Skip to main content

W-Preparation : Baju kawin, tailor salah jahit =(

Assalamualaikum...
Mood : Sedih ooo...
Kita nak peplum, dia jahit baju kurung moden. Apakah?
Grr...
Masa pergi tanya cerita n tunjuk pic yang macam kita nak, dia cakap okey, boleh buat, few weeks ago pergi check dia cakap dah potong kain.
On saturday, kita pergi nak fitting, lain macam jer rupa ni... Truly rasa sedih sangat. That kain jouh import dari Bandung, now turning not my dream dress. Uhuk!
Siap pakai, keluar tunjuk kat tailor.
 
Tailor : Cantik.
ME : ketat.
Tailor : Kenapa? Habis tu nak longgarkan, akak boleh bukak sikit. Tak nak dart ni atau macam mana?
ME :baju ni memang diluar bayangan kita. Kita nak baju peplum, tak nak yang tight macam ni sebab tu kita pilih buat peplum. Ini bukan yang kita nak.
Tailor : sebab baju ni lace, tak boleh potong serong, nanti tak cukup buat kain etc...
ME : Kan dah cakap, tak kisah guna lace semua untuk baju, kain guna satin saja. Akak jugak bagi cadangan tu. Kalau akak cakap tak boleh buat, call saya sebelum potong. Apa-apa, patut bincang dengan saya dulu. Sekarang dah jadi macam ni, kita memang tak suka. Tak bayangkan baju macam ni.
Tailor : Mungkin akak silap paham hari tu. Tak apalah, awak beli kain ni kat mana? Berapa harga? Kita ganti balik la.
ME : Beli kat Bandung. Harga tak pasti sebab kawan hadiahkan. (propa saja bab kawan bagi, nanti dia akan cari harga ala kadar je kan)
Tailor : Nanti kita cari kain yang seakan macam ni, kita buat lain. Jumpa kain kita call, baru potong kain. Design macam mana hari tu, ada gambar tak, share dengan akak.

Rasa putus harapan betul bila jadi begini. No more my dream dress. Tak simpan harapan terus dah. Kecewa..Hukhuk... Kain yang bakal beliau beli saya pun tak pasti macam mana.
 
 

Comments

  1. sabar je la ..
    makin takut plak dgr cter pasal tailor2 yg teruk nih
    kita nih pon tgh mcari tailor tp 50/50 je ..
    risau xjd mcm pe yg kita nk ...
    bazir kain n wet ...

    ReplyDelete
  2. huhu...sedihnya...sabar ye yang...insyaAllah kita doa sama2.semoga outcomenya lebih baik...setiap yg berlaku pssti ade hikmah...sbr byk2...

    ReplyDelete
  3. @Iera'ra - do cari tailor yang biasa buat / kawan2 b2b suggest untuk kurangkan risk. Ajak kawan tu teman time nak g tempah ke. Its better. saya zero bout ni masa g buat tu. so my badluck.

    @ayong - sedih. tulah,sabar jer. lega hanya sebab dalam pakej bridal ada baju mengikut tema itu, kalau tak memang bridezilla yang amatlah!

    ReplyDelete
  4. kesiannya awak dear..teruk sangat tak baju yang dia design tue??sabar eh.tapi akak tu akan responsible kan atas kesalahan dia.jangan stress tau :)

    ReplyDelete
  5. @cintabella - dr design yg dipersetujui ialah peplum turn to baju kurung moden itu...really different la...kalau ada ala2 jugak saya boleh terima sebab saya bukan cerewet.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah..mesti kecewa kan baju impian salah buat..
    saya hari tu peplum..just lengan besar sikit..mak pujuk cakap nanti kalau gemuk boleh pakai lagi.. mka cuba nak cool down dan elak kite stress..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-...

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. ...