Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

HP hilang...

Naa... Serius HP saya hilang ari ahad tu... Err...not exactly hilang, ia disebabkan kecuaian saya... Tertinggal dalam toilet petronas... After lunch, berhenti kat petronas tu FH nak buang-buang, saya pun gedik-gedik nak pergi toilet jugak. HP elok jer pegang kat tangan sebab tengah main game. Sampai kat toilet terus stop main game, dan letak HP dekat atas sinki, sikit tak terfikir nak letak dalam handbag. Hantar FBIL, terus pergi ofis FH buat kali kedua sebab ada problem kat sana. So saya decide pergi speedmart dulu, beli jajan kunon nak makan sambil main game...Masuk jer kete, cari HP. tadakkkk!!!! waaa...nak nangis, dimana?dimanakah HP ku? Laju-laju matikan enjin kete, pergi redah cari FH kat ofis dia... Tak pedulik... HP itu nyawa wey... Contacts semua kat situ, nanti abah nak call, aktif e-mel n FB, tak pernah logout. Gambar-gambar yang ada dalam tu, walaupun tak ada yang seksa, tapi risau kot jika disalah guna. Risau.risau.risau. Laju-laju FH patah balik kat...

W-Preparation : Tasbih Cintaku sudah sampai.

Hi! Banyak sebenarnya nak kongsi minggu ini, tapi tertunda-tunda. Kerja berimbun-rimbun pulak tetiba ken?  Tetiba jadi favourite person pulaks kat ofis. Haish! Okay, bukan kesibukan itu nak dicerita. Hari ni, Puan Mah (blogger / ex-b2b) delivery tasbih cinta yang kita order dengan dia. Jumpa pun kat ofis jer, kalut-kelibut tak sempat ajak Puan Mah kita pergi minum ka makan dan borak-borak. Sorry Puan Mah.   Maaf Puan Mah tunggu lama. Sibuk-sibuk tak perasan call + mesej dah. Jumpa pun malu-malu jer kan kite. Hehehe.. Otak  tengah blurr fikir kerja yang nak dibuat lagi. Thank you Puan Mah comel. Lain kali ada rezeki kita nak order lagi. Tasbih cinta ni, saya plan nak bagi kat pihak lelaki masa kenduri nanti. Ni yang dihantar tadi. closer ni picture yang cik Mah snap dan post kat FB. Comel okay. Kita request tiga warna dengan Puan Mah, putih , gold dan dark choc tapi cik Mah buat 4 warna, +yellowish gitu. Pastu bagi bagi free 1 pcs ...

Wordless Wednesday : I'm So Buzy

Audit is coming... I'm deadly so buzy... Be a PA to a boss + everyday works. I dont even have time to eat... (Last punya ayat itu propa k) Makin dekat hari nak ke tarikh itu, makin sibuk. Di pejabat mahupun dirumah -persiapan saya.  Keep calm, i'm going to be a wifey!

Si Merah itu samsung DV300F

Hello.hello.hello. Mood ceria sebab idaman hati sudah ada dalam gengaman...   Samsung DV300F Huhu. Dah lama aim nak beli kamera, dari kamera sebesar dabak dslr saya aim. Pastu dengan pengalaman bawak kamera dslr (pinjam hak kawan) semasa percutian ke Sabah memberi satu beban buat saya serik. That time, rasanya space handbag itu tak mencukupi, dengan biskut, air mineral (ini perlu once dahaga/lapar)+ beg mekap(nak gambar lawa, jaga le muka.nge!). Nak selalu gantung pada leher, agak penat + risau, hak orang,rosak ke, kena sambar kat orang ke, maklum jalan tempat orang ken. Lagipun saya bukan kaki minat giler ambil gambar till nak jadi pro. Tak becita-cita begitu. So i think to find something compact and slightly to bring anywhere without worries about the space in my bag. Macam-macam jenama dan  jenis kamera dah saya survey. Ada yang memikat, harga tak memikat. Harga mampu, tapi macam tak tertarik pulaks, tak comel bentuklah etc. Nak yang terbaik dengan harga mu...

Oh..Janji...

