Skip to main content

Menabung? How I do it?

Assalamualaikum.
Hai! 
Gedik nak cerita pasal tabung menabung pulaks.
Lagi-lagi dah jadi wife ni, suami serahkan urusan kewangan kami kepada saya.
Haish!
Pening jugak.
Here, i'm sharing the way i do save while i'm single - before married.


1. Setiap kali gaji, saya keluarkan hampir semua RM dari bank. SEBAB saya akan sibuk nak shopping online bila ada RM dalam atm. (RM untuk ASB, insurans jer biasa tinggalkan dalam bank tu.)

2. Gaji yang dah di keluarkan tu, asingkan mengikut keperluan. Sistem sampul. Asingkan untuk makanan, shopping dan keperluan yang dirasa wajar. Wajib : sampul kecemasan. In case apa-apa, macam saya jauh dari family, sampul kecemasan sangat membantu bila tiba-tiba nak balik kg, every month forward jer duit dalam sampul kecemasan ni.(So, lama-lama ia wujud sebagai simpanan. Bila rasa banyak, pergi labur ASB. Dont shopping! - that how i remind myself, tapi terdesak kadang guna jugak. he.)

3. Letak semua duit dalam satu sampul dan keluarkan secara minima. RM 50 jer untuk seminggu. Others simpan tempat lain.( Ini boleh amal untuk orang macam saya tak ada beban kereta yer sebab tak bayar duit minyak.)

4. Bila kuar RM50 tu, jangan belanja suka hati. Pecahkan kepada duit kecil, sorok  RM10-RM20 dicelah-celah kad yang banyak tu. (Again, kalau lama-lama lupa pasal duit sorok ni, ia menjadi simpanan kita- tapi jarang norr lupa)

5. Syiling, saya tidak mengguna syiling untuk berbelanja. Dapat duit baki pun simpan jer. Masuk tabung. (alhamdulillah, dalam 6bulan camtu dapat RM150++ la - tahu sebab nak pindah rumah hari tu pergi tukar kat bank, tak larat nak angkat, berat!)

Pengalaman saya beberapa tahun mengamalkan ini. Jujurnya, petua nombor 3 tu tak saya amalkan selalu pun. Bila ingat buat. Bila keluar berjalan dan baru keluarkan duit dari bank, memang lebur la saya nak simpan-simpan kan? Middle to end of the month, really rasa macam tak ada duit sangat...
Tapi, kadang belek sana sini, alhamdulillah. Ada lagi dan  dapat survive hingga hujung bulan.


Tu jer cara saya menabung semasa bujang... Since kahwin what I do to save, will share in the next entry...
Hopefully will help dear friends.Sharing is caring.


Comments

  1. whoaaa...50 bleh tahan seminggu?? hebat nih..

    Sya nk kene blaja jimat. tp slow2 la kot.. huhu

    ReplyDelete
  2. @Sya - boleh sebab saya makan berat 1x sehari dan keep cooking.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...