Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Buzy tapi blog tetap dihati...

Assalamualaikum... Pergh! Tajuk entri tak mo kalah... Buzy pasal gotong-royong dipejabat. Habuk all the way. Thank you sahabat mengomen, dan para peserta yang support ga kite, tak dan nak bw blog kalian lagi.insya-Allah, tenang-tenang nanti kite bw okey. Will update the full story #muhamadthaqifaiman 1st solid food n in the walker itu later. Petang ini menantu mithali mo balik rumah mertua, tak sabar nak gosip pasal anak kite dengan MIL tersayang...hihi... Pastu homestay dah booking, mood bercuti pun very on the moon. Cant wait for my husband be home. Kangen sangat! Nak cuti kat mana? Cer teka... (Bagi klu dulu, later baru story details) Cant wait nak tengok Thaqif wear this... Till then... bYe!

ww : #muhamadthaqifaiman 1st solid food vs in the walker

Assalamualaikum... Cerita semalam. Layan gambooo sajalah... #muhamadthaqifaiman

My Milkbooster

Assalamualaikum... Alhamdulillah anak dah 5bulan lebih masih menyusu badan sepenuhnya. Syukur sangat susu masih meriah.  Kite bukanlah ibu yang rajin sangat pam malam siang. Siang-siang hari bekerja je menjadi pengepam yang berjaya... Weekend, pam pun cuti jugak. Weekend full time DF sahaja bagi kukuh bonding dengan Thaqif gitu. Satu sesi pam (15-20minit)  dipejabat kadang 8-10oz gitu. Officemate pakat dok terlopong je tengok tuaian kite pastu pakat dok komen : -Budak ni tengok je kecik, tapi susu banyak. - Makan tak banyak mana, tapi susu banyak jugak. Kite mampu senyum sahaja. Speechless. Best kena puji, lagi semangat menggunung-gunung nak teruskan BF. Rahsianya... 1. 2 sudu besar Qaseh Gold Adinda setiap pagi sebelum pergi kerja(patut minum 2 sudu pagi dan 2 sudu malam tapi kite pemalas aka pelupa maka layan pagi-pagi je) Alhamdulillah. Susu kite memang meriah kalau kite cukup minum air serta minum Qaseh Gold Adinda. Kalau tertinggal minum Qaseh Gold Adin...

Nak bercuti! Idea pleaseee...

Assalamualaikum... Pheww... Dah almost 1/2 tahun jugak berjauhan dengan husband. Balik pun tak tentu, kadang 1malam jer sungguh tak puas nak beromantika canda riang dibawah pokok kelapa... So this time husband nak balik early of november, siap-siap kite buat request nak 'sweet escape' bertiga je. Konon early birthday celebration la. Hoho... Terus myH approved... Masalahnya bila tanya mahu kemana, jawapannya ikotlah mana-mana pun boleh... Terus lemah jiwa raga kite ini... [takut tak menjadi kalau tak proper plan] Nak sweet escape untuk 2-3hari dengan bajet jimat saja tapi enjoy. Kat mana eh?  Hint : Pantai timur sahaja. 1. Memula kite plan nak ke cameron aje. Dah lama plan tapi tak pegi lagi. Best jugak ken segarkan badan ditempat sejuk sekejap sambil makan strawberi fresh. Sedapnya. Ini nak jimat, kena pagi-pagi gerak ke cameron, petang turun dari cameron bermalam kat rumah kakak di Meranto, Gua Musang jer la. 2. Besut, Terengganu. Ni myH yang bagi cada...

