Skip to main content

Mama approved...I say Yippiee...


Hello sweet diary of the all...
Semalam mumy call... Borak-borak, mama tanya khabar since saya sampai KL tak bercakap dengan mama lagi. Soo... agak panjang la kami borak. Tetiba mama tanya "Bila orang tu nak datang?" (Orang itu merujuk kepada keluarga my mr). Saya dengan malu-malu (perasan!), "he said,cuti deepavali ni kot." - kus semangat mujur dah jumpa mr dan update about ourself masa cuti hari tu, kalau tak mesti saya terpinga lagi.

 Pernah je bercerita dengan mama planning nak bertunang bla..bla.. tapi cakap family to family belum pernah lagi. Masa tu mama agak risau, saya plan macam-macam tapi macam tak ada respon maka mama kurang gemar untuk bercakap mengenainya. Mungkin sebab saya baru mula kerja semula, tempat baru, dan masalah yang berlangsung sebelum ni, buat mama sangat risaukan saya. Cuti raya haji yang singkat tu, mama dah lega tengok saya okey saja, cuma tak sempat nak borak atau buka cerita ni, maka mama call untuk update saya. mengada-ngada dengan mama lagi, ala cincin tak beli pun lagi semua. Chit! macam esok pulak dah nak bertunang.

Alhamdulillah... mama bagi green light. Bagitau mr, suruh dia comfirm semula, dia cakap jadi kot tarikh tu, mak n ayah okay, tambahan along dia balik, mungkin pergi rumah saya satu keluarga, kecuali dia la. Tetiap bulan balik sengkek lorh! Wink! Wink! Happy sangat kot, my mr. terus ajak saya pergi makan dekat restoran western kat kampung baru. - Saya dah lama request nak pergi makan kat situ, belum sempat lagi nak pergi, kekangan kewangan. Dia baru tukar job, saya pun baru memulakan kerja baru.

Perasaan saya? Nervous juga, risau kalau saya belum betul bersedia. Namun, jauh disudut hati tu, bersyukur sangat sebab kami akan melangkah ke fasa baru dalam hubungan kami. Lepas ni, saya dah tak boleh nakal-nakal dah, jaga diri, kena improved lebih lagi setiap hari. Cuba untuk dekatkan diri dengan-Nya juga. Itu juga saya minta pada mr saya. Insya-Allah.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...