Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

celaru.end.

Assalamualaikum... Hari tu celaru kemain... Phewww.... So buang karan nangis, siap shopping baju anak nak lepas tension... Balik itu, abah ajak pergi rumah kak Iza, so mengadu la dekat kak Iza... Tanya kalau-kalau ada pengasuh lain ken... Jumaat tu kak Iza info nanti tanya mak kawan dia yang duduk dekat area rumah kite jugak. So, hati ibu tenang la. Sabtu, mak tok dan tok ayah datang melawat Thaqif. Atok selamba jelah menjawab  okey bila tok ayah gurau cakap nak bawa Thaqif balik Kemahang. Siap suruh simpan susu bagai...  T__T... Nasib baik mak tok dan tok ayah tak fikir serius. Hahaha... Mungkin berfikir sebab kite diam sahaja... Pastu Ahad, kak Iza cakap la mak kawan dia tak nak jaga tapi boleh la tanya orang situ juga yang memang mengasuh budak. So,kite pun cakap la dekat abah suruh tolong tanyakan orang tu since abah lebih kenal orang kampung ken. Unexpected answer,  tak apalah sebulan je lagi cuti sekolah. Dengarnya mak budak yang...

Celaru

Assalamualaikum... Hari ni Kelantan cuti sebab pilihan raya kecil Pengkalan Kubur. Kite terpaksa OT, key-in data yang sudah backlock berbulan-bulan.  T__T Malas sangat nak datang lebih rela memeluk kecilku itu. Hukhuk... This morning, abah mengadu sakit kepala. As normal la mula la abah pesan itu ini. Bout Thaqif, abah siap plan supaya Thaqif dihantar balik Kemahang sebab abah tak mahu Thaqif dihantar ke nurseri sebab nanti kesian Thaqif la apa. Allah... Berderau darah kite... Rasa nak menangis terus... Kite tak rela nak berpisah dengan anak. Sehari-hari kerja pun kite rasa sebak nak tinggal dia. Ni nak suruh ke Kemahang, seminggu sekali je jumpa... Tak sanggup! Kite sanggup lagi hantar nurseri, sekurang-kurang malam, kite ada dengan anak. Ya Allah cukuplah dengan ujian aku berjauhan dengan suamiku, janganlah Kau pisahkan aku dengan anakku pula. Sihatkan abah Allah. Tolong aku, berikanku penyelesaian terbaik untuk kami Allah. Sekurang-kurangnya temukan kami d...

Rutin harian baru...

Assalamualaikum... Sejak jadi ibu. Rutin harian pun dah berubah.  Alhamdulillah till today, Thaqif bukan jenis yang berjaga malam lagi. Cuma tadah telinga suaranya to the max ketika nak tidur jelah sesekali time mood dia tak okey. Muahaha... Tapi kite cool jer, dah biasa kens. Cool lagi sebab Thaqif is very sporting baby boy. Kalau bawa berjalan ketika dia tengah mengantuk tahap dewa pun, dia layanz je ibu dia ni, behave, masuk kereta kalau dok atas carseat diam je, paling-paling pun membebel pastu tertidur, kalau tak letak on carseat, kite selalu pilih untuk duduk belakang je sebab boleh letak dia kat bawah sebab sangat aktif kalau didukung dalam kereta. Ibu tak mampu mengawal, so kuak lentang jela kat seat tu. Sampai econjaya (kalau kite pergi shopping la), senyap jer dok dalam carrier, kadang-kadang ekkekk juga tapi ibu tepuk bontot 2-3x selamat tidur dah. Mula kerja balik, back to routine wake up as early 5.30am. Mandi bersiap-siap semuanya. Iron tudung. Alhamdulillah ...

Ibu yang risau

Assalamualaikum... Semalam EL lagi, pergi klinik lagi sebab semua orang merungsingkan buah fikiran ibu muda ini dengan memberi pendapat tentang kesihatan anak. Hoho... minggu lepas kan dah cuti sebab anak demam. Walaupun anak bukanlah jenis meragam, tapi ibu yang risau cuti sampai 2 hari. Rabu tu MIL telefon tanyakan cucu dia. Olololo... sweet sangat mak tok caring Thaqif siap nak mai melawat. Pheww... Sebagai menantu solehah terus terjawab, takpelah mak esok amy balik sana. Dan-dan jawab begitu walhal cakap dengan husband tak nak balik. Ntah la hati i'olls cepat cair dengan orang tua. So, Khamis yang indah balik la ke Kemahang 3. Thaqif masih batuk tapi versi biasa sahaja. Malam tu tidur asyik terjaga-jaga, dan selsema aka hidung pun tersumbat. Sejuk kot sebab tulah selsema pulak dak kecik ni. Kemahang memang sejuk pun, tidur tak payah pakai kipas pun gigil-gigil, memang kerja berebut selimut je dengan husband dulu kala, mandi pagi tu pukul 10-11 la sebab sejuk sangat...

Hunting hadiah untuk perkahwinan sahabat

Assalamualaikum... How time flies. Lepas sorang, sorang kawan-kawan mula edar kad kahwin. Rasa macam baru semalam je mula berkenalan semua... Diantara geng bestfriends berlima di politeknik, kite paling awal nikah. Tahun ni, salah seorang bestfriends kite akan kahwin. How melo i am. Rasa macam mak beliau pulak, pesan macam-macam, risau hati beliau akan dilukai la etc. Over sangat ken! Agaknya masa kite nikah dulu mereka pun rasa macam tu kan? Hoho.  Tapi masa tu bila bestfriends pesan macam-macam, kite cakap dalam hati,  I'm going to married the one who loves me, no worries... I won't hurt.  Now baru merasa perasaan nak serahkan sahabat kepada suaminya. Itu baru sahabat wey, esok anak kite besar, bawak balik calon menantu, tak tau apa la kite rasa pulok... Happy atau terasa anak mengetepikan kasih sayang ibu ini? Pastu sedih tak dapat join di majlis cik jaja sayang tu sebab susah dengan si kecik dan suami yang nun di port dickson berkursus. Kalau ...

