Skip to main content

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum...

Asyik entri shopping, online shop je.
=)
Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat)


Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha)

Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni.
Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Okey letew. Klik-klik. Setel.

Eh.tapi taklah semua benda murah dan free postage, ikut pada seller la, ada yang free, ada yang caj, kena cek la sebelum beli tu kadang caj tak sama dan berbaloi tak nak beli.

4hari lepas order- tak de progress pun order tu, takde emel/sms ke pasal penghantaran. Macam risau la. Oh! Kena tipu ke? Terus la call customer service 11street.my itu. Pantas dan cepat jawab. Bagus.
Customer service cek order tu, dan kata akan minta seller update terus dengan kite. Tenang sikit, tapi masih tak puas hati.

Dasar tak menyabar. Godek-godek kat web dia- bahagian order. Eh. Boleh cancel order la since seller tak proses order itu. Maka cancel order la. (Kecewa sikitlah sepatutnya customer service tu beritahu la sikitlah boleh cancel order bila seller tak cek order dan buat penghantaran)


Order/Shipping Process (supaya lebih faham)

Cancellation/return/exchange info.

Rujuk status order dalam petak merah tu.
Itu order yang baru pulak dah. (kalau perasan kiri sekali tu ada mention kite cancel order yang sebelum ni.)

Sila klik gambar untuk lebih jelas. ^__^

Suka la fast service this time. Khamis order, sabtu dah sampai parcel-sebab Jumaat Kelantan cuti.
Puas hati.

So far kat 11street.my ni kite sukalah sebab :
1. Bila bukak produk yang berkenan tu, awal-awal seller dah mention harga pos semua, so boleh calculate siap-siap in budget ke tidok, berbaloi ke tidok.
2. Cancel order after payment complete-automatik di kreditkan dalam e-wallet tu. Terus dapat emel/sms.So senang-lenang boleh terus shopping benda lain pulak tak payah bayar dengan duit lain, cuma kalau terlebih dari jumlah tu kena la tambah bayaran ye dak?
3. Ada kumpul-kumpul point dan boleh tebus.
4.Combine dengan BCARD. Sebagai seorang ahli BCARD, itu adalah satu bonus yang menyeronokkan.
5. Ada release kupon free shipping/credit. Bolehlah claim dan gunakan ketika membeli-belah di 11street.my tu.
=)







Comments

  1. wah boleh kumpul2 point dan tebus point tu menarik la ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam..nk tnye..besenye..klu kite order dri 11street..brang tu smpai bile ye?

      Delete
  2. sj je kan...kita ni dh la posa sat bab2 sopim on9 ni...adesss....abes la...tgn dh gatal2 nk klik ni

    ReplyDelete
  3. oh kiranya x jadi beli la ni eh??? susah juga x kasi update. lagi2 kalo beli barang mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli juga, tapi produk lain dah la.

      Delete
    2. Assalamualaikum. Nak tanya mcmana cara nk beli product.

      Delete
  4. Zumal pun ada BCARD, boleh la shopping nanti ^-^

    ReplyDelete
  5. blh kumpul point mcm menarik tp tu la nak beli online ni sy puas berpikir hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...mmg kdg2 fikir2 jugak kot kualiti ke apa xseperti yg dibayangkan.sy 10x bkk tutup web baru la decide nak teruskan shopping ke tidok

      Delete
  6. Kak, kalau beli laptop pastu Brg tak dpt boleh dpt duit balik tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. rujuk bahagian cancel order etc tu. atau mungkin boleh call customer service untuk lebih pantas.boleh pilih refund ke acc kita atau masuk e-wallet (guna utk next time shopping)

      Delete
  7. Kak, kalau beli laptop pastu Brg tak dpt boleh dpt duit balik tak?

    ReplyDelete
  8. sy nk register kenapa susah sgt ye...selalu naik "avoid letter only,include at least a number ,or simbol bla2222"
    ada sapa2 dpt tolong?

    ReplyDelete
  9. salam . akak , saya beli melalui method atm/deposit cash. lepas saya bayar di atm , bukti pembayaran tu saya nak beri mcm mana ya ? huhuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh semak kat order/shipping pastu isi remarks kat situ or emel kat 11street terus detail payment.utk lbh jelas mungkin boleh call customer service 11street

      Delete
  10. Nak tye.. kalau kita xdek kat rumah kena amek kat poslaju ke? Mohon penjelasan dengan cepat

    ReplyDelete
  11. Nak tye.. kalau kita xdek kat rumah kena amek kat poslaju ke? Mohon penjelasan dengan cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya kalau tiada org kat rumah poslaju akan tinggalkan satu slip untuk kita ambil parcel di pejabat pos.

      Delete
  12. Slm,puan.saya ada order brg di web 11street. Lps kita dh bank in kan, prlu tunjuk bukti byaran ke mcm mna? Sya cuba call customer cntre ,tp xdpt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kne update bukti bayaran ke 11street.pergi ke page order>masukkan pada bahagian payment details.

