Assalamualaikum... Again...
Kali ini nak bercerita pasal musim buah. Bila balik kampung, musim buah macam berhari raya la seronoknya. Macam-macam buah ada. Duku, dokong, rambutan dan paling seronok ada buah manggis. Kegemaran!
So... Selesai semua hal ehwal bertunang, mengemas rumah yang huru-hara itu. Hari ahad petang itu, abah mengajak anak kesayangan ini pergi memetik dan mengutip buah manggis hitam manis itu dikebun. yeah! Seronok walaupun sesampai sahaja dirumah hari jumaat itu sudah sebakul saya duduk mengadap buah manggis itu,tetap tak puas lagi makan. Sedap!
|
Rendah benor pokok ini, buah pun capai ke tanah |
|
Udah rendah, petik dengan tangan aje! |
|
Hasil abah petik kat atas pokok |
|
Hasil kait dengan galah |
Haila...banyaknya buah. Begitulah bila duduk dikampung, musim buah je, macam-macam buah ada, rambutan, duku, dokong. Kebun tak membuah hasil, jiran-jiran, sanak-saudara memberi. Seronok! Alahai, rindu nak balik kampung biarpun baru beberapa hari pulang dari sana.
Comments
Post a Comment