Motherhood : Preparation for Solid Food

Assalamualaikum... Soon Thaqif going to 6months.  Ibu sangat teruja. Hari-hari google pasal solid food etc... Thaqif pun dah semangat sangat tu nak makan. Memang tak boleh makan depan dia, sibuk nak sambar juga siap buat bunyi mulut. Alahai kesian sangat kite tengok, nak makan pun terpaksa sorok-sorok. Abah cerita, hari tu Opahnya bukakan sumi untuk Arash (cucu sedara mak muda) depan Thaqif, Thaqif siap sambar dah nak, opahnya bagi orang lain pastu meraung la si kecik tu sebab ingat buka untuk dia agaknya. Lama nangis kata abah. Hoho... Sabarlah sayang sikit je lagi ibu kasi makan la. Disebabkan semangat nan berkobar-kobar, serta hari tu ada dapat baucer  lazada RM25. Tak guna kang rugi, terus belek lazada.com.my shopping Baby Bullet Food Blender . Loading Baby bullet in the house! In couple week my little one will having his 1st solid food and i will get my diploma in breastfeeding mommy...insya-Allah...time to study about solid food...pray me gradua...

Motherhood : Finally the old teat go to the dustbin

Assalamualaikum... Tajuk entri english terus... Wehoo! Happy, excited, blessed and so relief! Akhirnya... Thaqif dah boleh terima puting botol susu yang lain... Ceritanya, pagi semalam tu kite tawakal jelah letak puting botol susu baru [cap fitty-jenis sama puting favourite Thaqif itu]. Ini sebab dah tak tergamak langsung nak pakai teat yang kembang semangkuk tu,siap dah bergetah-getah rasanya dengan kulat susu yang tak mahu hilang dah walau di steril serta di bersihkan. Dalam kereta, racun jelah abah, bebel cakap seperti sebab diatas tu. Abah pun terus cakap kat Thaqif, hari ni atok tak tukar doh hak tu jah ado. Nok tak se minum hak tu jah. Tok se minum lapar .  Thaqif masa tu memang refuse jugaklah, kemam mulut protes tak mo teat itu, siap sesembur susu bagai masa kite bagi. Sikit nak panic jugak masa tu risau nanti kang Thaqif melalak time on the way balik rumah berdua dengan atoknya sebab tak mo teat tu.  Zikir, doa, tawakal sahajalah ibu mampu buat. ...

calling for giveaway

Assalamualaikum... Salam jumaat semua. [entri auto publish] [klik gambar untuk join ga] Fuh! sekian lama berjanji untuk buat giveaway... ampun! sebelum ni banyak dugaan dan halangan... hari ni nak suvey berminat ke korang kalau kite nak buat giveaway ni? Kalau ada yang berminat, sila tinggalkan komen ye kengkawan tersayang... insya-Allah syarat paling simple sajooo sebab memang nak giveaway as tanda penghargaan korang mengikuti kite kat blog ini... *hugs* Hadiahnyooo... - - - - 1. 2x set beads and iron (really tak tahu nama betulnya tapi dia beads, susun-susun jadi bentuk cupcakes etc then iron-boleh buat keychain etc) Milikinya zaman kreatif dan rajin dulu, sekarang dah meluntur kekreatifan itu. Best jugak buat ni, ralit je, stress pun hilang. Rindu pulaks zaman dulu rajin tu. Sekarang tak boleh dah dok sibuk layan anak. 2. 2x 5pcs kain felt saiz A4 3. 2pcs Decorating Sticker Pastu insya-Allah akan topup bagi baucer zalora dan lazada yang ad...

Motherhood: Thaqif pun refuse botol

Assalamualaikum... Hihi... entri EP Mom 8am-5pm itu, ada kata untung ken Thaqif accept botol...  Kite mampu senyum saja. Mihmihmih... Mari kite bercerita hari ni ye... Bukan semudah itu dia mahu botol ye. Memang kite ajar dia dari dalam pantang botol, dia okey...tersangat okey. Bagi botol sekali seruuut je kosong botol. Agaknya, Thaqif tak tau apa lagi, janji kenyang dia layan je. Bila dah umur 2bulan, he start to refuse slowly. Sel-sel otak dah berhubung, akal dah panjang. Bagi botol, mula-mula dia layan pastu dia sengih-sengih, tolak-tolak puting dengan lidah dia hingga kalau paksa lagi sila tadah la telinga dengan raungan.  T___T. Perasaan masa tu? Laju-laju nak masuk kerja sebab rasa makin lama dia bertepek sebab tu tak nak botol. Hahaha... Abah suruh try 1 hari bagi botol je jangan df tapi ibu is cannot la bila anak nangis, tak sampai hati. Masa tu siap beli beberapa jenis puting dah pikir kot dia tak sesuai dengan puting ke ken. Pastu ka...

