Skip to main content

BILA IBU MULA SHOPPING BAJU ANAK...

Assalamualaikum...

Fine, macam baru je update pasal stok baju baru Thaqif
Tapi...
Bila ibu mula shopping baju anak...
Erm...
It's just naturally
CANNOT STOP...
Huhuhu...

Oh! My... niat nak cari busha jer kot sebab nak pakai dengan baju yang biras kite kasi tu. google. dan terjumpa web http://www.qqbabyshop.com/. Busha RM7.00, NICE. Add cart 4pcs. Belek-belek, bodysuit clearance RM12.00 je sepasang macam lawa. Klik-klik add cart. Owh RM100 baru free postage. Klik-klik. Okey total RM100 dah. (how I smile happily at the moment)

Bushanya...

Body suit saiz dah 12-18m tapi nampak cam small jer untuk Thaqif. Huhu... Ada cans jadi hadiah untuk baby lain ni. Huhu...

Atok kata baju belang-belang. Saiz 12-18m.

Live from airport this morning. Kasijambu sikit pink-pink.

Baju saiz 9-12m or 6-9m kot tak ingat. Fit well.

Balik kerja semalam ada parcel, ibu is so excited, terus test, erm kira pakai teruslah bila anakda mengamuk-ngamuk mengantuk pun ada.
Sambil ekkekk mengantuk tu kan, cam gedik-gedik pun ada jugak perangai tu, golek-golek, gensel-gensel kaki, badan dia. Nak bagi expression pakai baju baru kot. Amboiiii... Going 8month pun pandai menggedik kala pakai baju baru yerk anak ibu ni...
Anything, I love you so much la my dear son.
Rindu pun ada dah ni tau.

Thaqif berpagi-pagi bangun menghantar tok uda  nak pegi umrah kat airport.


Comments

  1. seronoknyaa ibu shopping baju thaqif ! :D Comel baju belang2 tu.. hihi. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? atok sampai senget2 mulut senggih tengok cucu dia lawa pakai baju belang.bhahaha...

      Delete
  2. belang belang baju thaqif hari ni :)

    ReplyDelete
  3. alorr..nk beli gak la.. busha tu besar x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2...sila klik pada link yang disertakan.banyak pilihan, comel2 sangat, kite rambang mata okey.kasi hasut sikit.
      busha tu kite amek saiz 80 je.panjang sikit untuk thaqif, kena lipat sikit kakinya.okey le boleh pakai lama sikit.

      Delete
  4. Wawawa..bj br..cik mah beli kat gm je slalu..borong bnyk2.

    ReplyDelete
  5. eh, comel! mesti hensem besar nanti ^^ dulu tahan geram je tgk baju kecik. skrg dah ada anak, sibuk nak beli. baju sendiri dah x pandang dah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

2nd Giveaway Cik Puan Jelita

Assalamualaikum... Pagi yang indah dibulan Mac. Marilah melancarkan 2nd Giveaway Cik Puan Jelita. Harap sudi join! SYARAT-SYARAT 1.  FOLLOW  Blog  Cik Puan Jelita  aka  cikjelita.blogspot.com dan instagram Aimi_Muhamad899    (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!)  **wajib follow blog, instagram tak wajib untuk yang takde. 2. Copy  PICTURE  di atas ni dan link kan ke  (Link kan ke entri  " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  ) 3. Sila letak  TITLE  entri dengan " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita " ye. 4. Sila  TAG  kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye! (minimum 3 orang!) 5. Sila  TINGGALKAN LINK  penyertaan  di ruangan komen entri   " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  (Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira) Giveaway ni bermula pada hari ini!  (01 -20 Mac 2015) Hadiah-h...

FIRST GIVEAWAY BY MAMA3FARHANAH

ASSALAMUALAIKUM