Skip to main content

Semangat Nak Perasap Dapur

Assalamualaikum...

3hari. 
3hari je lagi.
-
-
Suami pulang.

Dah siap berangan nak masak apa dari minggu lepas.
^__^
Senarai menu dan bahan yang tak de kat rumah supaya tak lupa beli.
=)

Sebenarnya ada 44menu nak masak/nak jamu husband dok ada dalam kepala ni tapi kang nak makan masa mana. Ramadan: eating time is very limited.
Ini pun senarai kemain, sat gi husband balik KOT membeli di bazaar je pun tak tau dengan kepenatan seorang ibu menyusu ni. 

Last year, berpuasa sebagai ibu dah tapi masa tu badan strong lagi, susu tengah meriah tak ingat, anak pun tak pandai bergolek pun lagi. Tahun ni, anak baru dapat kaki. huh! basah ketiak kejar anak situ sini. Itupun lucky, waktu berbuka dah selamat tidur, kira lega la ibu sikit. Tahun depan ntah macam mana pulak la gayanya.

Anyway, thank you to all friends yang rajin singgah sini dan support my breastfeeding journey.
I love you all.

**
Ramadan day 5, alhamdulillah bertahan hingga berbuka. Tank susu tak kosong macam hari keempat tu.Kira ada sikit-sikit tapi taklah sampai Thaqif marah-marah. Sahur tu paksa diri makan nasi. Balik kerja Thaqif masih tidur, so takde la demand sangat-sangat, bangun pun minum biasa-biasa je. 7pm tu Thaqif dah susah hati nak tidur, nak susu pastu kasi dia makan biskut dan minum air je untuk elakkan dia mintak susu lagi. Berbuka dengan minimal,3biji  kurma, dan 1 cawan performance+esp+twister. Lepas tidurkan Thaqif, 8pm baru hadap nasi. 10.40pm teringin nak makan maggi kari pulak. Hahahaha...
Takpelah janji no stress, makan banyak-banyak kasi susu produce elok-elok dan teruskan puasa.

Ramadan day 6, berbuka pada jam 6.30pm. Thaqif dah meragam sangat-sangat nak tidur. Bagi biskut, kurma semua di campak sahaja. Pastu atok balik hantar nasi kol 7 tu Thaqif sekali lagi mengamuk nak mengikut atok pulak. Pasrah la ibu melayan dia.

Production susu kronik juga la, tak boost fast walaupun dah berbuka puasa tu dan makan kurma banyak-banyak.
Any idea? Do share plizz... 

Comments

  1. tik tok tik tok....x lama dh tu...

    bab susu xtau nk ckp apa....wuuu...byk2kn bsabar k

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba tips ni, insyaAllah membantu https://vimeo.com/131559749.

    Sue pun ibu menyusu juga mmg minum byk air berbanding mkn. Mmg kerap la jg ke tandas.

    ReplyDelete
  3. Cabaran seorang ibu kan..tp berbaloi kan hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...