WW : Selfie with my little boy

Assalamualaikum... Hari ni stress dan mengantuk terlebih untuk bekerja... Layan tengok gambar dengan anak dululah... Scene in the car Scene this morning

DIAPERS ANAK

Assalamualaikum... Arinie citer diapers anak puloks... korang pakai diapers jenama apa? Thaqif, masa 2bulan ke bawah tu je banyak guna pampers. Hoho...Ala-ala newborn kens, memang banyak poopoo. Memula jadi ibu, disebab banyak orang suggest huggies, confident membeli Huggies Total Protection, memang high maintanance sempat beli 2-3 pack juga- new ibu sangat memang tak tau newborn sangat banyak guna diapers sehari, next baby tobat beli pampers biasa je, beli hat mahal ni untuk night use je kot. Then beralih ke Huggies warna biru (kak Iza beli)  sempat pakai 1-2 pack juga kot. Ikut kite mesti beli merah tu je sebab kite bab begini selalunya akan stick pada 1 jenis/brand sama je.  **I still wearing the same brand pad since my 1st period. LOL.  Kak Iza pulak rasional beli murah-murah je since anak masih kerap poopoo, dia dah anak 4 haruslah lebih berpengalaman ken.  Pastu tukar lagi kepada Drypers. Ini pun kak Iza yang belikan-memula macam eh kerlas ke dr...

cpuv lagi...

Assalamualaikum... Ahad yang sejuk. Bersiaran secara langsung dari rumah mertua kesayangan. Harap maklum kite MC hari ni. Pheww... ibu dan anak on off demam je. Ibu on off mungkin sebab tak cukup rehat dan sebab cuaca tak menentu. Thaqif demam, tak sure la, dok main lidah,mengigit je macam nak naik gigi dah... kali ni dia demam tak ke klinik pun la sebab pantau dia demam taklah tinggi sangat suhu dan masih aktif seperti biasa. Demam nak membuas letew... Eh! Melalut jauh plak. Tengok bloggers dok update cpuv banyak, terus cek jugak hat sendiri. Hehehe... terus mood nak update blog. Alhamdulillah beranak-ranak jugak cpuv kite.12cpuv on going... tq a lot nuffnang... tq readers... meh tolong klik tabungan kite tau, nanti esok kite blogwalking u'alls pulak. Hari ni guna tab saja, tak best bw. To the end, doakan ibu Thaqif n Thaqif sihat ye... Thanx n lots of love for everyone.

Perkembangan Muhamad Thaqif Aiman (Day 121-150) 5Bulan

Assalamualaikum... How time flies... Dah masuk 5 bulan pun arjuna hati ibu. Sekejap je masa. Bulan depan Thaqif dah boleh makan. Hoorey. Cant wait nak memasak untuk anakda. Di usia 4m+,1st time demam, abah kata dia nak ringankan badan nak merangkak kot. Kulit  Thaqif jadi merah-merah,miang gatal gitu, ore kelate kata bunga rambai. Siap tidur bertilamkan daun laksamana. Layanz je petua orang tua-tua. Syukur, demam pun tak meragam sangat, tidur malam lena juga. Nak cuba berbalik dah, tapi cuba secara backward (dari meniarap nak terlentang). T__T. Over bijak kamu ni anak oit, terlentang ke meniarap pun tak pas, nak buat secara backward pulak. Pandai tarik rambut ibu. Pantang ibu dok sebelah or gomol dia, tangan tu laju je kan nak tarik rambut ibu. Dah pandai geram kat ibu. Balik kerja ibu ambik dukung, laju je Thaqif gomol hidung, dagu ibu hisap sungguh-sungguh. Adakah itu cara kamu menunjukkan rindu pada ibu? Okey ibu suka tapi nanti ada gigi no gigit-gigit tau. ...