Today...tak de benda pun nak story pasal wedding. Petang ni nak gerak g morib, ada kursus sampai Ahad. Relaks ambil memikirkan pasal wedding jugak, apa lagi yang tak sempurna ken... Candy buffet jer la, nak pegi shopping JAR nanti. Pastu ter-recall memori time spend time dengan anak sedara saya. Arash. Masa di PWTC, konvo abahnya. Kisah memujuk dia yang macam nak menangis lepas bangun tidur sebab abah, mama dia tak ada. Huhu. Truly la, saya ni strict sikit dengan anak sedara, feeling anak bongsu kut... Rasa macam anak-anak sedara ni pesaing.  Hahaha.Otak kecik toi ken? But that day, pujuk dia, bawak dia pusing kat food festival kat situ, ada je food test bagai.Jimat saya! Hehehe. Tak le zalim benor soh rasa jer, ada belikan jajan jua satu beg. Jalan-jalan jumpa chocolate fountain itu + strawberi / marshmellow. We stop to buy. Dia nak strawberi choc. Saya ambil marshmellow choc.Terus jer makan kat situ pastu makan sebijik strawberi dah terkerut-kerut dahi, masam. Keci...

My Wedding : Undangan Walimatul Urus Aimi & Taufik

Assalamualaikum... Saya dan pasangan beserta keluarga berbesar hati menjemput Encik / Cik / Puan / Tuan (kawan-kawan cantik manis) untuk turut hadir ke majlis perkahwinan kami yang akan berlangsung pada 2 JUN 2013 di rumah saya yang beralamat LOT 1581, KG CHEKOK SERENDAH, 16450 KETEREH, KOTA BHARU, KELANTAN. Moga kehadiran kalian dapat memeriahkan lagi majlis kami. Kepada saudara/saudari, sila isi form di link dibawah untuk penghantaran kad undangan. Walimatul Urus Aimi & Taufik Ya Allah Ya Tuhanku, Seandainya telah Kau catatkan dia milikku,  tercipta buatku,  dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dan hatiku, titipkanlah kemesraan diantara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi, seiringkan kami dalam melayari bahtera perkahwinan, jadikan kami pasangan yang bahagia dan berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat dan kurniakan kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh,  sesungguhnya Engkau berkuasa atas s...

W-Preparation : Memborong biskut dan candy di Fantasy Jungle Food NSK Selayang.

Assalamualaikum... Sabtu itu, selepas ambil abah dari Jalan TAR, hantar abah ke rumah kakak, saya dan FH terus singgah di  NSK Selayang untuk memborong isian doorgift yang masih belum selesai. Kedai tu Fantasy Jungle Food, mereka menyewa kat bangunan NSK ni. Ada 1 kedai jer jual biskut-biskut ni. Kalau pergi mesti jumpa punya. Doorgift item : Biskut Aiskrim(1tin=4kg), 5x RM36 = RM180.00 Biskut Oleo(1pack=60pcs), 30x RM4.80 = RM144.00 Mix candy (1pack, 400pcs), 20 x RM12.50 = RM250.00 Total = RM574.00 Habis shopping bab doorgift, FH sibuk cakap Candy Buffet shopping la sekali. Eh! Tetiba semangat norr mamat ni dengan Candy Buffet... Kids lover betul la FH ni. Saya apa lagi, grab,dan terus grab benda yang nak beli. Candy Buffet : Koko krunch, 1 x RM5.99 Honey star, 1 x RM6.20 Marshmellow (1kg), 1 x RM26.00 Lollipop (1pack=40pcs), 2 x RM6.00 Wafer Roll (1kotak x 400g) 4x RM4.99 Mini Drop Candy (1pack=400pcs) 1 x RM6.50 Sochew Stick (1kotak= ), 2 x RM8...

Saya menang 1st GIVEAWAY from page HandBouquet-Ibtisam!

Assalamualaikum... Semalam mendung, hari ini saya dihadiahkan dengan pelangi yang cantik.  Alhamdulillah. Rezeki menyebelahi saya untuk menang 1st GIVEAWAY from page HandBouquet-Ibtisam  Seronok jer.... Actually, masa masuk giveaway ni suka-suka nak cuba, tak ambil tahu pulak close date dia bila. Umum pemenang bila. Alih-alih pagi tadi buka FB, scroll-scroll, tengok gambar bawah ni Saya blurr... Dalam hati cakap, eh nama sama la, tarikh pun sama, eh blog tu? blog saya... Laaa...Saya ke menang? Laju-laju baca betul-betul post FB itu...Hahaha... sangat blurr... Terus mesej kat FH bagitau. Pastu sekarang semangat nak join giveaway lagi. -Apakah? Dari sudut hati saya, true, so far saya dok tengok kat HandBouquet-Ibtisam harga dia okey. Dia punya HB design itu kiranya unik, segar jer nampak - sila tengok gambar dibawah. Kreatif jer. Kiranya, kalau tak menang ni, adalah niat nak beli HB Pearl idamanku (sambil digoda oleh HB daisy n lace). Maka, s...

