Skip to main content

M2B : Check-up 37 Week 2 Day

Assalamualaikum...

Semalam pergi check-up. Seperti biasa semua pun okey.
Berat badan naik 1/2 kg je lagi. Maintain macam minggu lepas.
Pastu MC kan diri. 

Balik ke rumah mak mertua sebab surat daripada Jabatan Imegresen untuk husband lapor diri itu sudah sampai...
Huaaaa... Sedih amat suami dapat nun di Johor sanaa...
Sangatlah perlu bertabah... 
Kelantan vs Johor...

So, since bakal berpisah jauh...
Kite dengan rela hati buat keputusan untuk mula bercuti, hari ni hari terakhir di pejabat. Mahu temankan suami sepanjang masa.
Honeymoon berdua, relaks, santai, berjalan-jalan banyak-banyak dengan harapan cepat bersalin sebelum suami pergi lapor diri dengan itu saya takkan berkeseorangan dalam labour room nanti. Boleh?

Hari selasa tu tahu masa tahu husband bagitahu surat dah sampai rumah mak dan dapat kat Johor.
Nangis-nangis mengadu kat bff. 
Motivate diri sebelum husband sampai rumah...
Husband sampai cool-cool, happy-happy untuk dia jela...

Semalam dok tunggu magrib, tengok husband pejam mata kejap terus banjir kite kat sebelah dia.
Ntah kenapa ntah sayu bebenar rasa...
Adoi tak berpisah lagi dah banjir, saat-saat husband nak pergi nanti cemanalah tak tahu...
Mahu tak tidur malam...

Tengah sabar, motivate diri sendiri untuk berdikari tanpa suami untuk terlalu bermanja-manjaan.
Lepas ni masak sesorang jelah, tak ada pembantu lagi. Tak ada orang sama-sama cuci pinggan lepas makan. Tak ada kawan temani waktu sidai kain dekat ampaian...
Tak adalah orang yang kite boleh manja-manja minta tilam merah untuk kite duduk masa lipat kain dan menonton tv.
Tak ada yang akan urut kala penat...
Tak ada jugak breakfast in the car hari-hari.
Huaaaa...
Banyaknya list yang bakal hilang...
Ada lagi... tapi tak mampu dah nak senaraikan sebelum air mata banjir...
Sobssssss...

Comments

  1. Assalamualaikum awak. kuatkan semangat ye dear. sedih pula sheila baca. sheila baru semalaman tak dapat ikut suami balik kampung, dah boring dan sunyi tanpa dia. takleh bayangkan keadaan awak. be strong. semua ni ada hikmahnya. singgah menabung colgate sini~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sehari husband tak de pun memang kite kebosanan yang amat, rindu macam berbulan tak jumpa, sms tak berenti...ni betul-betul jauh tak tahu la macam mana nanti...tabah jelaaa...

      Delete
    2. sabar banyak ye awak.. singgah menabung inti sini~~~

      Delete
  2. lya lak balik pantang kt kelate. so memang tak de husband jgk kat sisi.
    dah trpikir mcmana nnti, mesti rindu xdpt dibendung nk tggu hbs pantang

    ReplyDelete
    Replies
    1. gini la rasa agaknya bila kawen dan tak biasa terpisah dengan husband...haish...sabarlah duhai hati...

      Delete
  3. Sue dah rs hari tu berpisah dgn husband sekejap..mmg sedih sgt! Tp nasib bek xlama..baby pun xdpt nak berjauhan lama dgn ayah die..hihi....nnti bersalin kat johor ke?

    ReplyDelete
  4. alaaa...sedih pulak kite baca..kuatkan semangat ye ...

    ReplyDelete
  5. alaaa.. sedihnya.. anis boleh rasa perasaan tu.. husband anis yang kena pergi training ofshore 2minggu sekali pn, anis dah banjir awal2.. padahal belum pergi pun lagi.. sob.sob.. mcm mana la nanti semua menda buat sorang2 je kan? huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

2nd Giveaway Cik Puan Jelita

Assalamualaikum... Pagi yang indah dibulan Mac. Marilah melancarkan 2nd Giveaway Cik Puan Jelita. Harap sudi join! SYARAT-SYARAT 1.  FOLLOW  Blog  Cik Puan Jelita  aka  cikjelita.blogspot.com dan instagram Aimi_Muhamad899    (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!)  **wajib follow blog, instagram tak wajib untuk yang takde. 2. Copy  PICTURE  di atas ni dan link kan ke  (Link kan ke entri  " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  ) 3. Sila letak  TITLE  entri dengan " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita " ye. 4. Sila  TAG  kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye! (minimum 3 orang!) 5. Sila  TINGGALKAN LINK  penyertaan  di ruangan komen entri   " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  (Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira) Giveaway ni bermula pada hari ini!  (01 -20 Mac 2015) Hadiah-h...