila kat rumah takde microwave. Ada oven pun abah suka simpan dalam kotak je daripada tayang kat dapur. Maka toaster inilah menjadi microwave kite untuk panaskan makanan.  Ini panaskan sate without the lidi sate. Ngeh.  Sandwich maker yang sangat berjasa. Pizza, akok mahupun murtabak dari fridge selamat dipanaskan gunakannya sebelum makan as-sebab kite jenis tak suka makan makanan sesejuk. Muahahaha... Idea untuk si bujang yang takde microwave dan malas nak bukak kuali kala nak panaskan makanan. Kuah sate sila panaskan dalam lunchbox yang comel itu. Memang terbaik takde lekat lekit kuah kacang pada periuk, senang nak basuh. Anyway, my bujang pun suka je boleh makan sate yang dipanaskan ni. Sate dah habis, ibu sibuk snap gambar orang dok atas tin biskut, Thaqif ambik sendirilah sate ni. Sorry for the left hand.

#muhamadthaqifaiman bermandi-manda di Hotel Perdana, Kota Bharu

Assalamualaikum... Kakak ada beli baucer bilik murah kat Hotel Perdana, Kota Bharu tu masa minggu amanah saham last year. So dia bawa anak-anak check-in disitu pada hari Rabu (10 Jun 2015). Since ada kolam, so kakak pun excited la ajak Thaqif sama pergi main air, 3.00pm call tanya pelampung Thaqif semua. Ibu tengah kerja terus mood kelaut bayangkan anak main air. Ibu singgah tengok dia lepas balik kerja jelah. Main air dengan cik ngah dan abang arif, abang yang lain berenang kat kolam atas tempat lagi dalam. Tak mo pakai pelampung ada kaki tu dah. Huhu. Tunggu la ibu belikan neckfloat or swim trainer tu plak ea. See all the happy face jumpa air. Bila mulut dah nak biru, bawak dia naik atas, mata tak kelain pun, pandang kolam saja. Adeidei... Khamis pagi, lepas hantar ibu kerja pun singgah lagi kat hotel tu main air lagi. Atok kata seronok sangat dia. Pertama kali masuk Hotel Perdana ni, selalu lalu je masa pergi balik kerja.  Best juga hotel ni, macam

Penyusuan di bulan puasa

Assalamualaikum... Masih nervous untuk berpuasa sepanjang ramadan nanti.  So, kutip all the advice, tips thru FB. Sharing with all here. Moga bermanfaat.

khamis itu hari parcel

Assalamualaikum... Kisah hari khamis lepas. Hari parcel sampai. Baju dari zalora. Ihiks. Comel. Suka dah siap berangan nak melaram pergi kenduri hari sabtu tu.  Namun angan-angan sahaja. Baju sedang elok dah, kain pulak terbesar benar. Puas belek kain tu, kot salah saiz, tapi memang dah tanda s. Fikir kalau oter boleh je, tapi kemalasan nak pergi jumpa tailor. Marilah pulangkan semula kat zalora. Husband suggest tukar saiz tapi daku sudah putus harapan la, lain kali la shopping. Shaklee yang pantas tuntas. Order petang Rabu, dah sampai jugak. Baru je dalam kepala dok fikir-fikir tak de mesej pun dari shaklee ni, rupanya terus sampai je. Bekalan dalam puasa ni. Ephyra skin bar. Hiks. Ini hasil menang giveaway dari blog coklat eyes . Posmen datang, kite kerut-kerut je, eh takde beli barang pun. Siap tanya abang posmen, dari siapa. Abang posmen pun jawab tak tahu awak beli dengan siapa. Nampak sangat muka ni cap membeli barang online... Nantikan i'olls p