Skip to main content

Prep Pengesahan Jawatan

Assalamualaikum...
Hai diari comels...
Poyo je tajuk entri prep pengesahan jawatan... I know... I know... tapi nak jugak tajuk tu...

Semalam saya tak post apa-apa sebab sibuk... pagi-pagi dalam gelap redah pasar tani beli kuih, gegas pegi ofis sebab ada taklimat kat Putrajaya. Skema sungguh penceramahnya, bercerita pasal dokumen...Slide ayat panjang lebar - rasa macam masuk kelas BM balik.  Kesimpulannya, saya mengantuks! 

Ceritanya, memanglah saya dah daftar exam JPA itu, tapi saya memang 0 pasal nak mengesah jawatan, apa lagi yang kena pergi untuk sah jawatan bagai ni. First time masuk gov la. Pastu kena campak kat pusat yang saya seorang sahaja PT. Malu-malu pulak, jarang nak lepak kat pentadbiran tu... Jadi memang sesatlah bab-bab ni. HRMIS pun saya masih level paling low. Tak reti nak explore. Huhuhu..

Huhu...Pegi taklimat tu kawan dengan k.su... satu jabatan, berlainan pusat...Jarang la bertemu-mesra...Tapi dia sangat baik... Borak-boraks dengan beliau tentang exam penjawat awam yang saya nak ambil mac ni... beliau share dengan saya apa lagi kursus yang wajib join untuk dapatkan pengesahan jawatan... 
1. Exam Penjawat Awam
2. Biro Tata Negara
3. Kursus Induksi
4. Isac - komputer, kepantasan menaip...
~_~

tudia...ingat senang mahu masuk government ni? macam-macam exam, kursus dulu join ye... 
balik dari taklimat, gegas-gegas pegi library, pinjam buku-buku untuk yang untuk exam.
tebalnya...baca aje la... semoga saya lulus exam itu...
pastu kalau boleh nak settle BTN + induksi tu sebelum kawen...Kawen tak nak tinggal-tinggal suami dah...


#Lama tak date dengan en.Tunang, beliau sibuk balik malam je. Petang ni balik awal, rasa nak buat surprise, ajak dia belanja saya makan, buat dia senyum dan happy-happy...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

2nd Giveaway Cik Puan Jelita

Assalamualaikum... Pagi yang indah dibulan Mac. Marilah melancarkan 2nd Giveaway Cik Puan Jelita. Harap sudi join! SYARAT-SYARAT 1.  FOLLOW  Blog  Cik Puan Jelita  aka  cikjelita.blogspot.com dan instagram Aimi_Muhamad899    (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!)  **wajib follow blog, instagram tak wajib untuk yang takde. 2. Copy  PICTURE  di atas ni dan link kan ke  (Link kan ke entri  " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  ) 3. Sila letak  TITLE  entri dengan " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita " ye. 4. Sila  TAG  kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye! (minimum 3 orang!) 5. Sila  TINGGALKAN LINK  penyertaan  di ruangan komen entri   " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  (Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira) Giveaway ni bermula pada hari ini!  (01 -20 Mac 2015) Hadiah-h...