Skip to main content

Review : Bunga Telor untuk Adat Mengenal

Assalamualaikum...
Hari itu kan beria-ria saya cerita pasal DIY bunga telor.
Alhamdullillah. Berjaya juga buat.
Hehehe. Campur-campur yang roses dengan bunga tisu biasa tu. Nge.
Mostly yang menjadik adalah bunga tisu biasa tu jer.
Sambil-sambil dok teman abah kat wad, saya lipat-lipat jer bunga tu.
Abah keluar wad barulah start proses dok mengembangkan bunga dan pasang lidi, reben dan kain net.

Adat mengenal ni Emak yang mintak nak buat. He. First, saya pun blurr tentang apa. Maklumlah kakak 3-4, kami buat kenduri kesyukuran je Adat ni tak di apply la. Kali ni last kenduri, kononnya, abah terima je apa-apa cadangan MIL tu.

Adat mengenal ini disertai oleh rombongan pihak lelaki. Konon macam MIL dan FIL kenalkan menantu kepada rombongan mereka.Adat tu dimulakan oleh ibu pengantin, then MIL etc. Tapi since saya tak ada mama,  MIL la yang start. Hu.MIL datang, letak duit dalam bekas/mangkuk yang disediakan didepan pengantin dan salam dengan pengantin. Semua ahli rombongan kena buat ni. Pastu duit yang diberi tu paling sikit RM10. Ada jugak bagi RM50 - RM100.

Saya hari tu blur betul. Ingat duit mengenal tu akan campur sekali dengan salam kaut tu, buat bayar apa-apa yang tak setel. Nah, kakak bagitahu, itu duit pengantin punya, tak boleh campur. Bila balik rumah kampung suami, emak ceritalah itu duit untuk saya, pengantin perempuan punya, kata emak lagi beli emas, bagus buat kenang-kenangan. Simpanan untuk masa depan.
Hehehe. Memang itulah perancangannya, cuma tak sempat nak pergi kedai tengok lagi apa yang nak dibeli.

Beginilah rupa bunga telor sebelum pasang telor. Comey plak hai dia dok sejambak penuh gitu.
Rasa teringin nak buat then hias untuk pelamin masa bertandang nanti jer, tapi warna mengikut tema la. Mesti syok!

Comel bunga tisu ni, kat hantaran saya kepada suami pun guna bunga tisu ni ditambah dengan reben. 
Sepupu tengok hantaran, siap cakap giler simple dan comel hiasan hantaran tu.

Kakak pun tempah bunga tisu ini dengan variety color untuk buat hias dekat library sekolah dia.
Pastu order corsage 100 pcs untuk jual kat murid-murid, dan kumpul dana library.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....