Skip to main content

M2B : Check-up 26 weeks 2 days baby...

Assalamualaikum...

29 Januari 2014, again check-up dekat KD.
Berat kite naik 1.5kg. Mihmihmih.
HB tak test pun. Nurse kata next check-up la baru check.
Nurse check perut dan kata dah dapat rasa kepala baby, ukur-ukur semua okey.
Since result kite punya minum air gula hari tu okey, so tak perlu dah pergi minum air gula lagi masa 28 minggu.
Yeay! Lega sangat...

Tapi sudah kena commit check-up 2minggu sekali dah lepas ni.
Lagi 2minggu kena pergi lagi KD sebab nurse nak ajar kira pergerakan baby dah.
Nanti masuk 32 minggu pulak baru pergi KK untuk scan baby, jumpa doktor.

Masih tak jumpa-jumpa dengan doktor gigi lagi. Nurse dah bebel.
Hua...
Kite ingat 28minggu kena pergi KK, ingat nak buat sekaligus jer. Alih tak payah pulaks.
Ish! Malas betul nak pergi klinik banyak kali wey walaupun tak amek masa lama pun.

Kejap jer rasa masa berlalu. Dah nak masuk 7bulan dah pregnancy ni...
Tak sabar menunggu menatap wajah buah hati kami ni sambil nervous dengan proses kelahiran.
Sekarang sibuk dok bertanya, mencari petua mudah bersalin dah...
Nervous kot...
Harap-harap semuanya dipermudahkan-Nya...

Alhamdulillah...walaupun mama tiada disisi lagi untuk membantu kite, untuk kite mengadu saat mengandung dan selepas kelahiran nanti, kite bersyukur dikurniakan suami yang penyayang, mertua yang mengambil berat, ibu-ibu saudara yang sentiasa bertanya khabar.
Walhal kite dah dekat 2 bulan lebih berhenti daripada morning sickness. Masa pergi ziarah-ziarah rumah diorang masih dok berpesan-pesan suruh sabar dengan morning sickness tu everything.
Pastu biasalah komen pasal perut kite hat kecik ni...
Mihmihmih...






Comments

  1. Alhamdulillah. semoga kita baik2 saja la yea:)
    suka pic last tuu. hehe. keep calm! :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah knmasih ada yg prihatin..take care ye..t kirabtul2 pergerakan bby ek..

    ReplyDelete
  3. @Nina - insya-Allah. amin...kite doa untuk nina n m2b sekalian juga tau. semoga semuanya dipermudahkan oleh-NYA, baik waktu mengandung, melahirkan dan saat berjaga malam nanti.hehehe...

    @cik mah - nebes jugak tu nak kena buat homework pasal kira gerakan baby...risau tak alert or salah kira pun ada...sbb baby kdg aktif benor, kdg diam jer

    ReplyDelete
  4. itulah kan..klau rasa2 bby xgerak..kn kejutkan..at least bia bby gerak walaupun sikit..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum awak. semoga dipermudahkan ya. dekat2 juga tarikh due kita. hehe. berkat kesabaran, nanti lahirnya zuriat yang dinantikan. cannot wait kot. hiewhiew (",)

    ReplyDelete
  6. @sheila - waalaikumusalam...insya-Allah...semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya untuk awak juga...excited sangat menanti kehadiran si kecil.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...