Skip to main content

motherhood : #muhamadthaqifaiman and baby walker.

Assalamualaikum. 

Entri tertinggal keretapi...
Memula dahulu, ada terbaca cakap penggunaan baby walker ni tak bagus etc, disamping akan skip anak merangkak blablabla...
So macam terpengaruh juga...
Abah pun tak nak kasi ber-walker lagi sebab kecik lagi katanya...Tulang tak kuat etc.

Now, #muhamadthaqifaiman in the walker... How come it happen?

Ceritanya cuti deepavali, pergi jalan rumah sedara, kebetulan ada walker, saja je kite letak Thaqif dalam tu since dia macam nak mengamuk nak tidur. Dok dalam walker tu boleh plak cool, main-main, gerak sikit-sikit...
Atok pun excited je pulok. Terus cakap, nanti balik rumah tok ayah la suruh tok ayah beli walker. Sebab memang tok ayah Thaqif awal-awal dah risik nak belikan untuk Thaqif, kite je cakap tak payah la sebab pakainya sekejap sangat je. Pinjam je yang kak Iza punya kalau ada.

Balik tu tanya kak Iza nak pinjam. Walaupun dah 14tahun tapi masih elok lagi kak Iza simpan walker itu. Cuma tukar aka beli cover baru jer RM28.

Macam #muhamadthaqifaiman kalau kite ada jarang benor nak duduk bawah golek-golek je, kalau dok bawah pun nak kena ibu golek-golek tepi dia sekali.
Golek-golek jer sentiasa siapa nak basuh kain, angkat baju, nak makan semua tu cemana ken?
So far, kite hadkanlah penggunaan walker, hanya kat rumah kite je time balik kerja petang.
Dulu balik kerja memang tak boleh tinggal langsung tuan kecik tu. Nak simpan susu pun bawa la dia atas dukung ken. Sekarang senang, balik letak dalam walker dia terus okey main sendiri, jalan merata. Ibu pun lega, boleh terus ke dapur simpan susu, pasang mesin basuh, masak bubur untuk bekal semua.

Super terror ber-walker, Thaqif loves terjun kat  bendul nak ke dapur tu.  Ibu risau je takut tersandung, thaqif relax je lompat kat situ. Pastu berangan nak buat ulang-ulang lompat kat situ. Sebab bila kat dapur, dia akan sengaja nak ke depan, pastu bila ibu angkat walker ke depan dia again u-turn lompat ke dapur. T__T


Comments

  1. Walker sedikit sebanyak mmg membantu. Sue blom ada experience pki walker.

    Cuma dekat bendul tu kene psg gate kot spy thaqif tahu boundaries dia... risau juga kan..

    ReplyDelete
  2. ank buah saya pon skrg dh boleh naik walker nie

    ReplyDelete
  3. nina pun pakai walker. sgt2 membantu. kadang2 geram gak dgn keyboard warrior yang suka hentam tak bertempat. siap cakap kalau kita well plan, tak payahpun nak pakai walker, boleh buat kerja. huh. but for me, its up to you.. tak payah nak bajet bagus sangat. eh? hahaha

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum. adam pun dah berwalker. seronok tgok dia jalan sama sini sendiri. setuju dengan ibu nina.. keyboard warrior sengaja kot menghentam penggunaan walker..for me, adam ok and happy sangat berjalan dgn walker. nak masak, bawa dia p dapur tengok sekali. hihiiii

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d