Skip to main content

motherhood : perangai mak-mak sangat

Assalamualaikum...

Perangai mak-mak sangat sekarang. Pergi supermarket ke mana-mana, laju je ingat anak pastu mula la nak membeli sesuatu untuk dia.

Pergi giant sebab nak beli sweater anak untuk ke CH nanti. [Hari tu dah tunjuk sweaternya.]

Tup-tup beli baju harian 2 pasang siap stokin lagi. Baju tu kain biasa, nipis je, okey la pakai untuk pakai siang hari, dok rumah je pun. Layanz. Suka beli stokin cap giant ni murah, panjang dan tebal, 3pasang RM5 sahaja. Walaupun dah 6bulan, Thaqif masih berstokin yer. Comel apa pakai stokin. Ngee...


Pastu pergi econjaya, nak beli pampers anak.
Cuci mata kat bakul baju baby. Rambang mata kite nak shopping untuk anak. Tapi masalah tak suka nak membeli yang baju yang ditimbun/ lambak dalam bakul. Malas nak memilih.
On the way nak beli pampers nampak baju cantik berlipat, belek-belek, cantik, kain tebal tengok harga RM10 camtu je. Rembat lagi 3 pasang jumpsuit. Sengaja ambil saiz L dan XL, baru boleh pakai lama sikit. Ibu kan bajet sikit, walaupun beli murah tapi biar berbaloi pakai jugak la.

Kiri RM10.90, tengah RM10, kanan RM9.90.





Comments

  1. Asslmkm..
    Sama la dgn sy pun. Brng sndiri di ketepikan.. Cri brng ank dulu.. Suka tgk bju bby comel2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xpe.dulu ada anak sedara tak pandai nak beli baju2 ni.sekarang ada anak sendiri pantang nampak sale.beli je untuk anak

      Delete
  2. hahaha..smla.. mmg hemak².. ehh, kite pun suke beli stokin giant tu.. mesti ada yg sm kan..

    ReplyDelete
  3. Betul. Ingat kt ank dan x menahan tgk bj baby comel2 sungguh. Geram..

    ReplyDelete
  4. haah...kalau untuk anak payah sikit nak berkira...nak beli baju sendiri skang ni asyik berkira je...takut x cukup

    ReplyDelete
  5. ok. Sya belom lagi. skang still shopping xhengat.hoho.

    One day, inshaallah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...