Perfume baru? - A very surprise!

Assalamualaikum... Dari entri sedih semalam, marilah kita kembali senyum. As my FH punya birthday belum kasi hadiah lagi. Sooo... buat surprise sikit lagi. Alamak, hadiah yang balut cecantik tu tak ada pic pulaks. Dah masuk 'perfume' itu, masukkan bintang-bintang dan sticky notes dengan ayat-ayat tergantung pada setiap sticky notes untuk dicantum jadi satu sentences. Kisahnya, masa bagi kat FH siap-siap pesan, jangan bukak depan saya. Balik rumah baru bukak ye. (Malu le dengan ayat jiwang itu. Nge.) Pastu dia sibuk pujuk, nak bukak, dok goncang kotak tu. Memula, memang tak bagi. Lama-lama fikir seronok juga tengok reaksi dia buka hadiah itu.  Dia buka tengok bintang-bintang dan sticky notes,  FH : owh ini ke? Ingat perfume tadi ada bunyi. Thanks sayang. Balik B baca ye. ME : Memang ada perfume la, tak buka habis tu. (Senyum, cover gelak yang amat) FH : (slow-slow keluarkan bintang-bintang dan sticky notes takut hilang)  Nampak jer pe...

W-Preparation : Baju kawin, tailor salah jahit =(

Assalamualaikum... Mood : Sedih ooo... Kita nak peplum, dia jahit baju kurung moden. Apakah? Grr... Masa pergi tanya cerita n tunjuk pic yang macam kita nak, dia cakap okey, boleh buat, few weeks ago pergi check dia cakap dah potong kain. On saturday, kita pergi nak fitting, lain macam jer rupa ni... Truly rasa sedih sangat. That kain jouh import dari Bandung, now turning not my dream dress. Uhuk! Siap pakai, keluar tunjuk kat tailor.   Tailor : Cantik. ME : ketat. Tailor : Kenapa? Habis tu nak longgarkan, akak boleh bukak sikit. Tak nak dart ni atau macam mana? ME :baju ni memang diluar bayangan kita. Kita nak baju peplum, tak nak yang tight macam ni sebab tu kita pilih buat peplum. Ini bukan yang kita nak. Tailor : sebab baju ni lace, tak boleh potong serong, nanti tak cukup buat kain etc... ME : Kan dah cakap, tak kisah guna lace semua untuk baju, kain guna satin saja. Akak jugak bagi cadangan tu. Kalau akak cakap tak boleh buat, call saya sebelum poto...

Honeymoon plan?

Assalamualaikum... Bila nak dekat kahwin ni, pressure kewangan itu biasalah. Lepas tu, jumpa kawan-kawan sibuk tanya cuti berapa hari, nak honeymoon kat mana... Ermm...  I cannot answer. Bajet hokey!Truly ada fikir, nak ke sana sini after married. Semestinya lebih indah gitu sebab dah halal. Hehe... Pastu, kalau saya nak bercuti, rasa nak heret abah sekali. Well, abahkan suka jalan-jalan ni... Kewangan, insya-Allah boleh bajet tapi worst cuti sekolah pulak time I kahwin tu yer. Lupa. Jalan sana sini mesti sesak sangatlah ken! A big no! Tapi...masih tak berputus asa... I must plan activity for us... An idea in my mind... What is that? Just wait! Because everything on the plan not being comfirm yet... It's little big secret, but what most important, I want to make sure both of us happy and enjoy the moments... Argh! I wish for a camera for our moments... Hehehe... Banyak surprise kan? Birhthday surprise pun belum habis tau... Ada lagi... Saya suka buat surprise! ...

W-Preparation : Triangle...Love..

Assalamualaikum... Cukup-cukuplah melenggang kangkung, masanya untuk pecutan pantas membuat persiapan perkahwinan. Lega, dah tahu tarikh PRU-13, bolehlah merangka untuk aktiviti waktu cuti disana juga.  Another idea for extra jimat... menghabiskan masa semalam untuk printing ini dan paperbag lagi... Ini guna untuk apa? Letak kat mana? Cer teka? Will review after my big day okay... xoxo, cik Jelita...