EP MOM 8am-5pm

Assalamualaikum Since dah kembali bekerja, maka secara rasmi kite sudah bertukar menjadi EP Mom. Exprience jadi EP Mom ni alhamdulillah berjalan lancar. Susu masih meriah walaupun anak dah 5 bulan. Moga-moga terus meriah. Before having baby, kite nak fully menyusukan anak sebab nak jimat disamping ada banyak kelebihan. Kadang-kadang ragu juga, mampu ke? Kite bukannya rajin sangat, pastu sejarah kakak-kakak bukannya BF, anak-anak mereka FM sahaja. Ragu-ragu la pula. Since selama cuti bersalin asyik dok ulang-alik rumah mertua dengan rumah sendiri, kite tak membuat stok susu sangat, balik rumah mertua je memang tak bawak pam. Err...lagipun sana keadaan peti ais kurang memuaskan jadi kite memang tak pam untuk simpan susu. Lagipun anak kuat menyusu, time dia tidur la ibu nak tidur, rehat sama. Kite masa dalam pantang memang tak berani nak susukan anak sambil tidur, memang akan menyusu sambil duduk je sebab Thaqif kecik sangat, risaulah kang tertidur, terpenyek ke apa. Ibu over sik...

CPUV OKTOBER

Assalamualaikum... Alhamdulillah... CPUV tak putus-putus masuk... Terima kasih nuffnang...  Kawan-kawan, tolong-tolong klik sama yer dekat tabung kite... tQ...

Happy 67th Birthday atok

Assalamualaikum... Khamis lepas 2 Oktober 2014 birthday abah kite... Tapi celebrate pada hari jumaat tu beramai-ramai. Meriah sangat buat ala bbq. Kite sponsor kek, kak Iza sponsor ayam + goreng bihun, cik na sponsor daging kambing + udang. Pergh! Kambing itu memang lazatt...3-4 ketul jugak kite bedal. Sebelum raya dah kemain bedal kambing, raya tengok daging pun mula tak lalu. Kihkih. Abah seronok dirai begitu... Suka berkumpul ramai-ramai makan-makan. Meriah sangat! Happy Birthday abah, semoga sihat sentiasa, murah rezeki dan berkekalan jodohnya bersama mak muda.

Merancang wang simpanan anak.

Assalamualaikum... Bila dah jadi ibu ni macam-macam fikir. Semua nak yang terbaik untuk anak je. Perbelanjaan anak, pelajaran dia nanti, kewangan dimasa depan.  Zaman sekarang kos sara hidup makin meningkat dari hari ke hari.  Pengalaman sendiri sambung belajar dengan wang pinjaman ptptn membuatkan kite nak elak anak meminjam juga untuk mereka belajar nanti. Untuk elakkan hal tersebut, maka kite kena merancang dari awal la macam mana nak menyimpan untuk anak setiap bulan, dimana nak simpan etc.  Since mengandung lagi kite memang dah survey, dan membuat perancangan awal. Mulanya kite plan untuk menyimpan seperti mana kami suami isteri menyimpan dalam ASB setiap bulan, dan buka tabung haji untuk simpan duit yang orang bagi.  Then duduk bersembang dengan kawan-kawan pejabat mereka turut berkongsi cara mereka, iaitu dengan mengambil insurans pendidikan untuk anak-anak mereka. Sedari umur anak mencecah 18tahun insurans telah matang dan dapat mengeluarkan wa...