Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2021

the new me

 Assalamualaikum...  Pernah terfikir untuk terus hapuskan je blog ni tapi sayang sebab sampai hari ni masih ada pembaca yang terus whatsapp Aimi untuk dapatkan bantuan untuk check in dari blog entri berkenaan Airpaz. Maka, Aimi masih kekalkan blog ini. Di blog ini Aimi bermula untuk ekspresikan banyak perasaan, pelbagai cerita, kenangan, pengalaman maka agak kejam la untuk terus tutup je semua yang pernah wujud.  Rasanya, sekarang Aimi dah bersedia untuk kembali berblog, mungkin dengan lebih matang dan lebih berkongsi pelbagai entri yang boleh memberi manfaat kepada pembaca walaupun bukan secara berkala. Penulisan lepas ni mungkin banyak tentang perhubungan dan keibubapaan dan mungkin nanti kita akan cerita tentang ujian-ujian yang Aimi pernah lalui juga dan bagaimana Aimi atasinya. I love to write, I love to share my story. I love to be friends but sometimes I just wanna be your ghost friends. I hope everyone will enjoy reading my writing, my stories and sharing.