Skip to main content

Kecacingan ke?

Assalamualaikum...

Perihal anakda #muhamadthaqifaiman.
Minggu ni, selera makan kurang je. 
Biasa bubur mesti habis, siap top-up dengan nasi, buah, roti lagi.
Ahad aritu demam, so bajet mungkinlah sebab demam nak naik gigi kot selera terbang sikit.
Minum susu je mau. 
Then poopoo Thaqif minggu ni pun  fuh! bau dia boleh tahan busuknya. Padahal makan kurang. Minum susu pun susu ibu, paling-paling topup FM sebotol/sehari.

Mula-mula macam normal kot nak berubah bulan ke apa.
Till pagi tadi Thaqif berak memang bau yang semerbak sangat sampai limpah tapi tengok poopoo tu taklah macam lumpur dah, tak cair pun apesal melimpah?
Pastu masa nak wrap diaper untuk dibuang tu nampak macam berurat-urat warna putih. Malas nak tilik lama-lama bau dia tak tahan laa...
Dalam hati, dok fikir-fikir, makan apa Thaqif semalam?

Selidik dengan abah, abah kerut-kerut dahi, makan bubur je pun semalam. Adei...

Cacing ke hah? 
Tapi baru je 2 minggu lepas pergi makan ubat cacing kat KD...

Abah kata ye kot cacing sebab berak busuk sangat, pastu kurang selera makan itu tanda-tanda cacing jugak.

Gigih la ibu sampai ofis je google pasal kecacingan ini.
Dapatlah info sikit-sikit dari blog Mama Hani.
 Copy sikit tentang tanda-tanda kecacingan.

Apa tanda-tanda budak yang kecacingan?
  1. perut buncit tapi kerap lapar - Thaqif memang demand susu
  2. sering menggaru punggung - tak nampak pulak menggaru
  3. mengadu perut tak selesa - Thaqif tak reti bagitau pun lagi
  4. cacing keluar bersama najis ketika membuang air besar - Ini macam ye kot, tak tengok jelas.
  5. sering keletihan walaupun tiada membuat aktiviti yang berat - agaknya kot, sebab asal ibu balik je nak cepat2 ajak tidur.
  6. tiada selera makan - ya
Baca lagi thru blog TranungKite untuk maklumat lebih lagi.
Pastu belek jugak blog Dr.Zubaidi berkisar tentang perlukah ubat cacing untuk anak
Lagi info lebih di  blog Ibu Hamil.

Terus macam oh my!
Mungkinlah ko
 macam mana nak buat ni. Nak bawak pergi klinik, walhal baru je awal bulan ni bawa Thaqif makan ubat cacing di klinik. Risaulah sebab dikatakan ubat cacing tak boleh makan kerap. Minimum  6bulan sekali.

Ada jugak yang suggest natural remedies SINI. Akan di cuba jugak nanti.

Siapa ada pengalaman sila kongsikan okey. 

Comments

  1. ubat cacing tu beri 6 bulan sekali atau setahun sekali jer... dan boleh jadi cacing tu keluar bersama najis setelah diberi makan ubat cacing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. so klu betul cacing yg keluar dalam najis tu kiranya ubat cacing aritu menunjukkan hasil la ye?so tak payah risau ea?

      Delete
  2. Minta maaf x de pengalaman kecacingan. Smg thaqif kembali sembuh spt sedia kala dan selera mkn kembali pulih.

    ReplyDelete
  3. Thaqif dh mkn ubat cacing?
    Abg Aqil belum.Ritu mnta ubat cacing nurse x bg pon

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah.nurse suapkan lagi masa umo 13bulan.
      no komen-kadang2 kite pelik la jugak sistem kkm ni mcm mana.lain negeri lain sistem kot.

      Delete
  4. Xde pengalaman&pengetahuan utk kes ni, semoga baby boy cepat sembuh ye....;-)

    ReplyDelete
  5. Moga Thaqif sihat kembali. Insha Allah...

    ReplyDelete
  6. Iqy seblum ni pernah drop selera makan...
    sekarang ni baru berselera semula..

    ReplyDelete
  7. xda pengalaman lg ni
    tima kasih berkongsi
    hope thaqif cepat sihat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-...

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. ...