Skip to main content

Teduhan Kasih Finale

Assalamualaikum...
Eh! korang follow tak cerita teduhan kasih tu?
Kalau follow tu mesti tau semalam final episod dia.
Erm...kita tak nak cerita tu pun.
Main story dia begini...
 As peminat tegar story itu, haruslah saya sangat berkejar-kejar balik kerja semalam demi nak tengok cerita itu di kedai makan.
Well, kami kan belum ada tv. T__T
Tapi...
Sekali en. suami tersekat dalam jem otw nak ambik saya kat LRT.
Biasa 15min camtu jer waiting, semalam sejam lebih. Almost 7.30 baru nak sampai.
Muncung le kite!

Me : tak mo tengok,balik terus jer!
Him: Betul tak nak tengok?
Me : Tak nak! Nanti lambat masuk keje balik.
Him : (diam)

Sampai rumah terus muncung didalam bilik (buruk norrr perangai).
Nyesal plak jual mahal tak p tengok cerita tu. Hua!
 Tukar baju, basuh baju terus online tonton.com.my.
Huhu. Tengok Teduhan Kasih episod hari sebelumnya konon nak sejukkan hati.
Habis episod tu, tengok dah ada episod baru punya.
Yeay! Excited kunon.

Dalam hati dah mula rasa bersalah, tak pepasal merajuk dengan hubs.
Walhal benda bukan dia sengaja lambat + boleh tengok online jugak.
Ter-feeling lebih plak p merajuk ken.
Laju-laju la text sorry dengan hubs.
So sambil dia kerja, saya text jer dengan dia.
over the sms
Me : Ayang say sorry coz marah b.
Him : B yang salahlah.
Me : xoxoxo
Him : Love u syg. 
Me : Nak tengok teduhan kasih sama-sama tak nanti?
Him : Nak! Dah ada ke kat youtube?
Me : Tonton saja.
Him : Ok.
Me :  Wait for you. Nanti belikan burger daging special cheese yer.
Him : Ok. Air sedap?
Me : Neslo or horlick ayang buat kat rumah saja.
Him : Ok.

When he come back from work, we having a great time together watching the drama.
Last but not least

Him : Kerana drama sayang merajuk dengan b.  Drama lagi penting dari b ke?
Me : Nope. Geram jer, its final episode, i want to watch it so much you know.
Him : Sekarang tak geram dah?
Me : Not anymore. I love you and i'm sorry again.


Conclusion die, dengan suami jer pun kite ada skrg, berteduh kasih, susah ker senang, sakit ker sihat. Tak mo la gaduh2. Nanti tak ada kawan. Anything, cepat-cepat cool down dan pujuk suami.

Comments

  1. semalam tgk episod last kat putrajaya..rumah kakak ipar..
    hihik..
    gigih tunggu cite ni habis..

    ReplyDelete
  2. hihih comel jee..
    kite pon terlepas 15min..
    tp skrg semua boleh watch online..xterkilan sgt la..
    jmaat ni finale SSID plakk..

    ReplyDelete
  3. @cik hani - hehehe...bg saya drama lg best dr novelnyer. haruslah nk tengok ending die jugak!

    @SFaezah - ngee...tahu xngaper.tQ tonton.com.my. SSID saya jarang follow, sebab selalu lupa nk tengok.nanti nak catch up la drama2 ni.well sekarang segalanya dihujung jari sahaja kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...