Skip to main content

Bila Anak Demam...Back to Basic...Back To Sunnah Food

Assalamualaikum...

Bila anak demam...the last thing ever I want to do is going to clinic...
Tak suka nak pergi klinik. Tak suka nak perang dengan anak untuk makan ubat. Tak sanggup tengok anak muntah banyak lepas makan ubat...

Yeay.yeah.Typical ibu.

Masa Thaqif 1st time demam dulu. Aish. Ibu kelam kabut je. Ada je info pasal natural remedies tu tapi macam buat ala tak confident je... Pergi klinik berkali-kali. Laju packing barang balik rumah mertua sebab kalau anak meragam mak dan ayah ada layan Thaqif. Kikiki...Paksa anak dengan paraceatamol. Masa tu fikir cepat sihat jelah. Hahaha...1st time ken. Sooooo ibu.

Pastu mulalah study lebih sikit pasal demam semua, about sunnah food, natural remedies. Pheww...
Musim tengkujuh menjengah, laju protect anak dengan kasi 1 sudu teh madu setiap pagi,  beberapa titik PEVOO dalam makanannya.  Sapu PEVOO diseluruh badannya.  Madu untuk memanaskan badan Thaqif kala musim sejuk-sejuk. Alhamdulillah. Musim tengkujuh berlalu tanpa demam, batuk mahupun selsema.

Musim panas muncul kini... Ibu risau lagi. Keluar ke bandar hari selasa lepas, hati tergerak sangat beli OACV (Organic Apple Cider Vinegar).


Rabu petang, balik kerja abah cakap Thaqif bersin-bersin. Kite pun jamah Thaqif, panas. Sampai rumah, dok main-main dengan Thaqif, try kasi madu. Muntah terus. Madu=panas+ badan=panas; panas vs panas = =muntah. Keaktifan bermain mula reduce tetiba.  Comfirm Thaqif demam. Laju-laju bancuh 3penutup OACV dalam air suam, mandikan Thaqif. Lepas mandi urut seluruh badan Thaqif dengan PEVOO. Bagi Thaqif minum PEVOO. Lega panasnya berkurang. Susukan Thaqif sambil sapukan PEVOO lagi pada ubun-ubun dia sambil doa semoga panas tak melarat. 6.30PM, Thaqif selamat tidur dengan selesa.
Tetapi sejam sekali pantau, sapu PEVOO pada ubun-ubun, dahi, dan tengkuk anak.

10.00PM, badan Thaqif suam-suam biasa je seperti petang tu juga. Tapi sebagai ibu harus selalu risau... Terus ambil air suam + 1penutup OACV, rendam stokin anak dalam tu kemudian sarung stokin tersebut pada kaki Thaqif, sarung lagi 1 pasang yang kering. Cara ni bertujuan membiarkan suhu panas tu turun/keluar melalui kaki. Sepanjang malam juga keep BF Thaqif je.

Alhamdulillah pagi Khamis suhu macam dah okey sikit. cek pampers pun penuh tak seperti hari-hari biasa. Petanda yang baguslah tu sebab panas badan pun keluar melalui najis / air kencing.
Thaqif pun lebih aktif bermain, tak de merap ke apa sibuk je kemas dapur ibu, buka tutup almari (fine! ini adalah kebolehan baru dia which mean ibu kena sita/kunci semua almari)

Walaupun as usual, ibu suka mencegah daripada merawat. Masih mandikan Thaqif dengan air suam + OACV. Masih teruskan urut Thaqif dengan PEVOO. Terus bagi Thaqif minum PEVOO. Pakaikan stokin rendam dalam air suam + OACV (since Thaqif will sleep in car while send me to work).

Balik kerja, Thaqif ceria, gembira, bernyanyi-nyanyi lagi. Ibu pun bahagia tengok anak aktif.

Bila anak demam...

1. Keep BF baby. Stop FM kerana FM ada bahan yang menghasilkan mucus. Ibu juga harus berpantang dari makanan menghasilkan mucus. ** Ini bagi demam disulami kahak/batuk.


2. Jangan tampal cool fever kat dahi anak kerana kalau suhu tinggi sangat, molekul2 suhu yang panas tu berlumba-lumba untuk ke tempat  sejuk (cool fever), boleh sebabkan otak terjejas ke apa. Kalau nak guna cool fever, tampal pada belakang badan/tengkuk/kaki.

3. Kerap mandikan baby, dan guna air suam. Campur ACV/ hirisan lemon.

4. Sapu PEVOO/ Garlic oil seluruh badan anak. Keep on setiap sejam-kalau tak mampu seluruh badan cukup pada ubun-ubun/muka/tengkuk.

5. Garlic socks/lemon socks/acv socks.

Ada lagi tak? Meh mak-mak yang berpengalaman kongsi dengan kite. Kite mak budak baru nak belajar.

Comments

  1. bagus cara ni. saya pun kalau batuk amalkan minum madu

    ReplyDelete
  2. Kalau anak demam bg mkn chicken broth sup..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d