Assalamualaikum... Dah few years kot dok dengar pasal sambal goreng cik nor terutama bulan puasa. Famous sangat la orang dok bercerita. Konon pembuka selera selepas seharian berpuasa dan juga untuk bersahur. Selama ni malasnya nak beli. Nak rasa, nak beli online seketul macam tak berbaloi nak bayar pos. (cik mimi memang kedekut) Beberapa minggu lepas, nah ada staf datang jual sini. Bagi tester. Eh. Sedap jugak. Ratah pun ok. Adoi. Kalau dapat nasi panas-panas lagi syokk terangkat. Terus la order nak sebekas. Dah dapat sambal goreng itu. Balik kerja terus masak nasi, goreng telur mata sebijik, tabur dengan sambal goreng itu. Pheww... Bertambah-tambah nasi. Makan nasi air aka bubur nasi takde lauk, tak payah risau tabur je dengan sambal goreng cik nor ni terus suap tanpa henti. Walaupun pedas sambal goreng ni tapi sedapppp... Jangan tak percaya jugak, Thaqif suka jugak meratah sambal goreng cik nor ni. Suka mengutip ikan bilis je, ab...