Skip to main content

rukhsah puasa

Assalamualaikum...

Balik kerja semalam, Thaqif dah eekkekk untuk susu.
Sedih giler bila tank susu kite kosong.
Meragam jelah si bujang tu dalam kereta sebab tak puas menyusu.
Bagi susu botol dibaling saja. 
Dok la pukul-pukul dada ini marahnya takde susu agaknya.
T__T

Sungguh tak tahan tengok anak camtu. Kesian.
It break my heart.
6pm. Sikit lagi nak berbuka.
Tapi tak peduli apa dah masa tu, berbuka jelah. 
Makan kurma, coklat sikit.Minum air.
Niat cuma satu untuk menyusukan Thaqif kenyang-kenyang.

Dalam hati dok merintih. Allah maafkan aku. Demi anakku sungguh tak tegar hati tengok anak menyusu tak cukup. Bantulah aku Ya Allah. Zikir tak putus didalam dada.

Pagi ni pun terfikir-fikir boleh ke begitu? Takkan sebulan puasa ni kena korban hari-hari? Berdosakah aku?

Allah Maha Besar.

 Terus jumpa post yang kongsi tentang rukshah puasa di FB. 
Lapang dada sikit.

**klik gambar untuk tumbesaran.

Hari ini bangun sahur seperti biasa ditemani anakda.
Doakan puasa hari ni dapat bertahan hingga berbuka, semoga hari ni lebih kuat dari semalam, semoga production susu lebih baik daripada semalam.

**Tak bangga pun tak puasa, tak jugak riak sebab menyusukan anak. Hanya manusia biasa yang berusaha untuk berikan terbaik untuk anak dan berkongsi cerita untuk jadikan panduan/pengetahuan pada ibu-ibu lain. 

Comments

  1. Allah...kita yg baca ni pon sedih...
    penah alami...huhuhu....

    ReplyDelete
  2. Setuju sngt...cik mah pun mcm tu...cuma cik mah keletihan sngt2...azwa still okey menyusu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weekend mmg kejap2 ajak thaqif tido.letih sgt.huhu...

      Delete
  3. Faham. Imahpun Fayyadh kalau dengan imah banyak direct feeding. Botol ikut mood. Kadang dia nak. Kadang dia tak nak. Takpe awak, ibu menyusu memang ada pengecualian dalam islam. Semoga awak sabar k

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq imah...tulah moga-moga kuat menempuhi ke hujung ramadan.

      Delete
  4. Takpe ibu menyusu ada rukhsah utk berbuka. Jika tidak mampu berbuka lah...islam itu mudah :)

    ReplyDelete
  5. susah juga kalo gitu eh. dia tahu susu botol dengan susu dari badan ibu dia. hehehe. nasib baik ada kelonggaran untuk si ibu

    ReplyDelete
  6. Salam. Nk tny if sy ade semua kriteria diatas kecuali xperform power pumping, adakah maksud saya xlayak utk tidak bpuasa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila susu drop, kadang power pumping pun tak membantu jugak.so layak je utk tak puasa

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...