Skip to main content

W-Preparation : We done the Pre-Wedding Course!

Assalamualaikum...
Hahaha... Hamek ko tajuk entri english terus.
Entri ni patut publish semalam, tapi lupa bawa kabel telefon. Tak dapat la upload pic ken...
Ok, bersambung...
 
Yeah! Alhamdulillah. Seronok sebab kami dah selesai pun berkursus pra-perkahwinan pada 23-24 Februari di Medan Mara, Kuala Lumpur.
Lega, akhirnya antara step penting untuk masuk ke fasa baru itu telah pun kami jalani bersama. Yelah, kursus pra-perkahwinan ini antara syarat wajib untuk dapat kebenaran berkahwin dari Jabatan Agama Islam Malaysia.

Hari tu pening-pening jugak fikir macam mana prosedur nikah yang betul, pasal borang nikah, surat akuan bujang, lelaki kena apply kebenaran nikah jugak ke kalau sama negeri ke hape. Pergi kursus kahwin, semua tu ada dalam modul mereka, maka saya tak perlu pusing-pusing lagi. Hoorey. Hoorey. 
Ceramah yang diberikan oleh ustaz-ustaz di kelima-lima modul dalam kursus itu sedikit pun tidak membosankan. Seronok. Ustaz suka buat lawak, ada yang macam ala serius pun, taklah mereka biarkan sampai kami tertidur. Mesti ada selingan menarik yang mereka lakukan/ cakap untuk tarik perhatian kami.

Oh! Sijil kursus belum dapat lagi, selepas 3hari baru keluar sijilnya. Hehe. Tak sabar nak tengok sijil tu.

Kursus kahwin ni di ambil sekali je seumur hidup, sijilnya valid sampai bila-bila. Lepas tu sila jangan liminated sijil kursus kahwin, sebab nanti sijil akan dianggap rosak dan tak boleh digunakan. Tak nak bagi sijil penyet, senget, simpan elok-elok dalam fail sudahlah, jangan liminated k.

Untuk sahabat yang nak berkahwin tapi belum berkursus, tak tahu tempat nak kursus nak booking tempat. Sila jenguk di bawah ye. Untuk area KL sahaja tau, ada 15 tempat kursus. Sila pilih yang dekat / paling mudah untuk dihadiri ye.

Daftar Kursus Kahwin


Kami.
Kami dan cermin terlalu banyak kenangan. Medan mara ni banyak plak cermin... Haruslah mengimbau kenangan. Snap 1x!



Comments

  1. saya ambil dekat uni dulu..so tak merasa attend kursus pra-pkahwinan dengan en.tunang, huhu

    ReplyDelete
  2. Sya pon br attend aritu! huhu

    ReplyDelete
  3. @WE - seronok, lega sangat bab ni setel.sebab tersangkut tang ini xboleh isi borang nikah lee...

    @cintabella - xpe.bagus jugak ambil awal, so xkelam kabut nak ambil ble nak kawen...

    @sya - hehe...lega la dah setel ken?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...