Assalamualaikum...
Asyik merewang cerita pasal benda lain je. Cemana wedding preparation oii?
Down jap. En.Tunang asyik kerja-kerja-kerja. Tak dapat cuti. Cuti kena beku.
Kami pun tak terambil lagi kursus kahwin atas sebab-sebab diatas.
CNY pun, sekejap dia cakap nak balik, kejap, tak jadilah sebab anak buah nak berenti kerja, semalam cakap lagi, balik. Confuse saya. Huh! En.Tunang, saya tak kisah awak balik ke tidak, yang penting dokumen yang saya minta untuk isi borang nikah setel!
Progress bunga telur pulaks, elok saya cantum 55 kuntum bunga rose crepe tu, PUP! glue gun meletup... Dengan extension plug pun tak boleh guna. Apa-pun tak boleh. Maka tersadailah ia, disitu sahaja.
27/1/2013, sempat jugak keluar lagi, menjelajah Jalan TAR, masuk mydin cari hand towel untuk orang menolong didapur pada hari kejadian. Pulun 3dozen. 1 dozen = RM9.60 berbanding tuala good morning yang 6pcs RM24.00. Pheewww..Jimat okey!
Update dengan kakak pasal Yassin + paper bag yang lebih masa kenduri BIL beliau.. Ada 400pcs Yassin, paper bag 200pcs. Okey la tu, Yassin kena add-on, paper bag itu guna untuk VIP sahaja. Yeah. Jimat lagi. Alhamdulillah. tQ sister.
Kain untuk baju nikah / sanding yang kirim dengan Diyana masa beliau ke Bandung pun dah dapat, balik kampung nak tempah je nanti. Hoorey lagi. Ops, kain alas saya tak beli lagi- nanges semula. Haha.
Kad kahwin, dah beria-ia tanya kat b2b Nurul Amiera, sekali saya pun tersenyap sebab peta tak siap dan en.Tunang tak comfirm lagi tarikh sebelah dia.
Huhu. Kadang-kadang rasa nak je jadi Hulk sebab every time I ask favour with en.Tunang, wait la, ok. lastly nothing happen.
Cool down. Tak apa, saya cuba memahami selagi boleh k... setan sume tu nak suruh gaduh-gaduh...
# erm... mama...again kena buat kimo 12x lagi. Mama ada kanser usus dulu, tapi dah surgery dan kimo 12x pada 2010 tapi sekarang kanser itu serang lagi ke bahagian hati dan paru-paru. Kind of dangerous for her. Saya risaukan mama... Tolong doakan mama jugak k.
# erm... mama...again kena buat kimo 12x lagi. Mama ada kanser usus dulu, tapi dah surgery dan kimo 12x pada 2010 tapi sekarang kanser itu serang lagi ke bahagian hati dan paru-paru. Kind of dangerous for her. Saya risaukan mama... Tolong doakan mama jugak k.
Comments
Post a Comment