Skip to main content

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]

Assalamualaikum...

 Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.


Since saya pembeli  tegar online lazada.com.my, diberi RM1212 untuk shopping wishlist saya seperti dibawah :

I-ROVA Robot Vacuum Cleaner K6

RM 258.00
Before RM 907.00 , You save 72%

Benda pertama sangat nak beli, maklumlah ibu bekerja, anak kecik sedang membuas merangkak, mengutip segala benda masuk mulut,  so kalau beli ni balik kerja on jer robot ni bagi clear habuk semua pastu baru boleh lepaskan Thaqif tu main-main, tak delah kite kelam kabut sangat penat-penat balik kerja nak menyapu bagai pulok nanti anak sibuk nak tolong jugak. 


Fujifilm Instax SHARE SP 1

RM 439.00
Before RM 699.00 , You save 37%

Ini benda kedua nak beli, hihi...dah selalu ambil gambar keluarga, gambar anak banyak-banyak guna phone dan tab, selalu peram jer nak print ken. So kalau dapat beli benda ni boleh direct print out gambar yang berkenan. Hah, kalau ada benda ni boleh la kite buat scrapbook untuk anakda tersayang itu, mesti comel. 

Fujifilm Instax mini Film Twin Pack 2 Boxes (40Pcs Films)

RM 79.00
Before RM 116.00 , You save 32%

Dah beli Fujifilm Instax SHARE SP 1 kat atas tu, haruslah kena beli film dia sekali baru boleh print dengan gembira...

Light weight Seebaby Stroller T03

RM 399.00
Before RM 599.00 , You save 33%

Next, stroller. Anak dah 7bulan, tak terbeli stroller pun lagi konon ibu nak survey the best, ringan, dan compact stroller muat kereta comel tu. Finally, jatuh cinta kat stroller ini la, berat cuma 5kg dan comels...



Aeroline Casual Hiking Backpack Red & Black

RM 37.00
Before RM 79.00 , You save 53%

Last but not least, asyik beli itu ini motif untuk anak sahaja ken. Ini yang terakhir beli backpack la untuk suami tercinta sebijik sebab dia dok merungut susah nak bawa beg tarik kala balik kampung, travel dengan bas JB-KB untuk menjenguk kami anak-beranak.



Hihi...Inilah barang-barang yang kite akan beli di lazada kalau ada RM1212 tu. 

Total : RM258+RM439+RM79+RM399+RM37 = RM1212.

Cukup-cukup plak total dia. Hihi...

Kalau korang ada RM1212, korang beli apa pulak?

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...