Skip to main content

Motherhood: Thaqif pun refuse botol

Assalamualaikum...

Hihi... entri EP Mom 8am-5pm itu, ada kata untung ken Thaqif accept botol... 
Kite mampu senyum saja.
Mihmihmih...

Mari kite bercerita hari ni ye...
Bukan semudah itu dia mahu botol ye.
Memang kite ajar dia dari dalam pantang botol, dia okey...tersangat okey.
Bagi botol sekali seruuut je kosong botol.
Agaknya, Thaqif tak tau apa lagi, janji kenyang dia layan je.

Bila dah umur 2bulan, he start to refuse slowly. Sel-sel otak dah berhubung, akal dah panjang. Bagi botol, mula-mula dia layan pastu dia sengih-sengih, tolak-tolak puting dengan lidah dia hingga kalau paksa lagi sila tadah la telinga dengan raungan. 
T___T.
Perasaan masa tu? Laju-laju nak masuk kerja sebab rasa makin lama dia bertepek sebab tu tak nak botol. Hahaha...

Abah suruh try 1 hari bagi botol je jangan df tapi ibu is cannot la bila anak nangis, tak sampai hati.
Masa tu siap beli beberapa jenis puting dah pikir kot dia tak sesuai dengan puting ke ken.

Pastu kakak kite balik masa raya puasa itu, 1 ogos 2014, itu memang paksa rela tak bagi df 1 hari. Memula memang meraung u'alls... pastu dia lapar, sua botol jugak pasrah jer Thaqif layan botol. Then okey botol tapi hari-hari dari dia bangun tidur till 6pm xkasi df, botol sahaja. Gitulah hari-hari till kite mula kerja.
Lega.... 

Tapi cerita jarang 1 klimaks je kekawan ye...
continue, 

Tengok puting dia dah mengembang, haruslah feeling nak tukar yang baru... 
Beli brand sama dengan yang dia guna itulah cap fitty color kuning.
Dah beli puting baru, puting lama nak bye-bye la...
Dengan selamba kodok, esoknya bagi puting baru tinggal dengan abah...
Tak mo minum pulaks pakai puting baru.
so welcome back puting lama.
biarlah puting lama tu isap sekejap penyek pun, Thaqif suka jugak.
Macam-macam dah puting dibeli tapi tak mo juga, tak minum sangat susu kalau puting baru, bagi hat lama tu juga baru ok.
Pigeon, fitty, japlo, freedom hat kuning, hat putih, hat penyek, hat wide neck, slim suma dah try tak mo juga.

Till today ye, masih stick pada puting lama itu.

Puting favourite katanya...

Agaknya puting bocor baru nak tukar ke? Tapi kite berusaha jela try error lagi beli puting lagi... puting jela... kite nak try error membeli botol memahal itu, haish takut dia reject juga how...huk. ntah la...tapi terpaksalah coba juga beli kens takkan forever nak Thaqif stick on  puting lama itu.
T___T

kite just let him stick on it sebab time kite kerja dia minum susu macam takat alas perut jea kot. Kite balik petang baru sungguh2 dia df. Bahagia bila dia nak df tapi pada masa sama risau juga nanti dia tak cukup zat ke ken. He 5m, tapi kite masih bekalkan 10-12oz je sehari(same amount masa kite strt kerja) kadang-kadang tak habis pun. Walhal masa kite praktis bagi botol sebelum kite start kerja, kite kira dia minum capai kot 16oz atau lebih.
Dengan puting lama at least dia layan jugak susu, kalau puting baru memang lagi merosot la kadar dia minum susu.

Kesimpulannya, langit tak selalu cerah pun untuk kite, tapi kite cuba untuk tidak merungut atau berfikiran negetif. Be positive, bersangka baik, jangan merungut pun dalam susah senang jaga anak
 1.sebab anak ni anugerah dan amanah Allah untuk kita.-syukur dapat melalui proses mengandung dan beranak, masih ada yang sukar dapat anak.
2.sebab camtu juga susah mak kita jaga kita dulu,-mak kita tak pernah ungkit pun susah jaga kita.
3.  sebab anak ini yang kita beria nak lepas kawen ken. Pastu tunggu 9bulan dari dalam perut dulu, susah payah beranak. -mesti nak anak baik2,bijak soleh semua.
4. Sebab anak ni bakal doakan dan jaga kita bila kita tua.insya-Allah.

Panjang nak citer pasal 'sebab' tu. Pendek kata, nak anak terbaik, bijak, pandai, soleh solehah, ibu mesti positif, nak2 ibu bf sebab anak dapat rasa ibu marah, ibu sedih. Anak meragam, ibu marah, anak pun rasa aura marah, dia makin meragam. Cer anak meragam, ibu chill joget2, pasti anak terus nangis..hahhaa..joking.anak meragam, ibu tenang la, peluk anak erat zikir2 gitu, insya-Allah anak pun cepat bertenang.







Comments

  1. Assalamualaikum awak. heeee thaqif ada fav puting. hehehe semoga thaqif membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh ya ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...tQ atas doanya...huhu...tulah favourite sangat sampai tak boleh tukar.

      Delete
  2. Well said mama. Satu lg ibu bf x le stress.nnt susu segan nk keluar. Enjoy the moment mama. 2 thn x lama mana pun. InsyaAllah u will be proud of urself when achieved the target.

    Good job mama. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far no stress, hat keje pejabat kat pejabat je, kat rumah happily layan dak Thaqif saja.insya-Allah.newbie ibu banyak lagi nak kena belajar day by day.

      Delete
  3. Replies
    1. ^__^ kite hanyalah newbie mom... @cikCT kite sentiasa doakan awak cepat3 ber-baby.keep trying!

      Delete
  4. anak ecah dulu gitu la..dah besar sikit bila dia pandai main n pegang, ajar die pegang botol sendiri..budak2 kan pegang je masuk mulut...sekali die pgang, dia suap dlm mulut..nyot2 sampai abis..kelakar pulak tgok..haha..tgh fasa mereject kejap kot..nanti dia lembut hati la tu nak semula...

    ReplyDelete
  5. Mmg..bby kadang tu mood baik tu elok je...xpelah..yg penting mamanya ke usaha..kita sama2 cuba bg yg terbaik..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d