Skip to main content

Diari Dapur : Puding Roti dengan sos kastad

Assalamualaikum...

Tension bebenor bila tikus masuk umah tau!

(Ini semua abah la, kite kata pasanglah jaring tak nak bagi tikus masuk rumah, nanti abah membebel sesorang bagaikan menasihati tikus tu suruh jangan masuk rumah siap berjanji nak bagi makan setiap hari kat luar rumah. Bila kite ulang bab pasang jaring etc tak selesa tikus bermaharajalela, nanti dia pujuk kite cakap, 'tikus tak masuk dah sebab dah bagi makan')

Since incik tikus berleluasa kat dapur umah itu, roti dan segala bagai makanan masuk tuppaware. Bila dok dalam tuppaware mana nak nampak, pastu tak termakanlah sangat. Maka walaupun hari dah almost nak ke hujung minggu roti tak habis lagi. Jadi marilah kita transform itu roti kepada puding roti.

Actually inspired dari Rina Hamid punya resepi Puding Roti Butterscoach itu. Tapi since kat rumah itu bukan roti butterscoach, sendiri oter resepi saja.



Bahan-bahan Puding Roti :
  1. 6 keping roti gardenia biasa (Rina guna 8keping roti - tapi since pengukus kite kecik tak boleh muat mangkuk besar lagi muat 6 keping jer)
  2. Susu kotak ( kite guna 1 kotak kecik susu dutch lady full cream jer - itu jer yang ado kat rumah. he)
  3. 3 sudu besar gula
  4. 2 biji telur ayam
  5. 1 tutup esen vanilla
  6. mentega
  7. coklat chips
  8. kismis
Cara Penyediaan :
  1. Sapu roti dengan mentega dikedua-dua bahagian selepas itu potong roti kepada 4 bahagian dan rendam dalam susu kotak selama 15-20 minit (Rina rendam 30-40min - kite derhaka sikit, ampun!)
  2. Dalam mangkuk lain, pecahkan telur + esen vanilla + gula. Pukul sebati.(Rina campur terus dengan choc chips + kismis - kite derhaka lagi, ampun sekali lagi)
  3. Campur roti yang direndam bersama campuran telur etc tu. Gaul sebati, masukkan dalam loyang / mangkuk nak bakar. (Kite lapis roti - tabur kismis + choc chips - lapisan roti - tabur kismis dan choc chips lagi banyak-banyak)
  4. Kukus 30-40 minit - sehingga masak.
Bahan-bahan kuah kastad :
  1. 1 tin susu cair
  2. 2 sudu besar tepung kastad
  3. 2 sudu gula
**Rina letak esen vanilla jugak, saya terlupa!

Cara Penyediaan :
  1.  Campur bersama semua bahan, kacau hingga pekat. Guna api kecik nak elak daripada hangus, kacau jangan berenti kalau tak ia jadi gunung berapi yang melepaskan lavanya.
Bila puding sejuk boleh curahkan kuah kastad ke atas puding, masuk dalam peti dan makan masa sejuk. Sedapppppp!
Tetapi kite tak curah terus sebab husband kite tak suka curah terus, dia suka bila makan baru letak kuah kastad tu banyak-banyak. He like manissssssss so much!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...