Assalamualaikum...
Persiapan kahwin dah perlahan-lahan menunjukkan rupa... Tetiba terfikirkan pasal mas kahwin yang kami tak pernah bincangkan. Jujur memang saya tak kisah berapa mas kahwin yang nak diberikan oleh en.Tunang kepada saya, saya masih berpegang mas kahwin yang rendah nilainya adalah lebih berkat sesebuah rumah tangga itu.
Tapi hari ni termenung, fikir juga.
Lepas tu, rasa nak dalam bentuk dinar la.
Feeling-feeling macam masa Irma Hasmie kahwin, mas kahwin dia dalam bentuk dinar jugak. Sweet je.
Jadi saya mencari-cari maklumat pasal dinar ni semua. Auuww...Bestnya kalau saya dapat ken?
At least tak adalah saya meleburkan duit itu ke tempat lain, dalam dinar jadi saya takkan boleh sewenang-wenangnya berbelanja wang mas kahwin itu dan boleh simpan sehingga anak cucu gitu. Boleh tunjuk kat anak-anak nanti. Cheh! Tak sabar nak cerita idea ni dengan en.Tunang.
#Website yang saya rujuk kat sini je. Extra info, sila google sendiri. Pastu malas nak tepek gambar jugak. Sila google jugak kalau kawan-kawan sekalian nak tengok rupa dinar itu. Sekian, k bubye.
xoxo.
~cik Jelita~
Comments
Post a Comment