Skip to main content

Kadar Zakat Fitrah 2013 / 1434H

Assalamualaikum...
Just nak share dengan korang   kadar zakat fitrah seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2013 bersamaan 1434 Hijrah.
Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya
Negeri Tahun 2013 (RM)
Perlis 6.00
Kedah 7.00
Pulau Pinang 7.00
Perak 7.00
Selangor 7.00
Negeri Sembilan 6.50
Melaka 6.50
Johor 5.00/8.00*
Pahang 7.00
Terengganu 4.50/7.00/7.60*
Kelantan 7.00
Sarawak 6.50
Sabah 7.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan 7.00
 *Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras

Alhamdulillah, 5 Ramadan 1434H, en. suami dah selesai membayar zakat fitrah untuk kami berdua.
Pertama kali suami pulak bayarkan zakat fitrah. Sebagai akauntan rumah tangga, tiap-tiap tahun lepas ni kena reminder en.suami la.
Sebelum ni pejam mata jer bab zakat fitrah ni, tahu-tahu abah dah siap bayar atau abah dah bagi duit zakat tu suruh pergi sedekah kat mak cik sebelah rumah. 

Kami bayar zakat kat kaunter zakat yang dibuka dalam Aeon Maluri, 1st floor tak silap.
Bila nampak kaunter zakat, cepat-cepat hasut en. suami suruh pergi bayar terus. Al-maklumlah nanti balik dah malam raya, mana sempat nak kejar amil tu pagi-pagi raya kot. Bayar siap-siap nanti tak payah fikir dah. Yer dak?
 
Kawan-kawan yang belum bayar, bolehlah buat bayaran yer. Kang lambat-lambat nanti, kalut atau terlupa pulak. 
Rasanya banyak kaunter-kaunter zakat disekitar kita dibuka untuk sepanjang ramadan ini, kalau dah Aeon Maluri tu ada buka, kat Aeon lain atau pasaraya lain pun adalah tak mustahil ia dibuka even stesen LRT masjid jamek pun ada tau.
 
**Pastikan membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-...

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. ...