      Delete
  13. Sy ada buat payment utk jam kt 11street gn online banking pahtu smpaila emel yg payment successful,dok dlm 5 mnt smpai lak emel gtaw oder complete tp payment xley proses,cne yer awk?dlm acc dorg da tarik da..then sy isi la refund payment mlalui online banking jgk,ada la dorg suh fill out no acc per sumer..siap submit da,agk2 dorg refund x?klau awk taw jgk dlm bper lmer yer biasa klau refund gn online banking..risau,call customer service asyik xmsuk jer

    ReplyDelete
  14. Sy ada buat payment utk jam kt 11street gn online banking pahtu smpaila emel yg payment successful,dok dlm 5 mnt smpai lak emel gtaw oder complete tp payment xley proses,cne yer awk?dlm acc dorg da tarik da..then sy isi la refund payment mlalui online banking jgk,ada la dorg suh fill out no acc per sumer..siap submit da,agk2 dorg refund x?klau awk taw jgk dlm bper lmer yer biasa klau refund gn online banking..risau,call customer service asyik xmsuk jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah jugak ada pengalaman camtu.biasanya syarikat akan maklum amek masa dalam 7-14hari bekerja duit akan refund masuk dalam acc kita balik, tapi kadang 3hari dah setel dah. no worries.

      Delete
    2. saya pun kes mcm tu gak . agak2 brapa lama lah nak tunggu duit tu masuk . hurmmm

      Delete
    3. saya pun kes mcm tu gak . agak2 brapa lama lah nak tunggu duit tu masuk . hurmmm

      Delete
  15. guna kad kredit selamat tak?

    ReplyDelete
  16. Nak tanye..lepas bank in gune atm ,nk tunjuk bukti pembayaran macam mana??

    ReplyDelete
  17. Nak tanye..lepas bank in gune atm ,nk tunjuk bukti pembayaran macam mana??

    ReplyDelete
  18. Sy baru je kena tipu ngan mngkuk 11 ni.order jam original,tp bile smpai jam dr china..klu dgn hage tu aku pun boleh beli kt pasar karat...dasar penipu besar depa ni...jgn beli kt cni lg nyampah...

    ReplyDelete
  19. masa order x info pun pasal x da stok . dh order dh buat pament baru ada info bagitahu x da stok . dh lah tunggu refund sampai 14 hari . refund duit custemer punyalah lama mcm org nak bekayuh sampan dr US ke malaysia . padahal boleh klik3 dh masok duit dlm acc . untuk 11street aku nak bagi 5 star tp disebabkan lembabnye 11street buat refund & x pantau stok yg ada ataupun x . kini dimaklumkan 1 sen bintang pun tak layak untuk 11street .

    ReplyDelete
  20. masa order x info pun pasal x da stok . dh order dh buat pament baru ada info bagitahu x da stok . dh lah tunggu refund sampai 14 hari . refund duit custemer punyalah lama mcm org nak bekayuh sampan dr US ke malaysia . padahal boleh klik3 dh masok duit dlm acc . untuk 11street aku nak bagi 5 star tp disebabkan lembabnye 11street buat refund & x pantau stok yg ada ataupun x . kini dimaklumkan 1 sen bintang pun tak layak untuk 11street .

    ReplyDelete
  21. saya pun baru kena, jahanam punya seller dia cancelled my order dengan alasan delayed in shipping..dah 3 hari masih belom dapat duit refund tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. anything do refer 11street customer service.lately 11street punya service mmg low.sy terkena juga brg xsampai2. apa sy buat mmg direct update call dgn customer service.beberapa kali buat call semua, tp akhirnya dapat refund juga la.tips sy, request refund via credit sbb auto akan refund dalam wallet.klu request untuk refund ke acc bank mybe ambil beberapa hari untuk bank in

      Delete


  22. As'salam, 1st time oder pakai 11street. Oder sebelum puasa, kene cancel dgn seller sebab xde stok. Dah kalau xde, mention terus la sebelum buyer buat transfer. Sampai sekarang belum dapat refund.. 11street MEMANG TERBAIK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la...tiba kata x dak stock..dia kata akan refund dlm masa seminggu..nasib la mmg dpt duit tu, mmg tempoh seminggu..

      Delete
    2. Kalau dah preparing for shipment boleh cancel tak,duit dia refund balik kn

      Delete
  23. Assalamualaikum. Boleh tak bagi tahu cara nk beli barang dgn shop in 11street. Bayar pakai bank in atau transfer bank. Mcmana nk tunjuk bukti bayaran.no akaun ada tapi no akaun berbeza sampai.

    ReplyDelete
  24. macam mana ye swot analysis 11street

    ReplyDelete
  25. selamat malam semua..hari ni saya amat terkilan apabila order saya dekat 11street.my telah diCancel kan ...dua barang order tapi Cancel kedua2 nye..munkin stok dari luar negara ada masalah.tapi itu bukan masalah saya nak pikirkan..sepatutnye stok takde di malaysia jangan lah letak gambar dekat iklan seperti barang tu ada stok ...mcm takde etika@peduli dlm jualan online lah 11street nii...asal boleh laris iklan je..order dari 18.12.2017.sampai sekarang 10.1.2018...menunggu macam har...m.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya akui lately 11street punya servis dah tak semantap dulu, saya pun dah jarang membeli di 11street, jika membeli pun hanya groceries, atau dari trusted seller sahaja

      Delete
  26. Bayar melalui 7-11...o
    k ke K.O..klu cancel how.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah cuba bayar melalui cara lain.sy biasa guna online banking sahaja.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-...

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. ...