Skip to main content

Weekend bersama sahabat-sahabat lama.Rindu!

Knock!knock! anyone here? He... Seperti tajuk entri. Saya penah bagitau dalam entri sebelum ni weekend kali ini bekerja bersama ex-officemate dan kenduri kawin ex-classmate. Hamek ko..double reunion in 2 days.
Sabtu : Berkerja bersama rakan-rakan ex-officemate di Menara KL. Beberapa bulan tak jumpa, macam-macam cerita ada. Cerita apa? Itu gosip kami, rahsialah. Hek. Paling tak suka ialah di komen : GEMUK. Argh...fine! ngaku pipi saya naik sikit tapi saya tak gemuk. BMI stabil ye... (on diet)

Jom Santai Bersama Kids On 2 @ Menara KL.

Mulakan pagi dengan senaman chicken dance bersama maskot

Bersenam dengan duta 1 murid 1 sukan adik syazana

Tengah hari : Pengalaman tak boleh lupa la masuk contest Pedas Giler! dari A&W.
menunggu contest bermula. semangat

tQ A&W bagi saya makan percuma tapi saya tak abes. pedas giler sos tersebut. tQ incik2 yg tolong abeskan.
 Petang itu seronok juga ada persembahan, ada kumpulan Rabbani, malam pun menarik ada Hafiz Hamidun - Zikir Terapi. Kemudian ada forum bersama Ustaz ZulRamli M.Razali & Prof Muhaya. -No picture bcoz bateri hP nazak sudah.

Ahad : Pagi-pagi dapat mesej dari mr. dia kena kerja. Hah? Cemana saya nak pergi kenduri tersebut? Terus contact my friends. Yeah. Pegi sama-sama. Laju-laju bersiap gerak pegi rumah dia. Kalau sabtu seronok jumpa ex-officemate, ahad double seronok, jumpa most of ex-classmates. Kami lepak agak lama disitu, borak-borak, maklumlah ada yang bertahun dah tak jumpa. Haruslah borak panjang-panjang. Tak ada pic kat sana sebab saya lebih suka menumpang orang bergambar dari mengambil gambar.Hahaha...

Surprise juga, my mr datang juga kenduri tersebut, dia dapat mc sebab demam. Saya membebel-bebel kat dia masa dalam kereta buat apa datang sebab tak sihat. Risaulah. Dia selamba jawab, sebab nak tengok sayang pakai baju kurung. Nge. Yela bila kami dating mana ada saya pakai baju kurung, dress aje.
Lepas kenduri, mereka masih tak puas spend time sama-sama, kami ke IOI Mall Puchong pulak, tengok ditempat tersebut tak ada aktiviti kami boleh buat bersama - expect for bowling or maybe karaoke. Maka kami lepak di McD sahaja, minum-minum sambil borak. Saya paksa mr. makan bubur McD tak nak bagi perut dia kosong.

Dalam pukul 6 lebih baru kami gerak balik. Sebelum balik, sempat lagi kami berjanji untuk mengaturkan pertemuan lain yang lagi meriah dan beraktiviti atau sekurang-kurangnya berkelah di taman rekreasi atau air terjun. Ahh...kan seronok kalau dapat bercuti bersama juga. Jomlah kawan-kawan kita pergi bersama-sama.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....