Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Adik Baby Perempuan

Assalamualaikum... Dari mengandung lagi selalu tak sabar bila bersalin. Nak tengok reaksi Thaqif nanti jumpa adik. Okey ke tak, etc sebab Thaqif asal pergi melawat baby baru lahir mesti nak kiss, belai dan nak bawak balik tanpa ibu/opah acah nak baby tu. Pendek cerita memang Thaqif ni suka babies. Lepas selamat bersalin semua. Husband info abah dah bersalin, dan bagitahu jantina baby sambil tanyakan Thaqif semua. Even abah call me few times asking the baby weight. Wakakaka... Atok teruja sangat. Ibu pun teruja nak tahu cemana atok explain kat Thaqif. Since masuk wad dah 11am+, maka kirim salam la nak discaj tengah hari tu jugak. Tunggu la anak kencing, berak, cek tempat jahit. Yang paling penting cabut jarum kat tangan kite tu, tangan pun dah bengkak. Awww...sakit sangat. Petang pun tak jugak nampak harapan untuk discaj, jadi atok dan opah serta Thaqif datang la melawat petang tu. Masa Thaqif sampai tu, kite tengah menyusukan Aisyah. Thaqif pun blur-blur jelah tengok ad...

Pengalaman bersalin anak kedua - Part 2

Assalamualaikum... Meh sambung cerita debaran nak bersalin... Sepanjang masa nak menunggu bilik bersalin dikemas etc tu dok SMS dengan husband jelah. Husband yang kerisauan tak dapat berada disisi isteri tu, balik-balik dok tanya, dah berapa cm... Isteri yang dok sakit ni pulak geram pulak dengan soalan dia pergi balas SMS : Hish! Ingat doktor tu takde kerja lain sibuk nak seluk cek jalan je? (Ampun yunk...tengah sakit terkasar pulak menjawab ye...) 4am+ Dah dapat bilik bersalin. Alhamdulillah dapatlah baring dengan separa selesa. Separa je sebab dok pasang mesin pantau heartbeat baby lagi mana boleh nak mengiring ke apa. Beberapa ketika, doktor masuk cek jalan, masukkan air kat jarum yang dipasang tu kemudian pecahkan ketuban.  Sebelum pecah ketuban tu, dok la tanya doktor bila husband boleh masuk etc. Doktor pun borak-borak sikit. Borak apa tak ingat dah, tapi benda normal la pasal nak bersalin la jugak. Anak ke berapa, kenapa datang hospital, turun tanda apa. ...

Pengalaman bersalin anak kedua - Part 1

Assalamualaikum... Dah habis cuti bersalin. Baru terhegeh-hegeh nak update pengalaman bersalin. 7 Mei 2016. Husband nak balik kampung sebab ada kenduri kawan dia. Dok la cakap, kalau ayang tak larat, takpe B balik sorang jelah . Well, dah kawen, PJJ pulak, bila suami balik penat cemana pun, kite selalu je nak berada disisinya selalu. Gitu. Padahal memang je gedik nak ikut sambil zikir, balik kang beranak terus sebab esok malas pergi kerja dah. Hahaha... Mana tidak, Khamis tu nak cuti pun bos dah susah hati, maka nak bagi tenang hati bos, janji jelah Ahad ni saya tak beranak, saya datang la kerja macam biasa. On the way nak balik tu, husband melencong ke Kok Lanas.  Eh dah kenapa B jalan jauh? Ayang kan nak makan mc Flury tu. Jomlah beli, kang esok beranak, lama pantang ais. Hihi. Okey. Sampai kampung, pergi makan kenduri, balik rumah mak mertua, lepak-lepak jap. Petang tu gerak balik rumah sendiri. Yelah, dalam kepala esok nak pergi kerja. Balik rumah,...

91hari cuti bersalin

Assalamualaikum... Lepas 91hari cuti, semalam baru masuk kerja. Patut Ahad dah masuk kerja tapi sambung EL lagi sehari sebab abah yang pergi konvo sepupu, janji 2 hari je sekali sampai 4hari dok kat Kuantan tu.  Memula macam, okey je pergi kerja sebab Aisyah hantar taska, husband ada kat rumah boleh je jaga Thaqif. Tapi husband yang masih cuti pun sakit jadi tak boleh nak jaga anak. Maka, marilah kita utamakan keluarga dan EL saja. Walaupun EL, Aisyah hantar taska jugak. Biar biasa dengan rutin baru. Huhu... Masuk-masuk ofis sudah setimbun permohonan nak diselesaikan, belum masuk hat pending, yang nak di filing, yang siap- nak masukkan bilangan, buat surat pada lawyer bagai. selfie 1st day masuk kerja setelah cuti panjang. Pening memikir, buat kerja pun macam kura-kura, menulis pun tulisan macam apa ntah-buruk amat. Itu baru 3bulan cuti, agaknya lama lagi tak tahu nak kata apa la.

#nuraisyahtasnim puteri hati papa

Assalamualaikum... Fuh... Pejam-celik, pejam celik...dah 3bulan dah. Ahad ni dah masuk kerja balik dah. Selepas hampir 3 bulan... Nah. Nak kenalkan, anak kedua kite. Nur Aisyah Tasnim binti Mohd Taufik yang dilahirkan seberat 3.15kg pada jam 5.45pagi 8 Mei 2016, di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Alhamdulillah proses kelahiran yang mudah dan lancar seperti abangnya jugak. Masih selesa memilih HUSM untuk bersalin kali ni walaupun nurse, sedara-mara dok suggest beberapa hospital daerah yang best, dan tak ramai orang. Jamu mata muka puteri kesayangan papa dihari pertamanya melihat dunia. Muka sebijik abam Thaqif 2tahun lepas sampai ibu sokmo dok tersasul panggil Thaqif Aiman. Ahakss... Yang membezakan Aisyah dan Thaqif ialah Aisyah ada tanda lahir kat dahi kiri. So, kalau tersasul sebut Thaqif, nampak je tanda lahir Aisyah terus turn sebut Tasnim. Hiks... untung nama dengan huruf sama ni. Gembira papa tak terkata, syukur sangat ...