Skip to main content

M-Life : 20 Ramadan dan rumah kami

Assalamulaikum...
Alhamdulillah.
Finally...
We got our house...
Yippie!
Semalam dah tidur sana pun setelah 5x trip punggah barang. (Jumaat 1x trip, Sabtu 2x trip, Ahad 2x trip -giler banyak barang kami)

Alhamdulillah.
Setelah sebulan lebih dok tension jer sebab tak dapat rumah.
Kena tipu dengan agen tu. Argh! 
Ujian untuk kami kot.

Alhamdulillah.
Walaupun rumah tu tak seperti yang kami target.
Nak 3 bilik.
Dapat yang 2 bilik jer.

Alhamdulillah.
Reward kepada itu.
Rumah dah ada peti ais, dapur, dan kabinet dapur serta bertikar getah.
Jumaat tengah hari tengok rumah
Malam tu terus pindah 1x trip.
Pastu p shopping barang asas rumah kat tesco.
Semangat sangat beli beras bagai.
Berangan nak masak.
Lupa, tong gas tak ada.
T__T

Alhamdulillah.
Ada hikmahnya kami lambat dapat rumah ni.
Harga lebih berbaloi berbading dengan rumah-rumah yang kami tengok sebelum ini.
Disini LRT 10-15min, jalan kaki, Hero, UO, TGV seberang jalan jer, bank, McD, foodcourt (besar sikit), 10minit jer. Kedai makan sekeliling rumah ada, pilih jer nak p mana. Paling penting, tak crowded,1 level 4pintu rumah jer.
Rumah yang kami penah tengok.
1. Tempat ok menepati target 3bilik, senang cari makan semua, ada lif tapi tinggi sangat, (highest level la katakan) pastu bermasalah elektrik dan air, siling bocor lagi, serta rumah kosong. Agen yang mulut manis jer, janjikan tikar getah bagai. Haprak. Dah langsai semua RM, 2 minggu kami tunggu suruh dia setel pasal eletrik, air. Langsung tak buat apa then suruh kami pulak yang p cakap dengan management tempat. What for we pay him with big amount to get house like this...
2. Betul-betul sebelah LRT, 2 minit jer jalan, sebelah highway, highest level jugak. 2bilik jer umah kosong sangat dengan cat dinding dah tertanggal, tuan rumah tak nak repair. Harga paling mahal diantara rumah yang kami tengok. Reject!

Alhamdulillah.
10 Ramadan terakhir yang bakal kami jalani di rumah sendiri, tak perlu sharing dengan other.
I happy norr, eh dah ada dapur sendiri semua.
Dunia rumah tangga ni dah jadi semakin luas.
Lega. 
Insya-Allah, lepas ni tak boleh malas-malasan dah sangat.

# target nak beli tv dan washing machine pulaks.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...