Skip to main content

W-Preparation : Tempah Baju Resepsi.

Assalamualaikum...
Entri yang sangat menguntumkan senyum dibibir juga.
Akhirnya, saya telah pun menempah baju resepsi saya. Berharap sangat baju tersebut menjadi seperti yang saya impi dan bayangkan. Once in lifetime baby! Haruslah nak cantik dan sempurna.

Saya tempah baju di Plaza Rakyat dalam Medan Mara, KL. Hari pertama kursus kahwin, kami pergi awal dalam jam 11 pagi, kami start ronda-ronda dulu sementara tunggu waktu kursus mula jam 2.30 petang. Memang saya berniat pergi awal supaya kami boleh jalan-jalan dulu, survey. Tengah kering pun gagah jugak nak berjalan ditempat yang mengugat nafsu shopping.

Target saya untuk tempah baju kahwin pun sebenarnya. Jadi, kami mula melangkah, jalan-jalan sekitar medan mara tu, tengok butik kiri-kanan. Nak masuk segan, risau harga mahal nanti. Jalan-jalan, masuk kat Plaza Rakyat, tawaf dekat tiga kali sebab masing-masing macam sibuk je menjahit, kami segan nak berhenti tanya semua. Akhir sekali kami tawaf tu, ada akak yang senyum dan tegur, itulah dia tailor baju resepsi saya nanti.  Tanya-tanya akak tu pasal harga, design yang saya nak semua, bincang pasal kain alas, mintak less semua. Terus ambil ukuran badan.

Kain yang digunakan ialah brocked lace. Kain ini saya kirim pada b2b Diyana yang ke bandung pada awal Januari lalu. Terima kasih Diyana. Well Bandung price, murah. Jimat kos. Kain alasnya, setelah berbincang dengan tailor tentang jenis kain, design dan warna yang sesuai, en.Tunang terus ajak pergi beli.
Baiknya en.Tunang saya... Walaupun kami dalam preparation extra jimat, dia masih cool dengan saya yang gatal nak tempah baju resepsi sendiri. Hehehe. Terima kasih sayang...

Apakah design baju pilihan saya? Hehehe... Sangat jatuh chenta dengan PEPLUM.

Nak design begini, comel kan?

ini dari minazboutiquestudio.com - very inspired me to do the ribbon...

 ini pun dari minazboutiquestudio.com juga - ini bukan peplum, tapi saya suka design kain dia,nice! 

Kenapa pilih PEPLUM sebab saya sedar juga dengan kelemahan bentuk badan saya yang macam buah pear dan ketot ini. Memang taklah nak pilih baju ala melekat dibadan tu tambahan my dear future husband tak izin saya pakai ketat-ketat, lagi-lagi dimajlis keraian begitu, jumpa ramai orang. Selain itu, saya pentingkan keselesaan diri sendiri... Apa guna baju cantik tapi tak comfort untuk saya.

sangat tak sabar nak lihat hasil baju resepsi idaman itu...hihi... Baju bertandang dah tempah dulu dari baju resepsi...untuk bertandang dress simple je, jahit kat kampung murah sikit  cuma perlu buat beading dengan tempat lain je. Siap pesan dekat tukang jahit, nak reben, reben besar tau. Hahaha...
 Teringat masa date dengan en.Tunang masa study dulu, bila kami jalan dalam butik baju kat mall,

Him : Lawa tak baju ni?
Me : Lawaa... <tersenggih suka>
Him : Saya tahu, saya tahu kenapa awak suka... <macam budak-budak nak jawab soalan yang cikgu tanya la konon>
Me : Kenapa? <konon nak tau>
Him : Sebab ada reben...
Me : Pandainya... Anak sapa la ni? < senggih panjang sambil melayan auta dia>
 Jalan-jalan lagi.
Him : Seluar ni lawa tak?
Me : Tak.
Him : Mesti sebab tak ada reben.
Me : Apakah? <dengan berkerut dahi sebab seluar yang ditanya tu memang tak cantik pun, saya cakap la xcantik>
Him : Hehehe...




Comments

  1. dear,peplum cantik..mesti awak pakai lagi2 cantik.saya tak dapat buat peplum so hari raya dan hari2 biasa nak pakai peplum.hehe :)

    ReplyDelete
  2. @cintabella - tq...hehe.awk punya bj wedding pn msti comey jgk wlau bkn peplum... =)

    ReplyDelete
  3. comeL! kurus pkai peplum mmg cantek =)

    ReplyDelete
  4. @sya - kuruskah?rasa mcm tong dram g neh.waaa...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d