Skip to main content

Motherhood : Preparation for Solid Food

Assalamualaikum...

Soon Thaqif going to 6months.
 Ibu sangat teruja. Hari-hari google pasal solid food etc...
Thaqif pun dah semangat sangat tu nak makan. Memang tak boleh makan depan dia, sibuk nak sambar juga siap buat bunyi mulut. Alahai kesian sangat kite tengok, nak makan pun terpaksa sorok-sorok.
Abah cerita, hari tu Opahnya bukakan sumi untuk Arash (cucu sedara mak muda) depan Thaqif, Thaqif siap sambar dah nak, opahnya bagi orang lain pastu meraung la si kecik tu sebab ingat buka untuk dia agaknya. Lama nangis kata abah. Hoho... Sabarlah sayang sikit je lagi ibu kasi makan la.

Disebabkan semangat nan berkobar-kobar, serta hari tu ada dapat baucer  lazada RM25. Tak guna kang rugi, terus belek lazada.com.my shopping Baby Bullet Food Blender.

Loading
Baby bullet in the house! In couple week my little one will having his 1st solid food and i will get my diploma in breastfeeding mommy...insya-Allah...time to study about solid food...pray me graduate as phd mommy later... #muhamadthaqifaiman #kesayanganibuNpapa


Semangat norrr ibu, dapat baby bullet laju up kat ig...kikiki...
Masa dok survey harga RM69, masa nak beli dah naik harga RM72. Huk... Sedih sebentar.
Mujur Lazada baik hati... bagi kite baucer RM15 puloksss...
Nak suruh shopping lagi letew. Nyampah! Bhahaha... Bila kite nak kayooo-simpan duit ni asyik shopping kek lazada sajooo.


Nah gambar yang ada dalam kotak Baby Bullet itu. Pastu siap ada cooler bag jugak. Suka set baby bullet ni lengkap, siap ada storage cup dan batch tray tu... Tapi fikir, cukup dop untuk menyimpan stok seminggu anak makan ni? Adakah patut tambah ice tray pulak? Errr...err...nanti dulu la yer, tengok tahap anak makan banyak ke tidok dulu pasni kalau perlu baru tambah. Another things suka dalam baby bullet ni pocket nutrition dan user manual cookbook tu. Sangat berinfomasi untuk newbie mum seperti kite ini. Nantilah, dah guna baby bullet yang comel ni kite review la.

Selain usermanual cookbook dan pocket nutrition itu, kite turut download android apps baby solid food. Best jugak sebab bagi idea dan resepi menu untuk baby mengikut umur. Persediaan awal sangat ibu ni takut nanti tak ada idea nak sediakan makanan untuk anak. Kengkawan sila download jugak la eh.

Pastu semangat, konon siap order set tupperware yang Twinkle Tup ke apa siap ada mangkuk, sudu garfu dan botol air. Sekali cik na kata tak payah, ambil yang dia je sebab beli tapi tak guna pun. Ada mangkuk dan set cultery sahaja. Good! Jimat. Cukup letew. Air masak guna botol susu sedia ada sudah...



Bib ada sehelai sajoo... Itu pun ada dalam set orang bagi hadiah. Ibu malas dah nak beli, pakai saja sapu tangan kalau bib tak sempat basuh next day. kikiki...


[update 23/10/2013]

Carseat baby... Perlu masa nak suap-suap Thaqif nanti. Hewhewhew... Untunglah ada 2 kakak tapi carseat sampai 3. Bolehlah Thaqif pinjam carseat. Pastu teramat selesa dok dalam tu, kadang-kadang nak main-main sambil duduk time kat rumah kite letak je Thaqif dalam seat itu, nanti dia bosan menggelongsor turun dan keluar dari situ. Boleh? T__T



Semangat sungguh ibu nak memasak untuk #kesayanganibuNpapa ni. Kemaruk nak masak setelah sekian lama tak beraksi didapur, masih ada skill ke? <tiup tudung>.
Sungguh since bersalin, boleh kira dengan jari jelah memasak, suami balik baru kedek-kedek masuk dapur. Weekend, abah bawa balik mangkuk tingkat dari rumah mak muda je untuk kite, weekdays makan kenyang-kenyang masa dipejabat, malam-malam minum hot milo/ tamar cocoa cicah roti/biskut, rajin sikit goreng nugget sajoo...

So what the 1st solid food for Thaqif? Erm.erm.erm. Dillemma...
When I read most suggest fruit puree as 1st solid food cause soft for baby stomach.
Kakak kite kata bagi bubur blend without salt sebab nanti anak makan buah manis, sedap nanti tak mo bubur kosong katanya... Pulok... Aish!

Jom mommy ceritakan kepada ibu Thaqif, apa 1st solid food untuk baby korang dan kenapa pilih itu?
-
-
-
Pastu jangan lupa join Giveaway By Cik Puan Jelita.






Comments

  1. Bgus2..cik mah pun guna baby bullet..bg cik mah cukup dh..tmbh pun yg tupperware biasa je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...yelah kn buat puree tetiap minggu.so xpelu bnyk bekas kn.

      Delete
  2. Sue guna blender biasa je yg khas utk buat puree anak. Utk umo 6mth kita dlm proses nk perkenalkan mknn pd anak. Bukan paksa dia mkn. So boleh tgk la byk mana dia mkn, then boleh buat stok.

    Su dulu utk ketiga2 org ank start dgn buah, campuran buah2an, sayur dan campuran sayur2an. Last baru bg bubur nadi@moi.

    Alhamdulillah, until now ank2 bkn fussy eater. Sayur buah nasi diaorg mmg mkn stp hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...bagusnya anak sis suka makan sayur,kena peturun petua untuk kami ibu baru nak ajar anak makan ni

      Delete
  3. tak sabar nak tunggu anak kite 6 bulan..hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-...

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. ...