Skip to main content

Officially Engaged...


Assalamualaikum nona manis...
Wew! Bertunang sudah rupanya cik jelita ini. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan berserdahana.
Adalah perasaan hentak-hentak kaki jugak sebab nak mini pelamin yang tak diterima oleh abah tapi tetap berpuas hati dengan majlis tersebut. Terima kasih buat semua kerjasama keluarga yang ada ditempat kejadian. Sangat menghargai kehadiran kalian.
Meh citer sikit kisah saya pada hari sebelum sehingga ke hari kejadian.
7/12/12 saya sampai di stesen kereta api Pasir Mas jam 11.30pagi - sengaja betul kereta api ni, saya nak pergi beli cincin tunang ni. Sampai sahaja kakak dah warning, 'eh, hari jumaat kedai emas tutup la.'
Saya jeling tajam, 'kenapa tak beritahu awal? kang boleh balik awal.'
Tak percaya dengan itu, pergi jugak terjah Kota Bharu tengok sendiri kot ada kedai buka tapi tidak ada. semua kedai emas TUTUP.
Perasaan masa tu, okey, tak pe, esok cari la. Positif.
Malam itu, sebelum terlelap sempat berfikir, 'eh tadi tu gubah hantaran untuk diri sendiri? Rasa macam tolong sepupu atau kakak yang nak tunang je. Masak puding beria-ia tu sebab esok majlis tunang sendiri ke? Rasa macam sebab esok nak raya je.'
8/12/12 adalah harinya, saya masih sibuk. Bangun pagi sebelum mandi sempat menggoreng nasi goreng dahulu. Lepas mandi, tengah meggoreng bihun, mama suruh pergi pasar ambil ayam dengan kakak. Sempatlah melihat-lihat cincin tapi belum beli sebab kakak kedua call cakap kawan dia jual emas, nanti datang rumah. Okey. Balik rumah, sibuk keluarkan dan lap pinggan, gelas yang nak digunakan. Seterusnya gubah bantal tunang secara pantas. Pukul 12 tengah hari, tokei emas datang, terus pilih dan beli, agak besar la cincin dia. Al-maklum bila tokei emas datang rumah, mak cik-mak cik, kakak-kakak jadi penasihat beli besar baru puas hati.
Jam 1.30 tengah hari, mula nak bersiap-siap make-up, tukar baju dah. Menanti dan menanti, jam 3.00 petang, mereka sampai. Sarung cincin, bergambar, barulah makan-makan. Disebabkan kepenatan, blurr, saya pun tak minta sesiapa pegang hp saya untuk snap picture kami, tunggulah dari abang ipar saya dan adik en.tunang bagi gambar.
Owh. Tarikh pernikahan dan majlis resepsi telah ditetapkan pada 1 dan 2 Jun 2013 ini. Saya harus berlari laju-laju menyiapkan segalanya bermula daripada pergi kursus kahwin. Wish me luck korang!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d