1ST TIME THAQIF DEMAM

Assalamualaikum... Thaqif dah 4m++, ni baru merasa demam. Sabtu.13-09-2014, tengah hari tu, kite pergi rumah mak cik, buat makan-makan sempena sepupu kite yang belajar kat Jordan balik. First time kite drive sendiri berdua dengan anak je. Bangga sat drive kali ni tak de semput-semput kereta, cool je, zikir sepanjang jalan nak bagi hati tenang, anak nangis nak tidur sebelah pun wat tak tahu je (eh! kamu demam sebab nervous ibu driving ke sayang?)  Balik petang tu tak demam pun lagi. Sampai rumah pun tidur dengan nyaman lagi dalam carseat. **as upload thru ig Malam itu, Thaqif sedar sebab poopoo dalam pukul 10pm +, jamah kepala, eh panas semacam je. Tanya mak muda, mak muda kata biasa. Tak confident je lagi, tanya abah pulak. Abah kata panas dari biasa tapi tak over heat. Ubat dah la tak de. Laju-laju pergi dapur bakar garlic untuk campur dalam pevoo,  buat garlic oil. Ibu tak berani nak buat garlic socks takut Thaqif tak sesuai plak.  Garlic oil safe c...

Gifts lagi... Bags...

Assalamualaikum... Belum habis lagi season Thaqif dapat hadiah la... Kali ni beg pulak.  Beg untuk diapers gitu dari atuk saudara Thaqif brand pureen. Comel je design simple. Since Thaqif dah ada beg zirafah untuk isi baju dia hantar rumah Opah. Kadang-kadang kite guna beg tu untuk isi bekal makanan,breastpump dan coolerbag bawa ke pejabat. Senang, semua masuk satu beg je sebab kite tak suka bawak barang/ beg kiri kanan la. Kira bergunalah.  Thanks atok pauzi. Next, beg ladybug dari drypers. Ibu sign-up jadi ahli kelab drypers serta mintak sampel pampers.50K ahli kelab yang terawal dapat beg ladybug. Alhamdulillah kite tergolong dalam 50K ahli itu, so rewardnya untuk Thaqif beg ladybug itu. Comel sangat begnya, atuk pun excited siap suruh guna beg ladybug tu dah sekarang untuk isi pakaian dan pampers Thaqif bawa ke rumah Opah hari-hari. Ibu layan jer. Beg zirafah simpan dululah, nanti Thaqif besar sikit nak pergi sekolah boleh pakai la. Thank you dry...

Perkembangan Muhamad Thaqif Aiman day 91-120 (4bulan)

Assalamualaikum... 6.8.2014, check up Thaqif 3bulan beratnya dah 6.2kg. Bertambah 1/2kg je kali ni, mungkin nak ringankan badan untuk belajar meniarap kot. Syukur alhamdulillah since 3x kena cucuk, Thaqif tak sekali pun demam. Meragam sikitlah pada tengah hari pada hari cucuk tu. Mungkin dia baru terasa lenguh akibat kena cucuk kot. Masa dicucuk umur 3bulan ni,langsung tak bunyi pun sebab dia tengah minum susu. Nurse sendiri impress dia tak nangis. Masa 1-2bulan dia nangis masa cucuk tu pun sebab ngantuk, bukan kena cucuk. Setiap hari ada je perkembangan baru Thaqif ni. Dah mula membebel-bebel, dok sesorang pun bebel je jugak. Kalau sebelum ni pandai tengok tv sekarang tv memang minat dia, pagi bangun angkat ke luar bilik, dok ruang tonton tv, dia akan auto pandang tv walaupun tv itu blank, pastu tengok ibu dan tengok tv balik. (Nak suruh bukak tv letew) Tangan masih suka masuk mulut. Dan mula mengira jari. Angkat tangan tinggi, pastu kepal dan buka jari. (kalau dia...

Timbang Thaqif 4bulan dan Pap Smear Ibu

Assalamualaikum... 2.9.2014,semalam, pergi timbang Thaqif (sepatutnya hari ni, tapi nurse KD telefon pada 1.9.2014 tu suruh pergi semalam sebab nak buat pap smear kite sekali). Nak pergi klinik, pukul7 lagi dah siap-siap mandikan Thaqif semua. Lepas mandi tu, baru ibu terkedek-kedek isi susu semua. 4bulan, sekarang Thaqif dah 6.6kg. Tak naik banyak pun timbang, tapi naik jugak. Asal anak sihat cergas, ibu okey jer...  Panjang :63cm, ukur lilit kepala :40cm. Dah selesai part anak. Masa untuk check ibu pula. Timbang ibu 45.5kg. (selamat kena bebel kat nurse) Nurse ready suruh masuk bilik rawatan. Nurse nervous Thaqif nangis kalau kena tinggal, cakap bagi anak dekat abah la.  Me :Owh, abah pergi breakfast. Nurse: Bagi susu dulu la siap-siap. Me : Okey. Dah bagi susu botol, Thaqif yang nak mengantuk tu macam cool je lagi, tahan je mata dari tidur, kite confident je tinggal dia kejap. Masuk bilik rawatan, tukar kain dan baring untuk pap smear tu....