W-Preparation : Start do printing the doorgift paperbag tags.

Assalamualaikum... Nah! Selama ini dok lengggang-lenggang mak jemah ken? Sekarang tak sampai 2 bulan nak kahwin, mula la kalut tak tentu arah. Saya baru bermula untuk membuat printing doorgift paperbag.  Dulu, plan nak buat rubber stamp bagai tu ken? Sekarang dah tak payah dah nak buat rubber stamp bagai, printer dah ada, terus jer print atas paperbag. Senang dan jimat ooo... Dah print 2-3 helai, tiba-tiba gedik nak tambah Walimatul Urus itu... Snap pic, tanya FH, terus nak yang tulis Walimatul Urus. Saya pun suka... Jadi marilah kita print sampai lebam 1500 keping paperbag. Huhu. Wish me good luck! So far, dah siap print 310 keping paperbag Lebih kurang  20 keping untuk sampul kad. Rasa macam kosong jer sampul tu, gedik-gediklah print kat sampul pulak.  

W-Preparation : Kad jemputan kahwin dah siap.

Assalamulaikum... Lebih kurang 54 hari lagi majlis. Kad kahwin pun sudah siap. TQ to vendor yang rajin melayan saya yang cerewet sikit, benda kecik-kecik pun nak juga edit. Huhu. Pastu miscommunication sikit pun dah nak merajuks kan? Hehe. Sensitif betul orang nak kahwin ini ken... Kad terus dihantar ke KB, kat abah. Weekend hari tu baru sampai kat kami masa kakak kebetulan datang KL untuk coversation...  Masa tengok kad itu, serius rasa macam tak percaya. Kami dah pegang kad kahwin sendiri. Berdebar-debar gitu. Hahaha. Poyo! Last week pergi picnic dah mula bagi kat kawan-kawan yang join picnic tu. After all, mereka kata cantik kad itu. Hehe. Saya suka. Puas hati sangat!  Saya + FH yang gila cermin, dalam lif pun boleh.  

1st GIVEAWAY from page HandBouquet-Ibtisam !

Assalamualaikum... First time nak masuk giveaway gini aish... Huhuhu. Well semakin dekat hari, aura kebahagiaan tu tak boleh nak selindung-selindung dah. Sambil memberi hint kepada kawan-kawan facebook, kita dah nak kawen, join la giveaway ni. Hahaha... Korang moh le join jugak k. Macam mana nak join? Meh nak bagitau. 1. Like page  HANDBOUQUET-IBTISAM .. 2. Share  gambar GA (seperti gambar diatas) di wall FB anda. 3. Tinggalkan comment di bawah  gambar GA ... "SAYA NAK!! Serta Nama penuh & tarikh majlis anda" 4. D Dan jika sesiapa BLOGGER, bole share kt blog dan serta kan sekali link post tersebut di ruangan komen.... Just it!! ** 1st GA ini dibuka kepada bride-to-be yang mjlis nya pd bulan June 2013 dan ke atas, tahun depan pun boleh join.. ** 2 orang pemenang akan dipilih dgn membuat cabutan undi oleh cik asben... ** Pemenang akan menerima satu jenis HandBouquet (Pearl/Felt/Satin/Ribbon/Ribbon Lace) & 10 corsage brooch ...

My first pavlova for my lova love...

Assalamumalaikum... Hehehe... Semalam, having picnic with friends @ Chamang, Bentong. So, plan nak buat surprise dengan pavlova kat FH. For me, air tangan sendiri adalah lebih ikhlas kot. Tapi tak bape nak surprise, bcoz bila sampai whipping cream sudah cair. Terus jer hidang makan macam biasa jer la kat FH... FH loves it! Yeah! Kira berjaya jugalah make for him... Happy birthday sayang... Pavlova itu bosan tanpa masamnya strawberi dan blueberry diatas whipping cream yang gebu itu. Same goes to our love. Tanpa gaduh, rindu, merajuk itu bosan. Counting days to be your bride, the wife. I love you. Trully!

