Skip to main content

cerita berpantang

Assalamualaikum...

Asyik cerita anak je, ibunya nak jugak enterframe cerita pasal sendiri.
Kite berpantang secara bergilir, di rumah MIL dan rumah abah. Totally lari dari plan masa mengandung. Asalnya nak pantang rumah MIL seminggu dua then balik rumah sendiri je ( masa husband masih kerja di kelantan alasan kesian husband jauh ulang-alik kerja). 

Selepas melahirkan si kecil kite plan nak balik rumah abah dulu few days selesakan diri. Tapi masa nak discaj abah suruh terus balik ke rumah MIL sebab tak ada orang tua nak jaga baby. Risau juga dan tak nak susahkan kakak kena ambil cutilah kalau nak jaga kite.
Kite menurut ajelah, as long my husband besides me. Chewahh..so dari hospital kite terus follow MIL balik. Husband balik rumah abah kemas barang-barang kite bawa ke rumah MIL.

Baru-baru bersalin dengan luka epi kat bawah tu, terseksalah sikit nak bergerak bangun ke toilet ke apa sebab dirumah MIL tidur kat tilam bawah je. MIL kite versi moden sikit kot,  pantang makan tu tak over sangat, malam pertama lepas bersalin MIL dah kasi kite makan ayam goreng, dalam minggu pertama tu MIL beli nasi berlauk dah kat kite. 
T__T
Kite plak yang takut sangat nak makan sebab ingat masa mama jaga kakak semua, hari-hari ikan bakar, nasi kosong je. Dah MIL beli, kite makan sikit-sikitlah ambil hati MIL.
Part anak pun seingat kite masa mama dulu kalau dapat cucu lelaki macam-macamlah tuam bird, perut, minyak di seluruh badan takut masuk angin. MIL tak ada pun buat semua tu. Tapi kalau cucunya nangis sikit, laju MIL yang tengokkan. Malam kadang bergilir-gilir tidur dengan MIL jaga baby.
Good for me bila MIL pandai urut dan bertungku so kite diurut dan tungku oleh MIL jelah. Waktu makan dihidang tepi tilam, waktu mandi disiapkan air. Kite suka mandi air rebusan daun yang MIL siapkan, wangi dan segar je lepas mandi. Seronok pulak berpantang, macam princess. Hiks.
Begitulah berlalunya 10 hari berpantang dirumah MIL. 
Terkekok-kekok dan memberontak sikit dengan cara MIL sebab dah terbiasa dengan cara lama, cara mama mengurus kakak-kakak dahulu berpantang. 

 Hari ke-11 hingga 20 kite balik berpantang dirumah abah. Mujur abah nak nikah, memang alasan sangat nak balik rumah sendiri. 
Balik rumah sendiri, anak alami kembung. Syukur anak jenis tak menangis kuat2 bila sakit ni. Tak nangis pun susah jugak sebab tak dapat detect dia tengah sakit. Itu pun tahu bila nak tukar pampers nampak perut semacam je.
Dirumah sendiri la kite baru tuam perut baby, sapu minyak selepas mandi di kaki, betis, perut dan belakang dia. Baby kena sarat, laju mencari ubat semua. Hoho. 
Balik rumah abah ni, abahlah siapkan makanan kite. Hiks. Do imagine abah masak nasi, bakar ikan/ayam atau masak sup kat kite hari-hari. Abah jugak siapkan air mandian kite dan sidai kain semua. Sweet sangat. Anak kite mandikan sendiri, abah nak dukung baby pun tak berani sangat sebab anak kite kan kecik masa lahir.
Balik rumah abah ni kite masih teruskan berurut, tapi hujung minggu jelah, kakak cuti boleh temankan sambil jaga baby.

21-30. Another 10 days at MIL house. Kite dah mula nak biasakan diri, cergas sikit tapi masih request nak bertungku lagi dengan MIL. 
Masa disini kite almost nak kena bengkak susu.31 mei, bangun pagi  6.30am rasa pening, breast dah keras dan sakit, banyak ketulan susu walhal anak kerap bangun menyusu. Last susukan anak jam 4.00am.  Dalam masa 2 jam je cepatnya susu memenuh. Dahlah breastpump kite tak bawa. 
Terus kejut baby bagi dia menyusu setiap jam, atau setiap kali breast rasa sakit sangat tu. Masa susukan baby pun breast rasa sakit tapi lepas baby dahmenyusu sikit, legalah sikit rasa sakit tu. Kepala satu hari rasa berdenyut je, pening, kaki dok cramp. Tuhan je tahu rasa masa ni.  Sedih kot, suami jauh nak bermanja tapi kite cuba positif dan kuat untuk anak. Alhamdulillah next day bangun, dah okey dan berharap jangalah kena lagi camtu.

31-46, kembali berpantang dirumah sendiri. Masa ni cuti sekolah abah dok kalut dengan kenduri kendara, maka kite masak sendiri je dan dok ulang makan biskut dan milo je, maklumlah anak kuat menyusu sangat. Ibu pun rasa lapar selalulah. Seminggu, 1 tin biskut wheatmeal tu kite habiskan. Over sangat, tapi husband balik masih kata badan kite makin mengecil, walhal timbang msa check-up anak sebulan tu berat kite 51kg lagi berat dari belum mengandung. Adakah dia bandingkan badan kite masa mengandung ni.

Comments

  1. Assalamualaikum awak. mencabarnya awak pantang sana sini. sy pun pantang sendiri start minggu ketiga. heee. nanti kita update entri ye. hehee kelmarin kena bengkak sampai ketul2. sakit gila pam sambil urut ketulan tu. nasib baik pagi nak g kerja dah hilang :)

    ReplyDelete
  2. same la dengan kita..
    mak mentua moden..

    dalam pantang bole makan kari ayam..
    dalam pantang boleh minum soya sejuk..

    tak makan kang..kecik ati..
    kalau makan.kita pulak yang menanggungnye..


    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d