Skip to main content

Rutin harian baru...

Assalamualaikum...

Sejak jadi ibu. Rutin harian pun dah berubah. 
Alhamdulillah till today, Thaqif bukan jenis yang berjaga malam lagi. Cuma tadah telinga suaranya to the max ketika nak tidur jelah sesekali time mood dia tak okey. Muahaha... Tapi kite cool jer, dah biasa kens. Cool lagi sebab Thaqif is very sporting baby boy. Kalau bawa berjalan ketika dia tengah mengantuk tahap dewa pun, dia layanz je ibu dia ni, behave, masuk kereta kalau dok atas carseat diam je, paling-paling pun membebel pastu tertidur, kalau tak letak on carseat, kite selalu pilih untuk duduk belakang je sebab boleh letak dia kat bawah sebab sangat aktif kalau didukung dalam kereta. Ibu tak mampu mengawal, so kuak lentang jela kat seat tu. Sampai econjaya (kalau kite pergi shopping la), senyap jer dok dalam carrier, kadang-kadang ekkekk juga tapi ibu tepuk bontot 2-3x selamat tidur dah.

Mula kerja balik, back to routine wake up as early 5.30am. Mandi bersiap-siap semuanya. Iron tudung. Alhamdulillah Thaqif lena dibuai mimpi jer. Macam paham jer ibu nak siap pergi kerja. Good Thaqif.

  6.00am camtu masak air, keluarkan susu, isi botol cukup untuk ditinggalkan pada opah dan atok Thaqif. 5botol x 2/3 auns. Kalau breast penuh, kite pam dulu. Jarang jugak penuhnya sebab Thaqif dah kosongkan dalam jam 5.00am tu. Kadang 6.00am+ pun dia ada juga merengek nak susu tapi mata still tutup so susukan dia jela. Day not do pump, i had  early breakfast with a mug of milo and a few slice of bread.

6.30am, siap-siap mekap, pakai tudung, final check beg baju Thaqif, beg susu etc. Then kejut Thaqif bangun, senang je.
assalamualaikum anak ibu, jom bangun, ibu is going to work.
Thaqif mula la gerak-gerak secara malas, pusing kepala kiri kanan. Agaknya kalau pandai tarik selimut dah dia buat kot. Dia malas-malas lagi tu,
Tak nak bangun ke? Ibu tinggal ea?
Sat g dia mengeliatlah, bukak mata slow-slow dan senggih-senggih.

Tepek video Thaqif bangun with happy mood... Ini dihari dia bangun awal, kite siap mandi tengok dia dah bangun, membebel...hihi...


7.00am, bergerak ke tempat kerja. Owh. For now, abah jadi driver kite lagi. Masih belum expert driving walaupun lesen dah 4tahun. Kereta manual pulak, asal traffic light asyik mati enjin jer. Derr sangat.
***Pray me cepat boleh drive eh.

At the office 3-4x pump. Usual, lepas breakfast, around 8.30am+, 11.30am+, 2.00pm+, kadang-kadang 4.30pm pun pam lagi.  Alhamdulillah production susu masih okey, pam dapatlah 15-20auns sehari, kekadang lebih lagi, itu bergantung kerajinan mengepam. Hahaha... Ibu malas sikit pam, tak tetap waktu pam, asal rasa tak selesa baru nak pam. Sayang nak tinggal meja kerja. Hoho...

Sampai rumah around 6.00pm, simpan susu dalam peti, keluarkan baju kotor anak dari beg dia serta masukkan baju+pampers baru, kalau hari membasuh baju- pasang mesin, angkat baju dijemuran,  baru boleh duduk layan anak. Hoho. Maka hari angin Thaqif tak baik, ibu lengah-lengah dari amek dia memang dapat lagu dengan volume to the max la. Bila dah to the max, nak pujuk tu makan masa la. Habis main dengan Thaqif, dan tidurkan dia barulah mandi relax sekejap sebelum kembali lipat baju, basuh botol susu yang berderet dari rumah opah sambil tunggu mesin siap. Bila mesin siap, masak air kemudian sidai kain terus. Barulah boleh duduk dengan santai sambil menikmati milo bersama roti/biskut sebelum sedia masuk tidur.

 Dah masuk sebulan ni, okey la dah tahu dah plan masa. Kalau esok nak basuh kain/baju, malam ni sebelum tidur siap-siap dah kutip baju semua masuk mesin, esok balik masuk 1-2helai lagi je, terus on je.  Baju kerja iron on weekend 5pasang terus.

Punyalah pack jadual hari-hari, tetiba, baik juga husband jauh, tak payah susah payah balik nak memasak lagi dah. Kahkah. Walhal kalau husband ada mungkin sama-sama boleh bahagi tugas. Dah lama cuti berpantang bersambung suami tak ada, kite makan ala kadar jer, memasak pun naik malas sebab makan sesorang tak seronok. Abah pun makan dirumah mak muda. Weekend, abah selalu bawa balik mangkuk tingkat dari rumah mak muda berisi nasi dan lauk untuk kite. Lagi lemak tak memasak.







Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-...

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. ...