Happy 24th Birthday 04042013

Assalamualaikum... Hari ni birthday FH tersayang. We had surprise party for him last night. Actually, memang dah plan awal dengan FBIL, tapi kesibukan melanda buat macam terabai jugak. Pagi semalam FBIL call tanya macam mana pun, saya masih blurr-blurr. 4.30 pm, nekad, call FBIL suruh dia auta pinjam kereta en.Tunang, pick-up saya, pergi beli kek bagai surprise bila dia balik kerja kat rumah dia. 5.00 pm, plan berubah sebab FSIL pun nak join, tapi susah dengan anak kalau nak buat dirumah FH, akan dibuat dirumah FSIL. Saya akan naik train ke sana. FSHIL : Along nak cakap macam mana kat angah nanti suruh mari umah? ME : Cakap je, dia dah lama tak pergi rumah along. FSIL : Nanti dia syak? ME : Tak. Dia sibuk, dia tak fikir punya tambahan semalam dia kata kat rumah dia tak ada air. Mesti boleh punya. FSIL : Okey.okey. Along telefon dia. Dan berjaya mengumpan mangsa itu. FSIL beli kek. Saya, mula-mula nak terus gerak je, tapi malas je dengan baju kur...

Parlimen dah bubar PRU bila?

Assalamualaikum... Itu dia dilema paling besaQ... Parlimen sudah dibubarkan secara rasmi, tetapi tarikh pilihanraya masih menjadi tanda tanya.... Risau tau... Sebaik tahu parlimen sudah bubar. Laju2 telefon abah tanya bila tarikh mengundi. Kata abah bila parlimen bubar, pilihanraya boleh dilakukan dalam masa 14hari either selepas seminggu pun boleh, dan paling lama tempoh sehingga 60hari. owh.camtu... ok. faham. masalahnya ada desas desus kata cuti sek which yg mula akhir may.agak huru hara bagi saya.takkan balik mengundi, balik kL keje 3hari kemudian balik kB balik for nikah? plizzzz not do this to me... Easy for my en.Tunang jawab, kita cuti awal la. Hello? Kita kena cuti 2 kali untuk kawen-kawen ni. Resepsi bulan 6. Bertandang bulan ogos. At least seminggu cuti untuk setiap majlis. Kalau nak tarik cuti ke belakang. Tak sudi. Baik cuti extra lepas nikah daripada sebelum nikah. Banyak faedah lagi. Selain dapat bantal yang tak berapa busuk. Hehehe... Maap le gat...

Yang ditunggu sudah sampai...

Assalamualaikum... Bunga-bunga sikit hari ni... Inner yang di order sudah sampai... Hikhikhik... Entri terdahulu DISINI Semakin melengkapkan persalinan nikah ni... Senyum lebar-lebar le kite... to SYA - orked, will show some tutorial im wearing this inner. Hoorey...

Surprise! surprise! + BR1M

Assalamualaikum... Seperti diketahui, saya balik kampung... I got surprise! Sampai rumah, masuk jea bilik... Susun atur katil lain. Eh! Wait... Katil pun baru...siap ada cadar baru lagi warna putih tuu... Untuk kahwin kata abah. hehehe... Suka...dan terharu... Pastu malam tu abah bagi duit BR1M saya yang dah lama diambil...Yeah... Ingat dapat baucer sekali cash... Seronokk lew shopping siap belanja abah makan pizza hut sudah...

W - Preparation : Jumpa bridal + beli loket

Assalamualaikum... Moody monday? Me too...Need extra sleep. Just arrived @ putra 6.10 am...TQ  en.Tunang yang setia menanti disitu. Tiga hari dikampung penuh aktiviti.  Jumaat, sibuk dari pagi ke malam, persiapan makanan + layan tetamu + majlis pembayaran fidyah untuk mama + tahlil pada malamnya and collapse. Sabtu, basuh membasuh periuk belanga + pergi kedai pengantin pilih baju + beli loket. Petang ke malam berjalan ke rumah pak cik dan mak cik + tok. Ahad, ziarah kubur mama, sidai baju + kemas bilik. Lunch + shopping barang rumah untuk abah + jalan umah mak cik kemudian balik masak air barli, goreng kacang untuk abah. Berkemas untuk gerak balik kL lagi. Kus semangat... cepat-cepat dapat pindah kelantan, tak larat nak berulang-alik jer...huhu... Tapi happy okey sebab dah buat feeling-feeling princess barbie try gaun pengantin dan dah beli loket emas idaman...