Skip to main content

cerita baju raya

Assalamualaikum...

Earlier, tahun ni since gaji januari order kain sedondon kononnya untuk raya. Dah bayar semua, seller ntah ape-ape tiba-tiba kata tak ada stok plak, then tunggu dia order dengan supplier. Dari sebulan ke sebulan tak sampai jugak tak sampai. Mintak duit semula dia kata dia dah bayar dengan supplier tak boleh refund, supplier yang salah sebab tak hantar-hantar barang. Seminggu nak terberanak baru dapat kainnya. Grrr sangat... Dah beranak tak de masa oit nak pergi menempah baju dekat tailor lagi dah.

Dah husband dapat kerja baru nun di JB, jadi tak semangat nak raya sebab husband kata tak dapat cuti. So tak plan beraya sakan la, pakai je baju yang adoo, kalau beli pun untuk baju nursing memurah gitu. Beli baju raya untuk anak cukuplah. Sekali husband balik hari tu kata dia balik hari off day. Sehari sebelum raya balik, dan kembali ke JB malam raya pertama tu. 
Kembali semangat nak raya, itu pun bincang nak beraya juga beli baju siap jela. Dok dua minit belek almari, husband kata tak payah beli pun tak pe, dia bukan jenis suka sangat berbaju melayu, pakai buat solat hari raya je lepas tu ber-t-shirt je.
I said ok. Hunting baju untuk Thaqif jelah. Itu pun dah settle sebelum puasa, masa husband balik tu. Alang-alang peegi manjaku, ada plak sale baju baby. Rembatlah sehelai jeans,sehelai kemeja dan sehelai t-shirt. Cukuplah tu, anak cepat besar, kang beli banyak, nanti musim tiap bulan tukar saiz baju menangislah ibu ni kekeringan wang. Hihi.

Then nafsu ibu biasalah survey baju melayu untuk anak, baru nampak segak kot Thaqif pakai baju melayu. Tapi harga baju melayu yang jumpa online tu telan air liur je. So, malas nak belilah.

Tapi nak beraya juga, rasa tak lengkap tak baju baru biar sepasang. nak sedondon, sekadar untuk buat bergambar bersama family kecik kami. So plan dengan husband berry purple, since kite dah tershopping di poplook.com baju kurung fishtail warna itu.

Sabtu lepas, MIL dok ajak follow nak pergi shopping baju raya untuk cucu yang tinggal dengannya di zon ria. Kite pun cuci mata sama, dan ada baju melayu baby. Comel. Murah 3x ganda dari online. Besar sikitlah untuk Thaqif tapi okey. Berkira-kira nak beli ke tidak. Pastu fikir warna apa lawa. Sudahnya tak beli sebab banyak sangat fikir. Ingat nanti balik rumah abah nak tawaf zon ria dekat ketereh plak la kot ada banyak color lagi ke, saiz lagi kecik.

Isnin, MIL dan FIL  keluar pergi lagi ke zon ria, nak tukar alas meja yang mereka beli pada hari sabtu tu sebab alas meja tu kecik untuk meja yang ada. Biasalah exchange barang tak boleh claim duit. Balik tu MIL tersenggih-senggih tegur Thaqif, rupanya dia beli baju melayu yang kami tengok hari tu untuk Thaqif. Murah rezeki Thaqif. Mak tok beli warna biru. Thank you mak tok, mak tok baik sangat...
Pastu malam tu Thaqif tak nak langsung didukung mak toknya. Boleh? T__T

Terus warna tema berubah kepada biru... Ingat nak pakai baju bertandang je, jimat tapi dress itu tak support nursing la plak. Laju-laju survey dress yang support nursing dengan warna tema tahun ni.Hehe dapatlah ibu dan anak berbaju baru, papa kata tak nak baju melayu dah so consider recycle baju kenduri bertandang tu jelah...






Comments

  1. Assalamualaikum awak. saya pun baru semalam usha baju melayu anak. ahhahaa besar sikit je, tapi Adam Husni pun boleh tahan tembamnya. hihi hujung minggu nak shopping raya. yahooo~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mih3...xpe.besar sikit boleh pakai lagi time raya haji nanti kan sheila.

      Delete
  2. Xpe..besar sikit..t raya hj le pkai lagi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...